Hari ni aku demam. Aku susah nak demam. Paling habis pun selesema. Kalau aku demam pun satu malam dah kebah. Jarang aku nak demam teruk. Ni pun aku dah baik. Tapi lambat jugak makan masa 2 hari.
Apa yang aku nak cerita kat sini? Sebenarnya aku nak cerita, kepada yang tak pernah couple, hidup couple tak seindah kau sangka. Lebih baik jauhi je couple ni.
Sebelum aku couple, aku pun macam korang. Kalau sakit, seronoknyr boyfriend risau hantar pergi klinik bagai. Semua tu bullshit sahaja ya adik2, kawan2. Aku ramai kawan yg Alhamdulillah tak pernah rasa couple ni. Tapi ada la jugak yg menyuarakan rasa hati "bestnya kalau ada orang care pasal kita". Actually rasa hidup nak berpasangan ni lumrah. Aku faham, kau normal bila kau rasa nak bercinta. Tapi sebenarnya cinta tu tak seindah yang kau sangka.
Dua kali aku bercinta sepanjang 25 tahun aku hidup. Means dengan yg bukan ada kena mengena la. Apa yang boleh aku conclude, bullshit. Masa aku sakit, dua2 tak pernah nak offer aku hantar pergi klinik. Yang tau hanya makan ubat rehat. No one of them offer to send me to hopital. Masa aku bercinta dengan 1st. Masa tu aku demam. Dan kitaorang gaduh. And guess what? Dia tak care langsung aku demam. Dan macam xtau aku demam.
Yang second time bercinta, aku kena keracunan makanan. Aku ajak pergi klinik. Macam2 alasan dia bagi. Dia kata esok. Ok la, esok pagi2 aku call dan dia tidur lagi. Aku macam what????
Bercinta ni tak seindah macam dalam novel drama movie semua. Dan sekarang aku ambik keputusan aku taknak dah couple. Dan aku rasa lebih seronok. Time aku sakit, aku ngafu kat sape? Mak aku, ayah aku. Tuhan aku. Tau tak time sujud sambil sedut2 hingus aku cakap dalam, Allah, aku demam ni. Sembuhkanla aku. Terima kasih sebab uji aku. Lepas tu senyum. Lepas tu nikmat sujud tu, ya Allah, hidung tersumbat pun boleh elok, kepala sakit pun boleh rasa lega. Kalau ada boyfriend pun bukan kau boleh mintak dia sembuhkan sakit kau.
Ngadu kat mak kau, mak kau doa, ya Allah sembuhkan la anak aku dari demam. Kau tau doa ibu tu makbul. Kan. Kalau kau cakap kat boyfriend kau tolong doakan sy cepat sembuh. Aku hahaha je la. Doa dia belum tentu makbul.
Aku cerita ni sebab aku nak bagitau, bercinta dengan ajnabi ni tak seindah yg kau fikirkan. Sebab tak dapat apa pun. Tak seronok mana pun. Contoh la kalau kau tengah sesak nak pergi mana2 time tu la dia tak ada nak tolong kau.
Kepada kawan2 tak pernah bercinta tu, xyah la nak cemburu bagai dengan lawan ada boyfriend tu. Hidup depa lagi tak best pada korang. Aku sekarang hidup single. Bebas. Aku nak keluar aku bagitau makpak aku je. Takat nak pi shopping sorang2 makan sorang2 relax je makpak aku bagi. Nak spend time dengan kawan2 pun senang. Chill la. Ada jodoh Allah hantar kahwin. Hah bercinta puas2 dengan laki kau.
– Orang demam hari ni
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
hahah…
‘bullshit’..
adoyyy…
betul la tu…
nikah je…xperlu kapel…
Kan. Bebas ja ~
hai. silakan bagi alamat. nnt boleh bawak gi klinik.. :)
dlm diam dikau muncul
errrkk hai abam hinnnn
Masuk jarum aje.. hahaha
Amalina Johar, #BroCuba hahaha
Haha
Saya di PJ. #harapdatang ?
Betul betul. Best lagi hidup single. Bebas buat apa. Mengajar berdikari. Amm. Ni ayat untuk sebelum saya bernikah lah. Ehehehe. :3
???
Sebelum kahwin laaaaaa
Tapi,,,ramai kawan da kawin..kita nak melepak dengan sape…hurmm…mereput la sorg.. :p
Setuju sgt….
Anis Amira aku demam ni, anis. :-P
Erm
hahaha..
Bf hantar pegi hospital ,klinik ?aku sorang ke yg tak penah berfikir sesweet ni..hmm
Sebab ko dapat bf yang tak best kot. Sebabtu rasa tak best bullshit bagai. Hahaha sorry. All the best.
Ada yang indah, ada yang tak. bagi aku biar dorang rasa, kalau tak indah, harap serik
Dia tak sayang awk tu kalau macam tu the truth. Kaple saja3 je tu. Kalau sayang tak yah mintak dia reti ambik tindakan sendiri . Semoga awk jumpa org yg betul2 mencintai awk amin
Kalo nikah, confirm suami/isteri care dan tlg bawa pegi klinik.
Haha. Bercinta nie ada best ada yg x best tp bg aku single lg best… bla bcinta nie jgn assume smua org sama n smuanya indah. Lets say la kwan kau dpt bf yg caring, ko jgnla nk bf yg mcm tue jgak. Nsib kita sbgai mnusia bukannya smuanya sama n indah belaka. Aku xtaula kan..ko bcinta ko assume nk bf ko lyan ko cm tue. Tuela gegurl… klu aku slagi aku bleh elak. Aku mmg nk elak xmau gtau kt bf aku. Sbb aku nk buktikan yg aku bleh independent. Ex bf aku bleh suka aku pn sbb aku independent. Klu aku sakit aku akn gtau mak aku dlu. Then kwn bek aku… nie yg aku buat dlu..till now aku rpat ngn someone pn. Pljar intrnational. Dia mmg offer utk amek n anta aku. Tp aku just ckp its ok. Aku bleh bdikari.. nthla.. aku lbh selesa x bgtau n bdikari dr hrap org.. bukan belagak tp nie soal keselesaan… sbb bg aku, byk bnda lg dia nk hdap dr nk hadap aku n cm tue jgak aku.. byk bnda lg aku nk hadap dr hadap dia. Hahaha
hok aloh..
Kalau mase awak bercinta dulu bf awak care gile n hantar awak g klinik mesti awak xcakap macam ni kan? Mesti awak cakap yg couple itu indah. Huhu
Aku like sratus ni sbb ak ske ayat yg hujung2 tu…nk kluo bgi tau mak ayah..drng lek2 je bgi…btl tu…bru la best..ni x..ramai ak tngk…blm lagi ape2…status tunang pn x…tapu mak ai ..halang mak we kluo mcm dh sah jdi bini ko…itu x leh..ini x leh..hotak die..
saya sokong.dr dulu sampai dah branak 4 ni saya masih lg pegang konsep cari org yg syg kite bkn org yg kite syg..insyaAllah akan diajarkan pd anak2.
please ajar kite juga hehe
hahahahha…insyaAllah..awak tu dah ade yg syg..mak ina sokong je..lalalallaaaa…
ehh cam ttau je haha
entah lah dik. jalan hidup org bukan sama. akak couple setahun, pergi klinik opkos la abah aku yg hantar jadahnya nak suruh boifren. tp boifren aku bayarkan aku lesen kereta, bawak aku tgk wayang, bwk aku makan, bg duit kat aku, dan sekarang dah jadi laki pun. dah 15 thn kawen. ha, anak 2.
Alhamdulillah. i lef you like a lef song bebeh Ahmad Zack.
sebenarnya, Allah hadirkan jejantans yg tidak berguna tu sebagai hint la kiranya. awal2 lg kau dah rasa dia tak best. jd buatlah pilihan. sekarang baru 25. jalan hidup jauhhhhh lagi. dan ramaaaaiiiii lagi lelaki diluar sana.
masa kak form 4, cikgu sains kak, en khairuddin dia bagitau. kamu semua dah boleh start selit dalam doa lepas solat, mintak diberikan jodoh yg baik. masa tu umur 16. opkos malu la kann baru remaja dah doa nak mintak laki best ekeke. tp buat jugak la wpun masa doa tersenyum simpul geleng2 kepala.
so sblm jumpa husband, ada jugak la ex ex bf yg perangai tehapa. tp takdak jodoh sbb sendiri mcm tersedar, kan.
jadi kak rasa, adik kena bersyukur sbb Allah bukakan hati adik nampak depa punya flaws. instead of nak marah2 dan tuduh bahawa kapel tak best. hehe.
kapel best wey. kalau dia orangnya.
boleh gitu? haha.
Can’t agree more sis! ???
dik..bukan couple tu yg bullshit,awak sbenarnya yg bullshit…masa awak couple,awak sakit bukannya awak xde makbapak,xde tuhan nak ngadu…awak tu yg pilih ngadu kat boipren…nape,masa couple perlu membelakangkan tuhan ngn mak bapak ke dik?geram pulak akak ngn awak ni dik…ngade lebih…pang sedas kang
Tita Kechik mwahahaha kan…. sakit pi klinik sendiri laaa bukan laki lagi nak bwk hang pi mai pi mai kahhhh!
Betul betul
sama lah mcm aku… aku tak pernah kapel time sekolah, sampai lah aku kerja… allah hadiahkan aku isteri, aku kenal sebulan terus aku masuk meminang and selang 2 minggu aku nikah.. alhamdulilah dah 4thun kekal anak pun dah 2…. tak perlu kapel2 buang mase je.. kawin terus time tu baru rase berpasangan ni mcm dlm drama.. huhuhuhu… seronok..
Lol maybe ur bf x betul kot. Mine ok je. Layanan tiptop dah 5 tahun bercinta nak masuk tahun keenam ni bawak je pegi klinik bagai. Aku tak nak pun dia paksa. Ko punya yang pelik
Nurfarahana Aimi Zainal
Kapel xpyh!gewe pn xpyh!setia pn xpyh!terigt pn xpyh!sedh2 koho xpyh!..berdoa utk dpt jodoh baik dn soleh?wajib!hihihi..berubah utk jadi lebih baik dri hari ke hari?pon wojib!…selamat beramal
~from puan marhani yg bpengalaman~
Hahaaa..jengg
Jenggg xjengggg…ni nasihat ore bijok pndai..jge buat main…
#jiwapenuh???????
#jiwokosong
Hahaaa..
Baik boss…
Jiwa penuh sero nk joget2?????????
Knape bab pegi klinik pon fikir boyfriend ambik bawak hantor? Awak manja sgt ni… Member pompuan kan ada ramai boleh teman. Take things easy la
Saya ada soalan untuk confessor.
Adakah kalau pengalaman anda dalam bercinta semuanya indah Dan terbalik dgan apa yg terjadi dekat anda, anda masih akan nasihat pada orang lain supaya jangan bercinta?
Saya tanya sebab bagi saya kalau pon percintaan tu bahagia sangat, bf sayang sangat, sanggup layan semua kehendak anda (sebab lain orang lain caranya), bercinta tu tetap salah. Sebab apa?
Rasanya xperlu bagitahu. Bercakap, bertentang mata dengan bf, kebanyakan daripada tu akan jatuh dosa. Siapa pernah bercinta mesti akan faham kan? Macam mana pasangan akan pandang kita, macam mana kita kawal suara kita bila bercakap dgn dia. Kebanyakannya akan jatuh dosa.
So, nasihat saya xkisah la bf kita tu baik sangat ka, sweet sangat ka, layan habis manja ka, benda tu tetap salah. Couple tetap salah. Sebab semua yg kita buat dgn pasangan kebanyakannya menjurus ke arah dosa.
Wallahualam.
Setuju sgt…. Nikah tu prmulaan percintaan. Brcinta la puas2 ngn psgn kita.. Sbb walau ape jd pun kita sedar kita ada Allah & pasangan kita dlm hidup kita.
Nurul Hanis , nnt tag nama kak chah ;)
Siti Noraishah Azmi
Siti Noraishah Azmi, haa baca nie.. hehee
Sebenarnya, dunia nih ad banyak jenis org yg perangainya berbeza². Sbb klu dunia nih ad jenis mcm yg org awak nak tu je, xde lah dunia nih indah paham? Anggaplah itu lah pengalaman, akan dtg pilih ah yg baik. Tp sy harap, sebagaimana awk nak laki yg “charing²” tu, i hope perangai awak, kriteria awak, layaklah utk lelaki yg mcm tu. Boleh mula ukur baju di badan sendiri nk tau layak ke x. Anyway life is not always beautiful, but of course its not always ugly.
Aku dah dikhianati lebih 3 kali, walaupun sakit kene tipu hidup², tp aku xdelah cop smpi xde langsung hubungan bahagia kt dunia nih. Sebaliknya pengalaman dikhianati ini ajar aku erti kehidupan, dan jadikan aku lebih matang dlm kehidupan nih. Dan aku bersyukur mcm nih, atleast aku tak jd mcm sesetengah org yg dikhianati smpi x percaya cinta, smpi bercinta sesama jenis. Alhamdulillah.
Anyway, jgn putus asa, mula2 cek diri dulu, samaada betul atau tidak diri kita sendiri (termasuklah kriteria pemilihan pasangan). Klu rasa dah selari dgn sunnah, insyallah yg betul akan datang.
P/S: kehidupan mmg sakit kalau kita tak cuba cari cinta Allah dulu. Ini pengalaman aku, tp aku smpi skrg tgh berusaha belajar mencintai Allah, walaupun banyak kegagalan.
Aku selalu jumpa, orang yg hidup dia berpandukan sunnah. Mencintai Allah dan Masjidnya. Mencintai Al-Quran. Hidup dorang, cantik je Allah susun. Dorg dlm kesusahan? Senyum je. And mesti ad cara yg Allah tolong utk dorg keluar dari kemelut yg menimpa mereka. Tenang je tgok muka dorg. Cantik je flow hidup dorg, tak risau pasal kahwin, tak risau pasal rezeki, tup2 tau, masuk rezeki 2-10k sekali, tup2 tau2 dah nikah dah. Betapa sygnya Allah terhadap org yg mencintai Nya. Wallahualam.