Tak solat

Roomate yang tak solat

Haih, ujian betul dapat roomate yang tak solat ni. Aku bukannya baik pun tapi aku cuba untuk solat on time walaupun tak selalu, dan cuba sedaya-upaya untuk tak tinggal solat. Sebelum ni aku satu rumah dengan geng-geng baik, solat berjemaah, baca quran, sampai aku rasa kalau tak solat berjemaah macam tak best. Tapi, sejak dorang habis belajar, aku je yang tinggal 2 sem lagi, aku pindah masuk hostel. Sekali dapat roomate yang tak solat. Pernah gak aku ajak solat jemaah sekali tapi tak layan. Subuh sekali je aku tengok dia bangun, tu pun masa first day aku masuk bilik tu. Lepas tu memang tak. Waktu-waktu lain ada la tapi jarang sangat. Sampaikan aku tertanya-tanya period setahun ke dia ni. Dia puasa, tapi tak solat. Aku tak nak berburuk sangka tapi aku jenis observant. Aku tau dia tak solat.

Aku takut nanti kat akhirat Allah tanya kenapa aku tak ajak roomate aku solat. Aku takut nanti roomate aku akan salahkan aku sebab tak ajak dia solat. Aku dah ajak, untuk jemaah lagi, dia tak layan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku dan dosa-dosa dia. Rasa tak selesa sangat-sangat bila kau dah terbiasa berada di kalangan orang-orang solat, tiba-tiba kau terpaksa menghadap orang yang tak solat. Ni sebenarnya ujian untuk diri aku. Allah nak uji sejauh mana tahap iman aku. InshaAllah, sebab aku selalu ingat dengan pesan mak & abah aku, kalau aku tak solat, dorang yang dapat dosa jugak. Jadi, aku berazam untuk jaga solat aku baik-baik, dan doa untuk roomate aku tu supaya rajin-rajin bersolat.

P/s: next sem aku mintak pindah bilik sebab aku tak selesa. Entah betul ke tak tindakan aku ni.

– nini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Kita selalu cakap, tanaman jiran tak cantik sebb jiran tak rajin siram air dn baja hari2..
    Walhal, kita tak tau pun sebenarnya samaada dia tak siram air sbb air takde atau dia tak tau yg air tu perlu untuk tanaman cantik ..
    Tapi, kalau kita keep tunjuk kat jiran bahawa tanaman yg cantik tu dtg dr penjagaan yg rapi, siram air depan dia hari2, baja …Tunjuk hasil tanaman jagaan kita yg cantik depan dia dgn niat dia pun belajar cara jaga tanaman sendiri, satu hari nnti, inshaAllah dia pun teringin nak ada tanaman cantik..
    Akhlak adalah tarikan pertama dalam agama :)
    Jgn putus asa.. Kita hanya tolong ketuk pintu hati dia je.. Dia nk buka atau tak, itu dpanggil Hidayah..
    Moga qawiy ye sis

  2. Doa je.
    Paling penting jangan pandang rendah dkt kwn kau tu. Jgn pandang dia mcm dia ahli Neraka.

    Dulu kwn2 baik aku tak solat. Kalau g mana2 aku sokong je turun solat. Puasa pun tak.
    Tp aku sayang diorg. Diorg kwn baik aku. Subuh diorg kejut aku walaupun tak solat.

    Doa je. Jgn sisihkan.

    Sekarang alhamdulillah consistent solat diorg ni.
    Kdg2 ada gk tinggal. Tp rilex la. Ckp je kt diorg qada solat. Slow2 lah. Jgn aspect nk perfect terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *