Salam semua
Tak lama lagi kakak sy bakal melansungkan perkahwinan, masalahnya sy tak suka bakal ipar sy kerana sejak dia muncul hubungan sy dan kakak semakin rengang, kerap kali bergaduh dan sentiasa ada yg tak memuaskan hati kami berdua. Sebelum lelaki tu muncul hubungan kami sangatlah akrab.. Sekarang seolah-olah musuh.
Sebab sy tak suka dia pasal kata-katanya yg sentiasa kurang ajar.Pernah dia menghina dy katanya muka sy macam jamban, perangai macam taik. Tapi kakak sy tetap menyebelahinya dengan alasan itu cuma gurauan. Sebak hati ni bila kakak kandung sendiri sanggup lebihkan org lain dari adik kndung sendiri yg dh hidup bersama lebih 20 tahun. Kenapa lelaki yg baru dia kenal tak sampai 2 bulan dia lebih percaya ?? Mereka bertunang walaupun sy tak suka.. Sedangkan dulu kakak sy pernah cakap dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yg disukai semua adik beradiknya tapi sekarang nampaknya lain yg jadi. Kakak sy skrg suka ambil gambar sy yg tak tutup aurat dan dua hantar kt tunang dia. Bila sy marah dia cakap tak sengaja terhantar. Ya Allah sebak hati sy lelaki yg bukan muhrim tengok aurat sy. Ye sy tahu sy bukan ustazah bukan solehah n alim tapi sy jenis yg tak suka bergambar n gambar sy ditayang2 kt media sosial sy memang tak suka macam tu.. Pernah sy tegur kakak sy lagipon tun 'kenapa akak buat mcam tu knp hantar gambar sy yg nampak rambut tu kat tunang akak? ' jawapan akak sy 'aku tak sengaja lagipon tunang aku dah padam gambar ko, bukannya ko tu cantik pon org nak save gambar ko'.. Sy sedar la sy ni tak cantik tpi knp dia buat macam tu ??
Yang menyedihkan, kakak sy seolah-olah kena ubat guna guna.. Keburukan tunangnya tak menjadi masalah buat dia. Bila sy tegur diorang cakap sy cemburu sbb sy ni tak laku (takda pakwe) , Ya Allah sikit pun sy tak cemburu sy cuma sayangkan kakak sy, sy taknak apa2 terjadi pada dia tapi kenapa kebaikan sy sering disalahkan ?? Sy pernah stalk fb tunang dia apa yg sy lihat n baca tunanngnya seorang yg panas baran. Tapi org kata 'don't judge a book by its cover' hmm.. Entahlah.. Tunang dia juga pernah ugut sy mcm ni 'kalo jd apa2 mendapat la ko'. kdg2 sy risau n takot sangat dengan ugutan dia.. Sy tak tahu nk buat apa lagi bila sy mengadu dekat mak, mak cakap 'biarlah…' seolah2 tak percaya kat sy. Ya Allah sy tertekan sangat… Abg2 sy semuanya taknak ambik tahu. Ayah sy plak dh meninggal.. Kalaulah ayah sy masih ada.. Sejak ayah takda sy rasa tak selamat (tiada tempat untuk berlindung). Ya ini adalah ujian Allah utk sy..
Kakak sy pernah kata kalau diorang nikah diorang nk tinggal dgn family sy. Ya Allah macam mana sy nk hadapi hidup 1 rumah dgn lelaki yg macam tu. Sy takot sangat jika diri sy diapa2 kan. Semoga Allah lindungi sy.. Sy harap lelaki kt luar sana yg bergelar abg@ayah lindungan lah kaum wanita dalam keluarga anda n jangan sesekali menghina paras rupa wanita. Siapa yg nak dilahirkan dgn rupa paras yg tak cantik ?? Takde sape pun mintak tp bersyukurlah hari2 masih bernafas. Semoga sy terus kuat ikhlas n berani hadapi semua ni.. Mohon supaya anda doakan sy ya ?? sy juga doakan anda semua bahagia slalu.Aamin…
-nur-
– -Nur-