Assalamualaikum.
Aku sebenarnya baru balik dari kem. So tujuan tulis confession kat sini bukan saje-saje nak cerita pengalaman pergi kem tu tapi nak kongsi lah beberapa perkara yang selama ni aku dah lama perasan benda alah ni selalu sangat jadi dekat mana-mana kem.
Aku nak bagitahu lah kan, orang yg organize kem tu better rancang aktiviti and atur cara kem tu dengan baik sebab banyak sangat kekurangan yang aku perhatikan. Yelah, aku ni siapa nak bercakap tentang organize program ni sebab aku bukan orang yg aktif dan berani macam korang-korang yang aktif dan pakar dalam buat program ni. Aku just nak cakap lah, sepanjang aku dekat kem ni, aku tengok ikhtilat laki perempuan; sumpah tak terjaga langsung. Sampai ada orang anggap benda tu remeh dan terdesak. What the sangatlah weh. Tahik gila
Sepanjang aku join kem yg baru-baru ni, kitorang ada game explorace. So, biasalah explorace kan kena buat apa yg orang kat checkpoint tu suruh kan demi nak dapatkan point. Then ada satu game ni kitorang kena ikat kaki kitorang sama-sama guna tali rapiah tak kira laki perempuan kena gak ikat kaki sama-sama. So dapat tangkap ah dalam game ni mesti ahh cormfirm! ade adegan sentuh menyentuh antara laki dan perempuan yg diikat kakinya bersama. Grup aku ada 12 orang; laki 6, perempuan 6. First time aku jumpa grup member aku, aku tak perasan yg dalam grup aku ni ada sepasang couple. dah lama2 bersama baru aku tahu diorang ni couple. First dapat detect bila si perempuan ni macam tergedik-gedik duduk rapat2 dengan laki tu(couple dia) masa kitorang duduk dalam bulatan walaupun sebelah perempuan tu ada ruang kosong. Berbalik pada game tadi, si couple ni ikat kaki bersama, game tu dahlah memerlukan kita berpaut pada kawan sebelah, so ade la time si laki couple ni nak bergerak, dia tak tahu ah nak berpaut pada siapa so dia terpaksa tarik kaki perempuan tu means dia just tarik seluar perempuan tu jela, tarik slow je kang separuh terlanjak pulak perempuan tu. Si laki tarik untuk bergerak pada tempat yang sepatutnya since pergerakan kitorang terbatas sebab kena ikat kaki dengan orang lain, memang nak buat game ni kena dapatkan support dri kawan sebelah. Aku dengan kawan aku kat sebelah dah pandang2 sesama sendiri sebab meluat dengan si kapel tu. Sumpah ahhh menyampah nak mati. pastu si fasi yg jaga checkpoint tu boleh pulak kata sambil tertawa gembira bahagia, "Hah sampai terpaksa tarik kaki kawan sebelah." Aku tak tahulah apa fasi tu fikir n rasa. Myb diorang rasa benda ni just a game. Then sampai ada yg kata takpelah nak buat camane dah game. Weh apa weh kau? Nenek sangatlah kan tak boleh buat apa sedangkan benda tu hanya game dan bukan perkara darurat malapetaka sampai kau tak boleh nak fikirkan game lain yg tak perlu menyebabkan kemungkinan besar laki perempuan boleh bersentuhan or rapat2. Untuk si kapel tu, myb diorang happy dapat spend masa together tuih gila sangat sumpah menyampah.
Lagi satu, bila berkumpul sama-sama, campur antara laki perempuan dalam tempat gelap. Ada satu malam kitorang kena masuk hutan sensorang jalan sensorang depends pada tali yg diikat sekeliling track yg kitorang kena lalui sensorang tanpa torchlight n whatsoever cahaya takde. Then satu2 manusia dah lalui hutan tu sensorang, orang yg dah selesai kena berkumpul satu tempat ni. Tempat tu luas so laki perempuan memang bercampur. Fasi tak cakap laki sini perempuan sana, tak dia tak cakap. Dia just kata, okey tolong jaga batas korang. kadang2 cakap je tak guna or tak boleh nak halang sesuatu perkara buruk tu terjadi. Walau dah masuk u, aku rasa tak salah kalau laki perempuan diasingkan tempat duduk lagi2 dalam tempat gelap macam tu. Ingat dah masuk u boleh bebas sangat ke? Gedik
Memang ah time tu aku tengok laki perempuan bersepah habis duduk bercampur. Time game tu start dalam pukul 1-5 pagi. Memang siapa dah siap dulu penat ah nak menunggu orang lain siap. So time tu ada yg tidur terbaring. Aku tengok laki perempuan ada yang baring sebelah2. Selamba badak. Memanglah tak rapat sangat tapi hampir rapat. Aku rasa kalau just baring camtu je pun nafsu laki dah fikir bukan2 even dia tak berniat nak buat perkara buruk. Yang si kapel grup aku lagi syok habis. Duduk berduaan, laki nye cucuk2 badan belakang perempuan. Eh sumpah ah aku yg terngok macam nak lesing je muka dua2 tu. Aku tak tahu la kan kalau diorang ni dah kahwin ke ape, myb. Tapi even dah kahwin pun please ah jangan sampai buat sesuatu yg boleh menjatuhkan kepada fitnah or salah anggap orang lain kalau kau tak nak bagitahu yg kau dah kawin.
Aku teringat dr daniel dalam halaqah tv9, dia kata satu term aku tak ingat, dimana islam tu bagai dipandang di tempat-tempat tertentu sahaja macam masjid, sekolah agama tahfiz. Faham tak apa yg aku nak kata? Disebabkan mind set orang melayu kita yg hanya fikir islam itu hanya di masjid, sekolah tahfiz dan sebagainya, maka bila nak amalkan cara islam di tempat lain kita akan rasa lain. Lain sangat dan kalau ada orang yang tegur or pertahankan benda2 buruk ni tak sepatutnya terjadi, akan ada orang yg anggap dia terlampua syadid or islam yg ekstrem. Sebabtu aku takut nak kata apa-apa except bercerita dan merungut pada kawan aku. Aku tak selesa sangat bila benda2 macam ni ada dalam sesuatu program yg aku join. Belum lagi masuk senam aerobik nya lagi. Terkinja sana sini. Kau terkinja2 laki belakang kau syok tengok bontot kau lantun sana sini. Bagus sangat kan. Tak buat nanti fasi tarik keluar, kena bebel, kena label tak support program. Bila time solat lagilah, memang solat lintang pukang sebab masa diperuntukkan sangat sekejap. Dengan peserta yg ramai n tandas yg macam harem nauzubillahminzalik. Kau ingat sempat ke nak solat dalam masa 20 minit? Kau rasa apa? Perempuan lagi ramai dari lelaki. Perempuan memang lama bila nak bersiap solat. Nak cek ada keputihan ke tak, nak bukak tudung amek wuduk, pakai balik tudung, semua tu penting nak kena jaga. Bukan suka2 nak buat semua tu kalau tak kerana Allah. Aurat tu penting walau dimana kita berada. Fasi tak habis2 bising pasal kitorang tak disiplin. Ada ke diorang tegur pasal aurat perempuan yg terdedah? Terdedah bila time nak tidur tempat lelaki dan perempuan bukan jauh mana. Ada je perempuan bukak tudung selamba badak sumbu dia walhal tahu yg budak laki nampak aurat dia. Bagi dia takpe. Ni kalau program kat madrasah memang kena balun dengan fasi2. Sebab diorang anggap benda macam ni satu perkara yg besar. Kalau program kat tempat biasa2 yg bukan tempat macam surau or tahfiz, ada ke orang nak pertahankan hal2 macam ni? Takde. Sebab mindset orang melayu yg kolot then orang bukan islam pun salah faham. Bagus sangat. Sebab tu aku paling malas nak join apa-apa program macam ni. Jati diri sangattt
Aku bukan nak salahkan siapa2. Aku pun bukannya bagus sangat. Tapi aku cuba jaga apa yg aku mampu jaga. Memang tak 100% aku ni sempurna tak buat dosa, tapi aku cuba berubah dari hari ke hari. Aku pun tak nak fikir orang lain jahat ke apa, cuma aku hanya mampu husnuzon. Aku tahu diorang masih tak sedar dan aku hanya mampu doakan tebaik untuk semua muslim. In shaa Allah. Kadang2 terfikir, ada kekurangan ke bila kita ikut apa yg Allah tetapkan? Islam itu syumul, islam itu untuk semua. Kerana Islam kita ni mulia. Bai
– T.Rad