Tak Tahan Sabar

Assalamualaikum. Sebenarnya, dah lama tak buka page IIUM Confession ni. Bertahun juga rasanya. Kali ini lalu di feed google IIUM Confession ni jadi buka dan scroll lah sikit. Dan terasa nak menulis. Saja lah. Berkongsi cerita kata orang.

Aku ibu kepada 3 cahaya mata. Sulung perempuan dan telah meninggal dunia pada 2019 ketika umur baru 13 bulan. Yang ada sekarang anak kedua dan ketiga.

Aku ni sejenis yang tak tahan sabar. Maknanya kesabaran tu kurang. Aku perasan benda ni bila anak kedua aku lahir.

Aku rasa macam kepala nak meletup bila dengar anak menangis dan aku akan turun geram dan tak tahu nak buat apa dan aku akan baling baling barang sampai rosak sampai puas.

Tapi keadaan itu tidaklah berpanjangan. Sesekali sahaja. Dan kini anak ketiga. Perkara sama berulang.

Aku memang kurang sabar. Banyak tinggikan suara dan marah marah. Keadaan aku itu banyak diikut anak kedua. Cakap kuat kuat. Dan faham faham lah karenah anak kedua kan. 

Jadinya cabaran buat aku. Si adik masih baby dan susah nak berjauhan dengan aku. Bukan tak boleh jauh, tapi seringkali dia akan bunyi lah kan bila aku bangun buat kerja.

Kelamaan, rutin yang sama ini buat aku tekanan. Ya, aku surirumah sepenuh masa. Aku rasa dahi macam tebal. Macam nak sakit kepala tapi tak sakit sampai ambil ubat pun. Rasa kepala penuh dan macam meruap dan macam nak meletup. 

Diri ini macam nak jerit tapi kau tak boleh. Macam nak tumbuk sesuatu tapi dalam masa sama kau tak nak anak tengok, dan kau macam hilang punca. Entah. Aku tak tahu ayat yang sesuai.

Partner? Oh dia ada. Kerja shift. Balik rumah pun banyak masanya dengan hobinya dan kerja kerja lain yang dia suka buat. Anak-anak? Dia bapa yang bagus. Alhamdulillah. Cuma bagi aku, dia kurang take part. Entahlah.

Sebab apa yang aku lihat, bila dirumah, dia banyak masa dengan hobi dia atau kerja kerja dia. Ada la masa dia dengan anak. Tapi tak de la se-lama dia habiskan masa dengan hobi dia tu.

Dan ya, aku jenis “malas” nak cakap banyak dan “malas” nak bertikam lidah. 

Walaupun kau cuba dengan cara yang baik untuk permulaan conversation tu, atau cuba ber-lawak dengan partner, nanti akan jadi salah faham dan akan jadi bermasam muka.

Aku pun tak sure la aku yang bermasalah ke sebab tak reti nak berbincang/bersembang atau aku terlalu jenis tak ambil peduli atau ape aku ni sebenarnya? Jenis tak faham orang ke apa ye?

Aku kadang kadang tengok dia pegang telefon bimbit pin macam berbulu juga mata sebab macam…

“Eh, kau tak puas lagi ke tengok fon, tengok tik tok, fb bagai tu? Balik rumah family time la bang !”

Tegur? Kejap je la berubah. Bila kerap tegur nanti last last batang hidung ni kena balik…

“Oooo… kalau dia tuuuu…” nada memerli/melawak. Dan aku sikit la, tercuit/terasa.

Dan aku mlas dah nak ulas panjang/cakap banyak. Entah lah. Aku ni kadang idam kan juga “cuti”.

Partner aku tu kalau dia cuti, mcm tak cuti. Ada je buat kerja dia tu…baiki itu lah baiki ini lah, buat itu lah buat ini lah dan masalahnya tak habis habis tau dok buat kerja dia tu. Anak anak ni kejap kejap je la dengan dia.

Kalau suruh tunggu anak, tido la jawabnya. Anak main bapak tido. Tak pun tengok fon. Maigadddddd!

Sekarang ni aku tukar cara. Sebab aku taknak jadi gila. Ye wei. Aku rasa kau ni dah macam orang tak waras, tapi pura pura waras.

Dan sebab dah tak tahu nak cakap/bincang macam mana kan. Plus aku pun jenis tak suka masam masam muka ni.

Ye lah dah nak tiga kan. Nak kata tak reti, dah nak 40an dah. Aku pun tak ada lah pandai mana, cuma nak sama sama take part dalan urusan rumahtangga sahaja. Sama sama galas tugas.

Contohnya, dia jaga anak, aku masak, basuh baju, atau rehat. Tak pun dia basuh baju, aku jaga anak, kemas kemas, macam tu lah kan.

Tak boleh hari hari pun (sebab dia kerja shift kan) at least dalan seminggu tu ada la nampak kebersamaan buat tugas tu. Tak de la aku rasa macam aku je buat semua.

Baru ni keadaan macam sibuk sikit bagi aku, aku baru lepas masak, nak bagi makan baby, si nombor dua pun nak perhatian dan kemudian nak sidai baju lagi…partner makan brunch. 

Lepas makan dia cakap “boleh tolong basuh tak?” aku dalam hati “eh, hello! Sebijik pinggan je kot. Tolong la!” dalam hati je lah. Luaran ni isteri solehah tau. Cita-cita ni nak jadi isteri solehah kan. Baru nak berubah sebab tu mengomel dalan hati je.

Apa yang boleh aku kongsikan, aku ubah diri aku dulu. Sebab kita tak boleh ubah orang. Melainkan Allah sahaja yang berhak. Makhluk tak ada apa.

Jadi aku ubah. Jadi cool walau keadaan rumah havoc dengan anak anak dan kerja kerja rumah. Benda ni take time juga nak sebati dalan diri. Sebab kadang kadang terbabas jga ke-singa-an kau tu. Sabar ye. Yang ni aku nampak anak aku kirang cakap kuat dah. 

Walaupun masih ada lagi cakap kuat tu. Lagipun baby takut kalau aku cakap kuat/marah. So ubah. Dengan partner aku cuba untuk jadi isteri idaman dia. Ya pernah macam tekanan/burnout kan. Tapi aku tak layan tau. Aku cakap dekat deona cermin yang aku cool. Cakap kerap2.

Dan tentulah kita sebagai seorang Islam, utamakan Allah. Banyakkan selawat, solat sunat, baca Quran dan buatlah apa apa yang Allah suka. Walau dalam terpaksa, buat je. Cari je masa untuk buat.. contoh solat dhuha paksa buat, sedekah, ada je peluang buat. Macam tu lah.

Mulut tu jangan berhenti selawat. Keep selawat. Kalau tak selawat diam. Macam aku kalau tak selawat membebel ke anak je.

Dan kurangkan tengok fon. Macam aku buat sekarang, ada partner kat rumah, fon letak tepi. Layan dia macam raja (memang dianjurkan dalam Islam), cuba yang terbaik lah kiranya. Kalau nak main fon masa anak tidur, partner pergi kerja atau masa tidurkan baby. 

Depan anak pun aku cuba kurangkan pegang fon sebab anak kedua dah cerdik kan dia pun nak jugak tengok fon. Jadi jangan main fon lah moral dia. Walauoun ada masa ter-pegang juga fon dpn ank & partner.

Apa yang aku ubah lagi, banyakkan bersyukur. Syukur partner balik rumah dalam keadaan selamat.

Syukur, partner dapat luangkan masa dgn anak anak. Kiranya kau syukur je. Alhamdulillah alhamdulillah. Ha, zikir gak tu kan. Macam jangan cari salah orang. Ha gitu.

Walaupun macam geram je kadang kadang tu. Tapi kita pun tak sempurna di mata partner kita kan. Cuma mereka lelaki jarang nak meluahkan. Ingat macam tu je.

Jadi, awalnya mungkin macam terpaksa, tapi paksalah diri untuk berubah. Insyaallah partner pun akan berubah. Percayalah. Lagipun Allah takkan hampakan HambaNYA yang berusaha kan.

Kita tak sempurna dan takkan sempurna. Jadi cuba lah yang terbaik yang kita boleh jadi. Insyaallah.

– Ummi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *