Tak Tahan Sikap Ibu

Assalamualaikum. Aku anak ke 2 dari 6 orang Adik beradik. 3 perempuan 3 lelaki. Perkahwinan antara ibubapa aku adalah sebab ibu berhutang banyak duit terhadap ayah. Jadi sebagai membayar hutang, ayah minta ibu jadi isteri.

Ibu berhijrah ke bandar dan sering meminjam duit ayah yang tinggal di bandar. Jadi apabila hutang semakin bertambah sehingga mencecah ratusan ringgit. Ayah offer Ibu untuk berkahwin bagi melangsaikan hutang. Lagipun ibu SINGLE time tu.

Setiba hari hendak merisik MAK ibu tak bagi kahwin sebab kebetulan time tu gaji ayah kecil. Ibu masih merahsiakan tentang hutang itu daripada pengetahuan keluarga ibu. Apabila MAK ibu yang tak tahu hal sebenar lalu tak izinkan ibu dan ayah berkahwin.

Ayah berang dan pasrah. Hutang? Cuma ayah dan ibu yang tahu. Keluarga ke dua belah pihak tak tahu hal ini. Maka bermulalah episod ayah angau nak kahwin dngn ibu. Sebab ibu memang dh janji nak kahwin untuk langsaikan hutang.

Ibu pun akhirnya tunaikan janji. Tetap kahwin dngn ayah sehingga senyap2 buat personal loan. Personal loan sebagai duit belanja kahwin. Kerana ketika itu ayah belum cukup duit. Ayah minta masa untuk kumpul duit kahwin. Tapi ibu tak nak.Ibu nak yang terbaik yang majlis perkahwinannya. Personal loan ni ayah tak tau. Lepas kahwin baru tahu ini duit PL (personal loan). Ayah ingatkan ini duit simpanan ibu.

Keluarga sebelah ibu berangan ayah angau terhadap Ibu sebab nak kahwin. Manakala keluarga sebelah ayah beranggapan ibu calon yang terbaik disebabkan lembut tutur kata dan sangat menutup aurat.Tapi cuma ibu dan ayah yang tahu hal sebenar.

Ya, bila orang tua kita tak izin kahwinn. Memang hidup tak bahagia. Lepas berkahwin. Ada pasang surut. Terserlah sikap masing2. Pergaduhan pertama tercetus ketika baru berpindah rumah.

Ibu senyap2 tanpa pengetahuan ayah ke kedai perabot dan beli secara hutang bayar bulan2 semua barang2 dalam rumah. Macam Tv, peti ais, mesin basuh, kerusi, meja makan dan lain2. Ayah berang sebab ibu beli tanpa berbincang. Ibu mengamuk dan pecahKan barang2 dalam rumah. Ayah akur dan bagi duit pada ibu untuk Ibu bayar bulan2. Ayah masih gaji kecil tapi ibu tak faham.

Namun, ibu tak amanah. Ibu ambik duit. Tapi tak bayar hutang. Sebab tauke kedai datang jumpa ayah minta selesaikan baki yang tertunggak atau diorang tarik balik barang2. Sejak itu ayah sudah tak percayakan ibu. Bila ayah tanya soal duit ibu akan mengamuk dan pecahkan barang2 dalam rumah. Ataupun ibu akan baling semua barang kepada ayah.

Semakin hari semakin banyak perangai ibu. Ayah masih bertahan dan bersabar.

Ibu suka maki hamun ayah dengan sumpah seranah dan kata2 kesat. Macam2 kata makian ayah dapat. Terutama jika ibu badmood, PMS atau ada masalah dngn ayah. Ayah masih sama. Tenangkan ibu dan buang jauh2 kata2 ibu walaupun akhirnya ayah menangis senyap2 kerana terasa hati dngn ibu.

Ayah ingatkan perangai ibu yang suka maki hamun berhenti selepas ada anak. Tapi ayah silap. Semakin menjadi2 perangai ibu. Anak yang Masih kecil jadi tempat ibu lepaskan marah dan amuk.

Pernah ayah balik kerja, pampers anak belum tukar dari pagi, anak2 sama mcm pagi tadi (tak Mandi). Makanan bersepah atas lantai. Rumah berselerak, baju tak basuh lagi, masak pun belum. Susu masih susu pagi tadi (sebab ayah rasa). Jadi ayah akur. Ayahlah yang mandikan anak bersihkan anak. Ibu ? Ibu cakap dekat ayah ibu penat buat kerja rumah. Ayah malas nak gaduh. Ayah tahu ibu tipu sebab ini bukan kali pertama. Memang Ibu malas sikit.

Jadi sejak kecil aku dan adik beradik aku sudah biasa tengok ibu mengamuk baling barang sambil maki kata2 kesat. Dan ayah cuma diam, mengelak dari terkena barang atau tenangkan ibu. Sebab tu pinggan mangkuk rumah kami setiap bulan kena beli baru.

Sejak kecil juga kami sudah terbiasa dengan kata2 makian ibu. Ibu pantang anaknya buat salah. Pasti buruk akibatnya. Ibu suka panggil Kami anak2 nya “anak haram”, “bavi” , “sundal” dan macam2 lagi kata kesat.

Jika ada adik beradik aku yang melawan cakap ibu, ibu akan cakap “patutlah dulu abah suruh buang ja hang masa baby, sebab dah besar jadi anak tak guna, sepatutnya ibu buang ja hang dalam tong sampah macam duk jadi zaman larni “. Ha begitulah kata2 ibu. Bila Kami tanya ayah, ayah geleng kepala dengan sikap ibu. Ayah nafikan kata2 ibu. Ayah minta kami bersabar.

Seterusnya, pernah masa kecil. Ibu serahkan adik pada jiran. Ada urusan jual beli sebab duit bertukar tangan. Masa ini ayah belum gaji sebab hujung bulan dan ibu memang terdesak nak pakai duit. Bila ayah balik kerja ayah minta ibu ambil semula adik dan serahkan semula wang jiran. Ayah masih mampu sara anak.

Ada pula kes ibu sumpah adik beradik aku. Sebab tak ikut cakapnya. Hanya kerana ikut cakap ayah. Ibu doakan anak dia jadi batu macam tanggang lah tak halal air susu lah. Dimulut ibu sesiapa yang tak ikut kata ibu automatic jadi tanggang jadi anak derhaka.

Banyak kali juga ibu sumpah kakak mati dilanggar lori lah jadi cacat lah sebab kakak tegur sikap buruk ibu. Ibu memang tak boleh terima teguran. Bagi ibu, apa yang ibu cakap semua betul.

Masa kecil ibu selalu panggil kami semua binatang. Seperti ” lembu dan vavi “. Contoh ayat : babi sungguh la hang ni perangai babi la keturunan babi la “.

Hasilnya? Adik beradik aku suka maki dan sumpah sesama sendiri. Bila ibu dengar dan marah ibu akan cakap “keturunan ibu baik2 tak berperangai macam hampalah, ini mesti ikut keturunan ayah hampa”. Padahal ayah sekali pun tak pernah maki anak.

Ibu juga panas baran. Bila buat salah sikit ibu maki hamun atau pukul. Bila pukul anak. Mesti lebam dan berparut. Jadi masa kecil bila lepas pukul sesiapa ibu tak benarkan orang tu pergi sekolah atau tadika. Ibu takut orang tau. Jadi ibu cuma cakap anak tak sihat demam. Semua anak pernah kena pukul kecuali anak kesayangan ibu.

Bergaduh? Ya ibu pernah gaduh dengan jiran dengan ahli keluarganya dengan orang sekelilingnya. Ayah sering berpindah rumah dan bertukar jiran sebab salah satu ini lah sikap ibu. Ibu pantang orang tegur silap atau salah ibu. Walaupun ibu mengaji salah jangan tegur. Kalau tegur berbirat belakang, lebam muka dan berparut betis.

Banyak kali ibu gaduh dengan jiran2. Hatta jiran itu tak senyum masa jumpa ibu pun ibu sangka buruk dan benci. Ibu akan mengamuk kalau jiran tak jemput makan kenduri atau jika anak jiran terbuat anak2nya. Bergaduh mulut dengan jiran depan rumah pun pernah. Sampai ayah tenangkan ibu. Sebab ibu simbah air depan rumah jiran lalu jiran marah. Ibu marah sebab jiran katanya sakitkan hati ibu.

Pernah ibu mengamuk nak balik raya. Tapi tahun tu ayah tak cukup duit nak balik kampung di timur negeri. Lalu ibu mengamuk tengah malam itu. Ibu campak semua beg pakaian anak2 ke luar dan halau ayah serta adik beradik aku keluar rumah. Semua jiran2 cuma minta ayah sabar.

Ayah tak tahu apa masalah sebenar ibu. Ibu cukup tak faham jika ayah cakap tak ada duit. Bagi ibu ayah banyak duit dan kaya.

Selain itu, apabila ayah bagi wang belanja dapur dan sekolah anak. Ibu mampu habiskan dalam masa yang singkat. Barang dapur ibu cuma beli itu itu je. Wang saku adik beradik selalu tak cukup. Jadi bila anak2 Minta duit pada ayah. Ayah terkejut. Ayah bagi duit pada ibu dalam jumlah yang besar. Akhirnya ayahlah yang beli barang dapur dan bagi duit sekolah anak. Ayah gaduh lagi dengan ibu sebab hal ini.

Kadang2 ayah pelik. Bagaimana ibu mampu habiskan wang dalam masa yang singkat. Keperluan ibu ? Alhamdulillah semua cukup. Bajunya, tudungnya, alatan makeup nya dan macam2 lah.

Pulang beraya adalah perkara paling perit bagi ayah. Ibu tak nak tolak ansur langsung dengan ayah. Setiap tahun pulang beraya ke kampung ibu saja. Sejak kahwin dengan ibu boleh kira berapa kali pulang ke kampung ayah. Hal ini akan jadi pergaduhan dahsyat kalau ayah nyatakan hasrat untuk pulang ke kampung ayah. Ayah terpaksa akur sebab jaga hati ibu.

Hubungan ibu dengan mentua pun tak okey. Ibu suka maki hamun ayah depan ibu ayah. Jadi mentua macam tak suka ibu. Apabila pulang beraya mentualah akan singgah ke kampung ibu semata2 untuk bertemu ayah.

Selalunya ibu tak nak pulang rumah mentua sebab bagi ibu mentua jahat dan rumah berhantu. Ibu nak mentua layan semua anak2 ibu. Ibu tak suka mentua layan anak menantu lain. Kalau masak ibu suka mentua masakan untuk ibu first.

Pernah masa kecil mentua (tok) cakap dengan adik aku jangan makan lagi cucur goreng ni panas. Ibu terdengar lalu mengamuk dan ajak ayah pulang. Sedangkan baru sampai rumah mentua ketika itu. Ibu putarbelitkan cerita kata mak ayah tak bagi adik makan cucur. Ayah tahu ibu bohong sebab apabila pulang walau sekejap ke rumah mak ayah. Ibu akan cipta alasan.

Saya sebagai anak pun tak faham sikap ibu. Ibu suka cakap perli2 terhadap mentuanya. Mentua ibu sudah tua. Jadi dia cuma diam saja. Oleh itu, ayah ambil keputusan untuk kahwin lain. Ayah tak tahan dengan sikap ibu. Ayah cakap ayah dah terlalu lama bagi peluang kepada ibu.

Bila ayah kahwin lain ibu mengamuk. Mula2 ibu bertahan. Lama2 ibu failkan fasakh dan tuntut cerai. Ayah akur walaupun masih sayangkan ibu. Untuk langkah selamat, ibu pergi angkat sumpah mengatakan semua harta ayah telah ayah serahkan pada ibu. Padahal ayah tak pernah angkat sumpah berkata begitu atau cakap mulut pada ibu.

Lepas bercerai, anak anak jadi mangsa kemarahan ibu. Ibu suka maki hamun dan pukul adik beradik aku. Kami dibesarkan dengan kata2 kesat dan jelik. Pernah ibu tak benarkan Kami jumpa ayah. Berbulan2. Akhirnya kami jumpa juga ayah senyap2. Sesiapa yang jumpa ayah, ibu akan maki dan pukul. Ibu cakap kami anak derhaka sebab jumpa ayah. Ibu suruh anggap ayah dah mati.

Waktu semakin berlalu. Kami semakin membesar dan ibu semakin tua sekarang. Ibu sudah tidak pukul Kami. Cuma baling barang dan hamburkan kata2 kesat saja. Kata2 ibu menyakitkan hati kami. Pernah adik cuba tikam ibu ekoran marah terhadap mulut ibu.

Ibu selalu kutuk2 keluarga ayah dan keturunan ayah. Ibu selalu banggakan keturunan ibu. Bagi ibu, keluarga ayah adalah keluarga paling jijik dan kuno.semua buruk2 pasal keluarga ayah ibu ceritakan.

Bila ada ahli keluarga ayah meninggal, ibu happy sangat. Ibu selalu cakap ibu tak maafkan diorang sebab penyebab kemusnahan rumahtangga ibu. Ibu asyik cakap semoga kubur berasap dan jumpa diakhirat.

Sesiapa saja yang tegur ibu. Ibu akan maki hamun dan sumpah seranah atau perkecilkan. Atau sesiapa saja yang back up keluarga ayah pasti ibu mengamuk dan sumpah seranah. Ibu selalu doa ayah mati accident. Kata ibu, ibu orang teranaya jadi doa ibu mustajab.

Pernah ada adik yang keluar berbuka puasa dngn ayah. Balik saja adik ke rumah ibu maki adik macam2. Ibu call kawan2 adik maklumkan adik ikut ayah tanpa izin ibu. Ibu juga call jiran ayah. Semua kawan2 adik call adik aku dan marah2 adik aku sebab keluar rumah tanpa izin ibu. Mereka tidak tahu hal sebenar.

Bagi ibu sesiapa yang pergi jumpa ayah, ibu akan maki. Kalau tak nak kena maki kena minta duit dalam jumlah yang banyak kepada ayah dan serahkan pada ibu.

Dan jika ayah beli barang2 dapur atau apa2 barang kepada anak2. Ibu akan marah2. Sebab ayah beli barang low class @ tak ada kualiti. Ibu akan compare Kan barang2 yang ibu beli dngn ayah. Apa saja ibu beli kena puji. Sesiapa yang puji barang ayah akan disumpah seranah dan dimaki hamun.

Pernah ibu buang semua lauk pauk yang ayah belikan kepada anak. Ibu buang @ bagi kepada jiran2. Dan ibu akan masak semula. Sesiapa yang mkn makanan yang ayah bagi akan dimaki hamun. Dan ibu anggap anak2 yang suka melawan cakap ibu adalah kerana mkn hasil duit ayah atau makanan ayah.

Pernah ibu maki adik sebab cakap kebaikkan ayah. Pada ibu, ayahlah manusia paling jahat. Ibu anggap ayah ” firaun moden”. Tapi perangai sebenar ayah sangatlah jauh beza dari ibu.

Perwatakan ibu diluar rumah sangat berbeza dengan didalam rumah. Diluar ibu seorang ibu yang baik dan penyanyang. Ibu ramah dngn sesiapa saja. Tapi didalam rumah watak sebenar ibu terserlah. Jadi apabila anak2 cerita perangai ibu kepada kawan2 atau orang luar. Semua tak percayakan kami, cuma anak2 dan ayah serta ahli keluarga rapat saja tahu perangai ibu.

Dalam keluarga ada adik beradik aku yang pentingkan diri. Kerja dan tanggung diri sendiri atau pasangan belum halal diorang. Rm50 @100 paling banyak dalam 2, 3 bulan boleh bagi kepada ibu. Aku tak marah diorang bersikap begini sebab diorang masih berdendam dengan ibu. Ibu buat macam2 terhadap diorang masa kecil.

Ibu marah adik beradik yang bagi duit sikit. Sebab bagi ibu dulu masa diorang kecil duit susu, pampers, pengasuh, peralatan baby, semua mahal. Tak ada percuma. Jadi semua anak yang sudah kerja kena bayar penat lelah ibu.

Bila adik beradik tak bagi duit ibu ungkit masa kecil orang nilah banyak nangis banyak meragam asyik berak lah. Ibu ungkit penat ibu menyusu, jaga diorang masa kecil. Jadi kalau masih belum bagi duit dalam jumlah yang ibu nak. Ibu akan call pejabat adik beradik yang kerja. Minta kerani atau sesiapa yang berkenaan nasihat adik beradik suruh bagi duit kepada ibu. We’ll play victim lagi.

Aku salah seorang anak yang masih tinggal dengan ibu. Saban hari aku jadi benci kepada ibu. Aku selalu imagine aku bunuh ibu. Tahap kesabaran aku semakin hari semakin kurang. Hari2 ibu kutuk orang, maki orang dan bangga diri. Sekarang bulan puasa tapi nothing change. Sikap ibu masih sama.

Bila aku back up ayah atau back up orang yang Ibu maki. Ibu anggap aku membela orang jahat.Ibu anggap aku munafik. Ibu seperti sehari tak maki hamun atau sumpah seranah orang Ibu tak boleh duduk. Ibu kena maki kena sumpah baru ibu rasa aman.

Bab solat ibu? Alhamdulillah hari2 beribadat, solat hajat, bersedekah dan lain2. Tapi sikap ibu masih begini.

Netizen dan para pembaca ada tips tak macam mana nak bertahan dengan sikap ibu???

– Cik Bunga kantan. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *