Tak tahu lah nak letak title ape – https://iiumc.com/forumv2/
Salam
Thank you admin kalau approve.
Aku nak cerita yang aku penah habiskan rm700 belanja adik2 aku 4 orang semuanya tak termasuk aku dalam masa sehari . Oke aku beli bag satu sorang, kasut jam tgan dorang baju, buku rujukan etc belanja makan mcm2 lah. Aku tak rasa rugi pon sebab dorang pon cemerlang kat sekolah tapi family aku bukan orang senang jadi tak salah kalau aku celebrate kejayaan dorang kan. Kire siblings day out lah gitu.
Okeh ni bukan duit pt okeh. Ni duit hasil titik peluh aku kerja part time every sem break. Sebenanrnye duit gaji 3 bulan nih aku nak simpan tuk pegi bercuti ngan kawan2 kat oversea after grad nanti. Tapi kite hanya mampu merancang. Huhu. Al kisahnya rm700 habis dalam sehari belanja kat adik adik aku.
Ok point die kat sini nak bgtau jangan berkira dengan adik beradik. Alhamdulillah aku tak tahu rezeki datang dari mana. Sem lepas duit aku tak pernah short. Kire aku bole beli je makanan ape aku nak makan. Duit aku bnyak abes kat makanan. Suke sgt makan. Eh.
Sebenanrya aku penah abeskan duit untuk bf aku dulu. Bukan habeskan tapi die mintak pinjam. Honestly bile aku kire semua almost 450++ die mintak pinjam n tak penah bayar. Aku simpan okeh resit bankin smpai skrg. Sampai hilang lah dakwat resit tuh. Lol. Bile aku terserempak ngn dia nanti aku nak baling mcm dlm drama. Eh. Sampai lah kantoi kat family. Mak ayah aku bapak marah. Dan laki tuh dah kahwin dah pon. Bodoh kan aku baik sangat. So jangan lah percaya laki. Huhu
Oke tu zaman tak msok uia lagi. Sekarang dah xde cinta2 ni pokes kat study je. Eh.
And dari situ lah aku tekad aku takkan bg duit aku kat mana2 laki. Aku serik. So aku habiskan kat adik beradik. Tak rugi kau akan tgok dorang gembira gile. Ye lah mak ayah aku bukan nye org senang. Since aku masok u aku tak penah mintak duit dorang. Semua belanja hasil aku kerja part time 3 bulan and plus pt. Cukop sgt.
Lagi satu nak bgtau jangan lah kedekut sgt. Kalau setakat seringgit nak print assignment ngn grup tak payah lah berkira. Kekadang aku suke blnje air kat kawan2 aku. And aku sedar bile kita tak berkira rezeki tu datang tanpa kite sedar. Percaya lah. Doakan aku k aku nak beli kereta waktu forth year nanti senang nak g mana2 practical lagi. Kalau korang nak tumpang bole pm yeh. Jangan segan2. Heheh
Tu je nak bgtau. Huhu. (jangan kecam saya)
– Kakak