Takde ganti .

Assalamualaikum .
Aku tergerak hati nak confess kat page ni sb aku tgk banyak sgt kes kes tak puas hati dengan ayah sendiri . Kau tak tau , dalam kau terconfess pasal aib dia, ada orang yang menangis sb hilangnya seorang ayah . Kau tak tau rasa hilang bapa sb tu kau boleh cakap macam macam pasal dia . Sb dia masih hidup ! Terus terang aku cakap , aku baru je hilang bapa . Yupp , dah 6bulan . Dan rasa tu tak sama dengan apa yang aku jangka . Iya , masalah aku sama dengan korang semua . Bapak aku tak keja . Harapkan duit mak aku je . Aku dulu pun sama dengan korang , kurang selesa dengan ayah sendiri . Bila dia tegur aku , aku jawab sepatah sepatah je . Kalau aku nak makan , tengok dia pun nak makan , aku rela masuk bilik balik . Aku rela bagi dia makan sorang sorang dari makan semeja . Bila dia mintak duit mak aku , aku marah ayah aku dalam hati . Sb aku tak berani marah dia depan depan . Aku masih ada hormat kat dia . Aku harap , bila aku protes camtu , dia faham bahawasanya aku tak suka dia mintak duit mak aku . Pernah sekali , mak aku balik keja , dia masak . Lepas tu layan ayah aku makan , ayah aku suka makan yang mak aku masak je . Kalau aku dgn kakak aku masak , ada je menda tak kena dgn dia . Kalau mak aku masak ikan kering pun , ayah aku makan je . Asal mak aku je masak .
Lepas isyak , mak aku tertidor . Masa tu aku duk sebelah dia . Mak aku pejam mata tapi mulut dia cakap mak lapar . Masa tu aku kejut dia , bangun makan . Tapi mak aku tidor tak sedar apa dah . Masa tu , memg aku nak nangis sgt . Letihnya mak aku cari duit . Muka dia , masa tu memg tak dapat aku bayang dengan kata kata . Aku marah , sb ayah aku senang lenang kat umh . Mak aku susah payah keluar cari duit . Aku rasa ayah aku takde fungsi dalam umh aku . Aku pikir kalau ayah aku takde sekalipun , menda takkan jadi pelik . Sb selama ni , ayah aku bukan ada keja pun . Kami adik beradik , kalau nak apa-apa , memg takkan cakap kat ayah . Terus kat mak je .

Sampai masa aku masuk uni , ayah aku tk hantar pun aku masa pendaftaran . Semuanya mak aku . Mak aku tak pandai bawak transport . Jadi semuanya kena ada pemandu , jadi bila ayah aku tak pergi , kakak aku amik alih . Masa aku smpai kat uni , semua org mak ayah dtg . Aku sedih . Tapi aku tak kisah . Sb masa tu , aku sambung belajar sb mak aku je .

Bila dah lama dekat uni , aku makin jauh . Bila sesekali balik , aku byk memerap dalam bilik . Bila ayah aku keluar , baru aku keluar melepak , berbual dengan mak aku . Bila dia balik , aku lari masuk bilik . Tapi , bila adik beradik kumpul ramai ramai , kami berbual je macam biasa . Masa tu , aku tak kekok dengan ayah aku . Aku minta maaf dengan dia sekali je setahun . Aku tak pernah cium pipi dia . Aku tak tahu sama ada aku malu atau memg aku taknak.

Tapi , aku taksangka . Dalam hidup aku , aku takkan pernah dapat cium pipi dia . Raya tahun lepas , adalah kali terakhir aku minta maaf dengan dia . Kali pertama aku cium pipi dia masa tubuh dia dah kaku . Mata dia dah terpejam rapat . Dia pergi tiba tiba sangat . Aku terkejut . Terus terang sampai sekarang , aku tertanya-tanya , betul ke ayah aku dah takde? Nak redha tu susah , tapi aku tengah mencuba . Kenapa aku boleh sedih sampai macam ni bila masa dia hidup aku selalu buat dia macam tak wujud ?

Sb aku baru sedar tentang baik yang ada pada dia bila dia dah diambil . Satu persatu pengorbanan dia keluar pada pandangan mata aku . Saat dia dah terbujur kaku , kenapa aku baru sedar ? Mungkin dia bukan terbaik sebagai bapa , tapi dia cuba jadi terbaik . Untuk aku , anak dia . Untuk mak aku , isteri dia . Setiap hari , dia hantar dan amik mak aku keja . Makan tengah hari dia selalu terabai . Ayah aku hanya makan sekali je sehari . Sb mak aku hanya masak nasi waktu pagi dgn malam je . Ayah aku tak makan pagi .
Rumah kami rasa selamat bila dia ada . Bila dia takde , tidor malam tak selena mana lagi dah . Mak aku cakap , dah takde teman dia nak bercerita , walaupun ayah aku garang , tapi dia tak banyak cakap . Dlm dia tak kisah , tapi sebenarnya dia mendengar . Kenapa aku tak perasan semua tu ?

Walaupun ayah aku tak keja , tapi bila dia takde , keadaan jadi lebih susah . Duit selalu jadi masalah . Masa dia ada , walaupun sikit , tapi tetap cukup . Sekarang , walaupun duit ada , tp keadaan tetap tak tenang . Duit tetap jd masalah walau tanggungan dah kurang satu . Bila aku sedar semua tu , sesalan menghantui aku. Percaya cakap aku , sesalan ni aku bawa sampai mati . Cuma satu yang aku syukur , aku tak pernah tergerak hati nak melawan cakap dia .
Semua kata kata dia aku ikut walau hati aku kadang kadang melawan . Cuma silapnya, aku tak pernah bagi peluang kat ayah aku ubah keadaan . Mungkin dia cuba nak baik dengan aku sbg bapa , tapi aku letak sempadan . Mungkin dia cuba tebus silap dia kat mak aku , sb tu dia selalu amik alih tugas mak aku sbg ibu . Dia dtg sekolah aku , amik berat pasal pelajaran aku , adik . Setiap kali ada perjumpaan sekolah , orglain mesti mak yg hadir , tapi aku ayah . Dari sekolah rendah smpai menengah atas .
Bila hati aku yang buta ni dah terbuka , aku dah terlambat . Kalau la peluang tu masih ada , aku tak kisah walau ayah aku bagaimana sekalipun sikap dia . Aku tetap terima .
Tapi , realitinya , dalam hidup ni takkan pernah ada peluang kedua bila kematian tu tiba . Bukan setakat yang mati akan merasa , yang hidup pun sama . Percaya cakap aku , walau apa pun salah ayah kau , bukan tugas kau seorang anak untuk menghukum . Hormati dia selagi ada . Sayangi dia selagi bernyawa . Tolong tolong . Aku merayu sangat . Hargai mak ayah yang masih ada di dunia . Kau takkan dapat bayang perasaan tengok jasad dia terbaring kaku .

Wassalam .

– Anak

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Ya. Kite sebagai anak ni selalu fikir “SAYA rasa” “SAYA tak suka” “SAYA ni” “SAYA tu”. Ayah kite manusia. Tapi dia ayah kite. If he has tried his best to look after us, we have no reason to be selfish with our father.

  2. I’m crying reading this :( terus ingat abah kat kampung..teruskan doa untuk ayah sis..skrg nie,doa je jd pnghubung antr sis dgn ayah :) dan be strong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *