Assalamualaikum. Sy nak minta cadangan dan nasihat sikit, tentang ayah sy. Ringkas tentang ayah, dia seorang OKU dan hampir 20 jam terlantar baring. Yg lagi 4 jam, mandi, berak, dan makan. Kudrat ayah untuk makan, mandi masih kuat cuma kaki nya sudah rapuh. Jd, kena bantuan wheelchair, tongkat dua kaki dn skrg dah tongkat 4 kaki.
Sy ibu tunggal anak dua, sy yg menjaga ayah skrg. Mungkin bg org2, masalah sy ini hanyalah masalah kecil, tp terus terang sy cakap memberikan impak yg cukup besar buat diri sy. Sy ada 6 beradik, 2 sudah berkahwin, 3 lagi duduk dengan emak di negeri jiran. Sy tiada masalah untuk adik2 keluar rumah berjuang untuk mencari rezeki halal dan mencukupkan keperluan ayah samada dr segi makanan mahu pun perubatan.
Adik2 sy bekerja sentak pagi hingga ke malam baru pulang ke rumah. Esok pagi2 lagi sudah keluar bekerja. Adik sy 2 lelaki seorang perempuan. Setiap bulan tidak pernah lupa tanggungjawab masing2 untuk ayah. Kerja mereka biasa2 shj , menjadi kuli org atasan dan org awam. Usia muda remaja mcm tu, mereka tak malu bekerja demi rezeki yg halal. Walau sy yg perempuan terpaksa duduk di rumah sendiri jaga ayah, tak pernah sy halang adik2 sy berhijrah.
Lupa sy nak maklum, mak dan ayah sudah lama berpisah sebelum ayah sakit lg. Ayah ego nya tinggi. Tp dia dah banyak berubahlah. Emak tinggal bersama suami baru berdekatan rumah sewa adik2 sy supaya mak senang nak mengawasi mereka dan jaga makan minum mereka sekiranya ada masa terlapang.
Ok, masalah sebenar bukan terletak pd adik beradik sy. Masalah terbesar sy adalah ahli keluarga belah ayah, saudara2 belah ayah sendiri terutama emak kepada ayah yg sememangnya dr kecil tidak pernah mahu mengaku emak sbg menantu, dan kami sbg cucu2 nya. Beliau hanya sayangkan ayah seorang shj. Tiada salah ayah di matanya. Sedangkan kalau hendak aku buka satu persatu cerita lama. Banyak perkara terjadi yg sehingga mengancam nyawa kami dtg dr ayah sendiri. Ya, ayah kami dulu susah hendak sy khabarkan. Tp itu perkara lalu, masa silam. Sy brkhidmat menjaga ayah pun sebab banyak dengar2 ceramah agama, sy takut hukuman Allah. Maka sy redhakan diri.
Sy datang dr keluarga yg susah ,broken family, dulu kami berkais2 untuk sesuap nasi. Kemudian, ayah diberi rezeki melimpah ruah, tp kesombongan telah memakan diri ayah. Bayangkan, emak dn ayah bergaduh,menggunakan parang, baling kaca, baling kayu,sy membesar cukup2 terseksa. Hari2 doa minta Tuhan cabutkan nyawa sy. Sy di sekolah pandai tp semakin sy besar semakin sy jd bodoh. Sy di sekolah dibuli, adik2 sy dibuli, koyak kain sekolah, koyak tudung, cikgu buli, buang buku dalam kolam. Allah. Hidup seumpama dalam neraka.
Kadang2 sy tertanya2 adakah ini yg dikatakan neraka? Kami tiada didikan agama yg betul. Tp mak seorang yg mengaji, jd awal2 dulu sy dan akk antara yg pandai mengaji dn baca jawi dalam kampung. Tetapi disebabkan kekangan hidup yg dialami emak, emak sy depressed, emak sy akan berguling2 di lantai dapur sambil meraung2. Hampir setiap hari begitu, sy sedih sgt family sy mcm tu waktu tu.
Barang kemas emak habis terjual. Emak sy bekerja di sana sini demi mencukupkan anak2. Ayah pun bekerja awalnya, kemudian meniaga. Meniaga 5 tahun pertama, kami jadi org senang. Barulah merasa naik kereta, merasa berjalan jauh. Seronok nya masa tu. Sehingga la ayah muflis, jatuh habis. Kereta terjual, segala barang kesayangan emak di jual,pinggan mangkok serta perabot2 yg ada. Kami di kejar ah long,balik ke kampung ayah sehelai sepinggang berbekalkan baju2 yg ada, menetap di rumah nenek yg tak mengiktiraf kami semua ni. Ketika itu, emak lari membawa diri. Ayah cari emak sehingga jumpa bawa pulang ke kampung ayah. .
Bermulalah rentetan-rentetan yang sehingga kini, sy belum boleh redha dengan perbuatan nya. Nenek tak jahat pun, jika diamati dia mmg sayangkan anak cucunya yg terpilih. Tp bila sy amati lebih dalam lg, rupanya kami shj cucu yang dibenci beliau. Kami cuba mendekati nenek, cuba membiasakan diri dgn nenek. Tp bagai ada batu halangan, yg menyekat kami.
Walau kami usaha banyak mana pun, nenek tetap membenci. Emak dan ayah kahwin tidak direstui dua belah keluarga. Baik sebelah emak, baik sebelah ayah. Jdi kami membesar, tidak pernah merasa kasih sayang seorang yg namanya nenek.
Melihat anak2 sy begitu disayangi emak sy, nenek kepada anak2 sy. Sy cemburu . Adakala air mata sy jatuh. Emak pantang orang menyentuh cucu2nya yg dua ini. Sayang betul emak. Sy ibu yg garang, tp jika garang depan emak, emak boleh merajuk dengan sy berminggu2. Dia tidak suka sy marah cucu nya. Alhamdulillah syukur, Allah menganugerahkan nenek yang sangat baik pd anak2 sy.
Sepanjang menetap di rumah nenek, kami bukan duduk saja, setiap bulan emak belanjakan barang dapur, duit lagi, bil2 semua lah. Kami tido di ruang tamu. Awal nya, mmg kekok sebabnya daripada kecil tidak pernah duduk dirumah nya sehingga berhari2. Inikan pula berbulan2, hampir 6 bulan seingat sy. Jika kami datang beraya atau apa2 majlis kenduri, kami sekeluarga hanya akan duduk di satu sudut, sedar diri sendiri, keluarga hina dan miskin. Ayah yg kerja tidak menentu, gaji yg cukup2 makan sahaja.
Emak balik kerja buat kerja di dapur, masak untuk ank2 makan. Basuh baju, kemas itu ini. Emak mmg rajin sehingga kini pun rajin. TETAP buruk dimata nenek. Kami tak dibenar guna mesin basuh, kami kena basuh tangan, jd setiap minggu aku dan along dn adik sorg lg akan membasuh baju berbakul2,membantu emak yg bekerja seharian. Kadang2 tu tiada makanan untuk kami, kami berani makan jika emak balik kerja waktu malam atau ayah yg balik. Tp kebanyakan emak la. Ada masa nenek baik. Ada masanya dia berubah.
Adik2 sy dipukul bantai, yg 3 orang yg masih belum bersekolah lg waktu tu,alasan nya kencing tilam, main telefon, sentuh barang anak2 dia, dn mcm2 lg. Dibenci semahunya dia dn pak cik2 yg lain. Aku banyak gilir2 dgn along cuti skolah untuk jaga adik2 elak dipukul. Berbirat2 badan. Terutama adik lelaki aku no 4,dia demam sampai naik sawan akibat kena pukul . Ya allah masa tu, aku berdoa jika Allah nak ambil adik, ambillah nyawa ku sekali. Setiap hari kami disogok dan dimomok kan dengan cerita2 nenek, tentang keburukan2 emak. Subhanallah, seorang yg bergelar ibu, sanggup menghasut anak2 org lain untuk membenci emaknya sendiri. Kesannya, along mula membenci emak, sikit waktu dahulu. Sedangkan, emak paling risaukan along dan lebih kan along dalam apa jua keadaan.
Akhirnya kami pindah rumah lain, rumah pusaka yg ada tertera nama ayah. Sejak itu sehingga saat aku menaip ni, aku masih duduk dirumah yg sama. Banyak berubah. Dari elok sehingga kini, atapnya mula mereput, aku minta abg baiki mana yg boleh. Dua tahun lepas aku gunakan hampir 5ribu duit aku sendiri untuk berusaha menjadikan rumah ni selesa untuk aku. Alhamdulillah berhasil. Setelah semua mula berpindah keluar, dan akhirnya tinggal aku sahaja menjaga ayah dan anak2, rumah semakin mengusang. Bukan baru rumah ni begini, usang sejak ayah sihat lg. Ayah pernah memenangi satu kes mahkamah, wang tersebut jika dicongak hampir 70k banyaknya. Namun, ayah sekali lg gelap mata. Satu sen tidak dihulur kepada emak nya yg pernah menumpangkan kami dulu. Nak membaiki rumah apatah lg. Puas aku nasihat namun ayah lebih suka memilih jalan yg akhirnya memakan diri nya sendiri.
Bagi aku, tidaklah besar mana jumlah tu. Tp bila sudah gelap mata kan, kesombongan terlalu tinggi. Usai tamat sekolah, aku dengan emak kerja kantin sekolah, ayah ketika itu baru nak mula cari kerja lain. Emak bekerja sampai sakit2sehingga pingsan di sekolah dan dioperasi sebulan kemudian, buang satu organ dalam badannya. Sejak tu, emak sudah tidak boleh bekerja kuat lg, emak depressed semula, kalini lebih teruk lg. Emak sudah tidak begitu waras. Duduk di dapur menangis, meraung2, aku teringin sekali nak peluk emak. Nak beritahu emak, kami sayang sangat dengan emak. Emak jgn menangis lagi. Usap air matamu emak.
Hampir keseluruhan org kampung membenci kami, katanya kami keluarga gila. Polis berkali2 datang ke rumah kerana menerima aduan ayah mendera anak2. Ayah seorang yg sangat sayang pada anak2nya, mendera itu jauh sekali. Tp kami tetap kena bantai jika buat salah. Aku start mengurung diri sejak sekolah menengah lg, aku jarang keluar rumah. Sedar, tiada siapa yang suka kami. Aku tiada kawan. Jika ada yg sudi berkawan, aku akan bersahabt bersungguh2. Tp ianya tidak kekal lama ayah seorang kaki gaduh dan peminjam wang tegar dalam kampung ni. Jd aku disekolah jd bahan ejekan, aku dibuli bekas kawan baik aku sendiri dengan teruk sekali. Aku tetap teruskan persekolahan mcm biasa sampai habis SPM. Untuk pengetahuan, hanya aku shj yg tamat SPM, di sekolah.
Adik2 aku yg lain menjadi mangsa buli yg boleh aku katakan sgt teruk. Ada dalam kalangan cikgu2 yg berdendam dgn ayah kami kes bergaduh di luar, disekolah dia sepak terajang adik aku. Sehingga darah tersembul keluar dr mulut. Allah.. Allah.. Adik ku yg ketika itu baru berumur 11 tahun.. Apa saja lah kudrat nya. Dan kalau nak tau lebih lg, adik aku tu seorang yg sgt slow dan lambat, jika buat apa2 pun,sehingga kini pun. Mana mungkin dia buat sesuatu yg salah diluar jangkaan aku. Bercakap tidak, bergaul tidak. Aku sehingga kini berdendam dgn cikgu tersebut. Aku akan tuntut di akhirat wahai cikgu. Anda rasa anda hebat, bukan lawan cikgu tu, budak2 umur 11 thun. Tahniah la cikgu hebat ye.
Tanpa aku sedari, aku mula perasan diri aku tertekan, dan mula bercakap seorang diri. Aku takut dan cepat2 tepis perasaan tu. Sehingga kini, aku masih depressed. Sehingga kesaat ini pun, nenek masih tidak sukakan kami, adik2 aku pergi merantau bekerja, pun bersebab. Sbb disini mereka masih sering dihina org2, dipijak2 maruah nya. Diperli2 depan umum. Kasihan adik2 aku. Apa dosa mereka. Allah. Sejak adik aku yg demam kena sawan tu kecik lg, emak dn ayah sudah hidup susah. Adik minum susu tin f&n tu. Tp ayah masih lg mampu, main judi sana sini, snooker, nombor ekor dan tidak balik rumah, sbb tu ayh meminjam lebih dr 10 ah long hutang org sana sini, sehingga dh tak mampu bayar, kami lari. Kami hari2 diugut ah long dgn parang. Emak cukup takut, sebab sering dimarahi dn diugut mereka . Tiap2 kali adik kena sawan aku akan menangis semahu aku,tiap2 kali tu jugalah ayah tak ada dirumah. Emak dukung adik bawa naik bas pergi klinik di bandar. Sedih masa tu.Sedih yg tak terungkap. Aku hampir kehilangan adik sendiri.
Aku dah besar begini aku tak pernah salahkan ayah, ermmm… aku tipu, aku pernah bencikan ayah, jijik nk panggil ayah, aku pernah bergaduh dengan ayah, aku gelar dia macam2, aku hina dia, aku sumpah dia dari huruf A sampai Z semua keluar, sampai aku nak dia meninggal dunia serta merta pun ada. Aku yg paling derhaka sekali antara adik beradik aku yg lain. Mulut aku sejahat2 umat, setakat aku menaip ni belum ada yg pernah menang berdebat mulut dgn aku. aku minta cerai dgn laki aku sbb laki aku serupa dgn ayah aku waktu muda. Anak2 aku masih kecil tak apa, diorg tak faham lg dr kena hadap perangai durjana bapak dia sampai besar.
Korang boleh bayangkan, adik beradik aku ni, mereka hidup tak serupa manusia. Sejak dr kecil lg, menyaksikan mcm2 benda. Tp hati mereka suci. Sejak ayah sakit terlantar ni, sebelum mereka berhijrah, basuh berak kencing ayah semua siapa? adik2 aku je yg buat. Kaki ayah luka2, bedsore kan, siapa cuci, adik2 aku juga. Aku ni nama je Nurse. Tp aku tak akan buat dan tak nak buat. Melihat ayah, aku benci meluat, mendengar suara ayah, aku bagai dirasuk, serasa hendak saja aku robek2 mulut nya. Tp yg paling aku benci sekali bila aku kena bawa dia keluar, samada check up hospital mahupun keluar makan. Aku benci yg teramat benci. Walhal, ayah aku sendiri.
Org tua sakit ni sensitif dia lain macam, adik aku hari2 dimaki ayah, tp mereka tetap buat semampu mereka bantu ayah. Ayah maki2 panggil anak2 ni lahanat, anak sial, anak babi. Halau anak2 yg jaga dia, terjerit terlolong setiap hari. Aku ulang ya, setiap hari. Aku je yg melawan ayah balik. Adik2 aku mampu menangis je. Baik yg lelaki, baik yg perempuan. Keadaan2 yg diorang alami dr kecil mematangkan diorg, malah boleh berbakti lg dgn ayah yg sakit ni. Cuma rezeki untuk hidup selesa dan serba serbi cukup tidak memihak pd mereka. Adik2 aku berusaha sehingga ke tahap skrg ni. Pun masih ada yg pertikai kan lg. Kenapa itu.Kenapa ini. Lebih2 lagi emak kepada ayah aku tu.
Baru2 ini dia datang ke rumah dan menyiksa lagi hati aku yg baru nak pulih, baru nak terima hidayah dan sinar cahaya Allah. Dia bilang rumah buruk, jaga ayah ke jaga binatang. Dia kata sampah banyak. Mcm tong sampah, manusia ke binatang. Macam tulah. Aku menggigil satu badan, bergegar2, menjerit2 macam kena histeria halau dia dr rumah ni. Tak pernah lagi aku menunjukkan taring aku. Itupun dia, macam nak pukul aku. Aku tak redha lah sampai mati setiap kata2 kau wahai perempuan. Aku masih hormat sebagai emak kepada ayah aku shj. Sebab lain, tak ada. Hati aku mati.
Aku dah buat yg termampu aku, sehabis kudrat aku dah, aku nak uruskan ayah hari2, nk uruskan anak sekolah, aku kerja lg, nk buat semua sendiri. Aku nak pastikan makan ayah on time. Mandikan anak2. Makan ank2. Aku cuba juga cari ruang untuk tidak memikir kesibukan dunia shj. Masa untuk anak2, masa untuk ayah dan masa untuk diri sendiri dan sebagainya. Tp apakan daya, aku shj yg berkemampuan menguruskan mcm2 benda, ayah dh terlantar, anak2 aku yg banyk membantu uruskan atok nya. Umur mereka bawah 8tahun.
Sebelum korang nk kata, kenapa tak pindah rumah dah tau usang dn sebagai nya.. Bukan tak pernah ya, ayah end up balik sini duduk sini balik. Kata nya nk meninggal dalam rumah tempat sepermainan dia dulu2. Rumah ni berusia hampir 70 tahun lebih. Jd wajarlah usang kan. Yg kata kenapa tak kumpul duit adik beradik buat rumah baru. Allahu, kami ni bukan kata dh kerja terus jd kaya. Kerja yg ada mampu nak memberi sesuap nasi setiap hari pun kami dah brsyukur. Ayah dulu dapat duit, waima secalit cat pun ayah tk usahakan. Last2 aku buat bila duit aku ada sikit. Aku dh berhenti kerja skrg, buat kerja lain, pendapatan pun lebih selesa juga la.
Persekitaran kerja juga lebih bahagia dan tenang, masa pun flexible. Tu la duit untuk menyara keluarga ni. Pernah kes paip bocor setahun sudah, tak perasan. Sekali bil sampai seribu lebih. Terkejut jugalah. Cek punya cek, paip bocor, tp sykt air tetap surub bayar. Smpai ni kami masih byar secara runcit2. Sedihh ya allahh. Cukai pintu tetunggak 5 tahun, pun aku masih membayarnya sehingga kini. 5tahun lepas aku masih diperantauan. Tp tak mengapa, aku usahakan semampu aku. Adik2 aku hulurkan duit pd ayah, jika ayah beri baru aku ambil. Tak ada dpt bntuan ke? Ada2. JKM dan baitulmal. Dapatlah bantu2 beli ubat2 ubatan ayah sikit2. Pampers dll.
Tp ayah pun bukan tidak menyesali perbuatan dia. Cuma dia tidak lg berkesempatan nak menebus semua silap dia. Kadang2 dia menangis meraung2.. Anak2 yg dia halau dulu, dia panggil2.. Aku pun kena halau tp takkan aku nak tinggal dia sorang2. So aku berkorban aku stay, adik2 aku keluar berjuang cari rezeki. Baru skrg aku percaya, dalam banyak2 adik beradik, mesti ada sorg yg akan stay jaga emak@ayah nya. Dr dulu lg, jauh mana aku lari, aku pergi, aku end up di sini, Allah yg atur baik2. Aku tak nak sia2 kan. Dari situ aku mula pupuk hati aku, aku mula dapat sesuatu dr Nya. Rasanya lain, nyaman dan aku skrg sentiasa berlapang dada. Tp hadirnya org2 seumpama nenek aku tu, aku percaya aku akan mula membenci semula.
Aku minta doakan aku, tabah dan kuat jaga ayah sehingga hujung nyawa. Belum tahu siapa yg pergi dulu, mungkin kah aku yg pergi sebelum ayah. Jd izinkan aku merasa berbakti, sepuas aku sampai ke akhirnya. Aku mohon sangat Allah permudahkan urusan aku. Aminn.
Maaf ceritanya panjang, tp aku kalau cerita sekerat2, korang akan tertanya2 mcm2 benda.. Ni pun aku dah buat seringkas mungkin. Alhamdulillah habis juga akhirnya. Aku pendam benda ni bertahun2.
– Ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit