Assalam iiumc readers.
Firstly, Terima Kasih sbb siarkan confession aku ni. Actually, ni bukan saja satu confession tapi aku juga nak minta pendapat korang. Buah fikiran para lelaki lebih natural dalam hal ni rasanya. Kalau perempuan korang mungkin akan sedikit emosi. Huhu kalau boleh komen sebarang nasihat untuk aku ye?
Begini ceritanya.
Aku baru berkahwin. Umur 25 tahun. Aku kenal suami sebulan sahaja sebelum ambil keputusan untuk berkahwin. Aku yakin sangat selepas aku kenal dia sebab semua urusan menjadi mudah, waktu terima dia pun aku rasa tenang je. Bila dia proposed aku pon aku automatic jadi lapang dada terima dia. Sesuatu yang pelik bagi diri aku sebab aku susah nak suka lelaki. Walaupun aku kategori ramai peminat. Ada je yang mintak couple, yang tak pernah serik msg dan Pm dlm facebook. Tapi aku x pernah layan. Tapi dgn dia ni, bila dia proposed aku selepas sebulan kenal aku terus setuju. Bawak jumpa parents, family, semua setuju dan berkenan. Dia tua 5 tahun dari aku. So dia dalam 30 tahun macam tu. Tapi…. Dia duda. Aku OK, xada masalah. Family dia OK. Terima aku seadanya. Alhamdulillah. Persiapan kahwin pun dibuat. Seminggu sebelum kahwin kat sini la start dugaan aku. Dia ada anak 2 dengan bekas isteri. Allahu satu dugaan bagi aku waktu tu. Sebab aku tahu dan sedar kalau dia anak maknanya tak mustahil nanti dia akan kahwin balik dengan janda dia. Sentiasa akan ada "bridge" connecting both of them. Seminggu lagi majlis, apa aku patut buat. Aku bagitau family dan mereka agak marah sebab dia tak bagitahu awal-awal. Family aku call tanya family dia. Dorang cakap dorang ingat bakal suami aku ni dah bagitahu. Aku makin stress dengan persiapan kahwin dan masalah ni. Malam tu aku solat hajat, solat taubat, tenangkan hati atas tikar sejadah. Esoknya Alhamdulillah aku lebih tenang dan aku bagitau family aku yang aku redha. Sekurang-kurangnya nanti kalau dia nak rujuk dengan suami aku balik kira aku first wife la kan? Pemikiran aku pada waktu tu. Haha then the wedding continue.
Selepas kahwin suami memang duduk jauh dari aku sebab dia kerja kat selatan. Aku pulak stay kat KL dengan family. Dia akan balik setiap hujung minggu. Tapi makin lama makin sikit masa dia spent dengan aku. Balik every 2 weeks, then 3 weeks. Kadang-kadang sebulan sekali baru nampak muka. Ada juga masanya dia block aku dari call dia. Allahuakbar waktu tu beribu benda buruk aku fikirkan. Akhirnya tembelang pecah bila satu hari ada perempuan call dan tanya aku kenapa aku kahwin dengan suami dia. Dunia rasa nak kiamat.
Yes, benar. Dia belum cerai dan aku sebenarnya isteri kedua. Aku keep calm dan tunggu dia balik for some explanation. Aku nak dengar apa alasan dia. Aku taknak serang bodoh, sebab aku terlalu sayangkan rumah tangga ni. Aku rasa tindakan aku ni tak bodoh, sebab apa yang suami aku buat tak melanggar hukum agama. Ye, dia buat benda halal. Kami kahwin. Bezanya dia silap sebab dia dah mainkan perasaan dua wanita. Aku expect mesti wife dia shock gila. Aku pulak rasa macam diri aku ni perampas. Sedih sangat masa tu.
Dia datang after 2 weeks explain kat aku yang masa dia kahwin dengan aku tu dia mmg tengah dalam proses untuk cerai dengan wife dia. Sebab dia dah kahwin 6 tahun dan rumahtangga dorang memang sentiasa dalam masalah. Tak pernah bahagia. Elok pun sehari dua je lepas tu gaduh besar balik. Dia kata sejak dia kahwin dengan aku, barulah dia faham erti kebahagiaan rumah tangga. Aku tanya dia, apa akan jadi in the future. Macamana dia nak bahagikan masa. Macamana kehidupan kami nanti. Sampai bila aku di sini dia disana. Aku nak punya keluarga, hidup dalam sebuah rumah, tunggu dia balik kerja and have a family. Macam orang lain. Dia suruh aku sabar. Ye, buat masa ni aku masih sabar. Tapi bila jadi macam ni, dugaan tu sentiasa ada.
First wife sampai harini tak boleh terima aku. Dia nak cerai dengan husband aku, husband aku kata dia boleh nak ceraikan wife tu tapi dia nak anak dia dua-dua. Aku kata tak boleh, anak-anak perlukan ibu. Husband aku kata first wife dia bukan ibu yang baik, ada je ajar anak bukan-bukan. Husband aku tinggal anak-anak sekejap, bila jumpa balik anak-anak dah makin benci dan tak suka dia. Ibu dorang pun bukan orang yang berpegang pada agama. Husband aku kata fia dah puas ajar dah puas nasihat. Solat pun jarang-jarang. Tak patuh pada dia. Berkasar. Husband kata dia dah lama bersabar dan dia bertahan demi anak-anak.
Aku, aku faham apa yang suami aku lalui. Tapi aku juga faham, dalam putus asa dan tak suka suami aku pada past relationship dia aku tahu yang dia masih sayangkan first wife dia. Dia masih bertahan sebab berharap perempuan tu sedar. Kadang-kadang aku rasa macam dia kahwin dengN akku sebab dia saja nak cari tempat bila dia kecewa dgn first wife. Macam aku ni backup plan dia. Dia kahwin dgn aku sbb nak jeleskan first wife. Tapi bila aku cakap macam tu kat dia, dia tak mengaku. Dia kata dia demi Allah sayang kat aku. Dia sayang aku dan first wife dia sama rata. Tapi kenapa, bila dia disana semua hubungan dengan aku diputuskan. Block all communication. Aku bila rindu terpaksa email dia. Gambar-gambar aku pun tak ada dalam gallery phone dia. Cuma ada gambar anak-anak dia dan satu dua gambar isteri dia. Aku curi tengok phone dia wKtu dia Tidur. Gambar aku ada tapi dalam folder yang di lock. Private. Bila aku tny, jawapan dia sebab pernah first wife dia nampak gambar kahwin aku dengan dia dan first wife dia nak bunuh diri tepan racun. Dia takut benda macam tu berulang lagi.
Aku sabar dan redha dengan ujian Hidup aku ni. Tapi aku tak pasti aku ikhlas redha atau tak. Sebab aku manusia biasa. Aku menyesal kahwin dengan dia, tapi dah terlambat untuk menyesal sabab sekarang dia lah syurga aku didunia. Aku cuma nak redha Allah diakhirat nanti. Redha suami semoga aku dapat masuk syurga. Tapi kadang-kadang attitude dia buat aku sedih dan rasa macam nak cerai. Tambah-tambah bila aku kena mnegalah dalam semua hal. Bukan salah aku jadi macam ni, kalau aku tahu aku pun tak nak ambil suami orang. Beberapa kali dah aku minta cerai tapi dia tak nak. Kalau aku tinggal dia musnah hidup dia, hilang kebahagiaan dia katanya.
Mesti korang tertanya kenape family dia tak bagitau aku pasal ni kan? Sebab family dia memang suka aku jadi menantu dorang. First wife husband aku memang tak sebulu dan masuk dengan family husband. Dulu okay. Tapi lama-lama wife dia makin tak suka. In fact larang husband aku dari selalu contact dengan family dia. Aku marah dengan family dia sebab kenape perlu menipu. Aku sayang dorang macam family aku sendiri, aku rasa betrayed tapi apa aku boleh buat. Family aku? Sampai sekarang dorang tak tahu pasal ni. Yang dorang tahu, husband aku duda anak dua. Kami memang pasangan bahagia dimata family aku. Aku pun tak sanggup nak bagitau parents aku sebab aku tak nak dorang sedih sebab aku. Adik beradik? Ntah la. I'm just not ready to make them sad.
Sekarang aku masih bertahan, tak tahu sampai bila. Aku distract diri aku dari masalah ni dengan sibukkan diri bekerja. Pergi jalan-jalan. Bercuti kadang2. Enjoy life. Tapi dalam otak dan hati ni Allah je yang tahu. Aku selalu fikir, apa akan jadi in the future? Adakah anak-anak aku nanti akan membesar dengan cuma kenal ayah yang balik 2 minggu sekali? Bila aku tua nanti, kat mana suami aku? Bila anak aku membesar adalah aku sorang kena besarkan dia? Kalau apa-apa jadi dan aku perlukan suami aku tapi dia tak dapat dihubungi, mana aku nak cari? Kalau dia sampai bila-bila tak boleh ada dengan aku mampu ke aku sabar dan terus sabar lagi? Sampai bila? Atau lebih baik aku cerai sekarang dan cari pengganti yang single lagi?
Aku harap aku yang pertama sebab aku tak ada masalah terima yang kedua. Tapi kini aku yang kedua dan sekarang aku tahu betapa susahnya jadi yang kedua tanpa penerimaan yang pertama. Buat isteri pertama, kamu selamanya extra special. Buat yang kedua, kamu kena kuat dan sabar sebab jika itu pilihan datangkanlah ia dengan kekuatan. Tapi jika itu satu takdir dan suratan tanpa kemahuan, hiasi lah ia dengan hati yang sabar dan tenang.
Allah sajalah tempat mengadu kini. Kadang aku buntu, apa keputusan yang paling baik untuk masa hadapan. Sebab sekarang semuanya masih samar tanpa hala tujuan.
Wassalam
– White lily
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Test…
Kalau rasa tak boleh tahan, bercerai lebih baik sementara belum ada anak. Kalau nak bertahan, bertabahlah
mengenali sosok kehidupan seseorang melalui perlakuan dan percakapn sama seperti hatinya. jika sis mampu berbincang dgn ke 2 2 belah pihak silakan, moga ada jalan penyelesaiannya. islam pun minta kita musyawarah dahulu, sebelum apa2 terjadi yg lain. in shaa Allah
Asal baik hati sgt smpai sanggup terima walau mcm tu keadaannya..klu kau rasa sedih, bayangkan perasaan isteri pertama dia.. Dah, xyah prcaya pujuk rayu dia. Cari yg lain. Kejam gitu.
Mmg penceraian jalan yg tak disukai Allah tp kdng2 itu jln yg terbaik..apapn doa byk2, mintak petunjuk..awk pn org yg teraniaya, doa org yg teraniaya ni mustajab..semoga Allah beri petunjuk yg terbaik..
Seblm tu nak tanya, nafkah zahir dan batin somi bg tak? Tanggungjwb dia jalankan tak? kalo somi tu mampu dan berlaku adil takde marah2 pukul2, mmmm terpulang kat awk nak bertahan dan sabar. Gudluck ya.. sy pom cam tu… bila tak tahan sgt cerai…. lepas 5 tahun cerai…… balik semula kat suami… sapa tak syg somi… uhuk….
Kalau suami xbagi nafkah zahir dan batin…better stoplaa…jangan seksa diri…lagi satu kalau suami tak leh berlaku adil…awak patut tahu apa yg aaak patut buat
Smoga sabar.kalau sy..dh lama laki tu out.hahaa…tp apapun minta ptunjuk Allah.Better bincang dgn family sis.diorang kena tahu.apapun utamakan faMily sis.
Allahu. Tak tahu nak bagi pendapat macam mana. Sebab…nanti kang berat sebelah pulak. Hukhuk. Tapi untuk confessor, saya nak confessor fikir satu benda. Dia mulakan hubungan ni dengan penipuan, jadi sis rasa kejujuran tu di mana? Berapa banyak lagi penipuan yg akan terbongkar? Dan berapa banyak lagi yg perlu sis telan dalam paksa? Setiap penerimaan dan kemaafan, terbongkar lagi penipuan yg lain. Sis, kalau saya, sesuatu yg bermula dengan penipuan tu bukan sesuatu yg mudah diterima terutama ia melibatkan episod hidup sampai ke hujung nyawa. Sis solat hajat banyak2, tanya Allah apa perlu sis buat. Apa keputusan yg paling baik. N lebih baik org tua tahu hal ni. Tapi maybe bukan semua orang. Pilih siapa keluarga sis yg boleh bantu sis bertenang dan bersama fikirkan keputusan dengan tenang dan rasional.
Apa jua keputusan, semoga dipermudahkan.
permulaan hubungan tu jee daa penuh dengan penipuan .. kalau saya jadi sis , saya daa tinggal daa ..
Percayalah sesungguhnya suamimu itu pembohong besar. Dlm 10 yg dia ckp, belom tentu ada 1 yg blh pakai.