Takdir Allah dan Keindahan

Assalamualaikum wbt And hi semua rakyat Malaysia rakyat dunia . First of all ,terima Kasih banyak kepada admin jika tersiarnya confession ini . Sebenar nya setelah tolak tambah darab bahagi Semua terhasillah confession ini . Berbelah bahagi sama ada patut atau tidak nak tulis he . Tapi sebab nak raya nie kita gagah kan juga (tetibaa ). Lagipula tengah mood raya sesorang kat office nie hahah . ( sorry terambil masa panjang untuk mukadimah ke apa ya haha )

Okay let’s start . Bismillahhh . To be honest I’m not a professional writer . Just pernah menuliss sekadar suka-suka tapi tak pernah jumpa penamat cerita hahahha . Aku Ai ( bukan nama sebenar ) . Aku gadis bujang , berumur awal kedepan sikit 20an , seorang yang comel eh tetiba . Sorry aku suka gurau hahha . Aku just ingin cerita atau lebih kepada luahan tentang kehidupan aku dan betapa pentingnya kita untuk husnuzon di dalam hidup kita . Tentang segala takdir Allah SWT yang telah ditetapkan untuk kita .

Aku dah menamatkan pengajian pada setahun lebih yang lalu di salah satu pusat pengajian tinggi kerajaan . Aku juga sudah bekerja alhamdulillahh . Namun aku masih lagi dalam kategori penganggur ke sebab apa sebab aku hanya kerja biasa tidak setanding apa aku belajar . Smile tarik nafas . Tapi aku tahu this is cabaran yang semua graduan kat luar sana hadapi . Atau segelintir . Sebelum aku kerja yang sekarang ini ,aku kerja sebagai cashier setelah beberapa bulan tamat belajar dan aku dapat kerja tu . I’m so thankful to Allah that time . Setengah tahun kerja situ aku belajar erti cari duit hingga ke malam tapi berapa sajalah dapat . Tapi aku fikir ini permulaan . Kita kena husnuzon dengan takdir Allah . Untuk yang senasib ,kita kena ikhlas dan redha . Percayalah hati akan tenang .

And after that ,aku dapat offer kerja yang ini . Alhamdulillah walau tidak sama bidang aku belajar ,yang penting aku ada kerja . Aku ada duit sendiri walau tidak seberapa . Sebelum ini pun ada tapi kurang sikit hehe . Kerja yang ini okay sikit aku buat kerja pejabat . Setiap kerja ada keseronokan dia tersendiri kan . Biasalah apa kita buat ada Aje orang tak suka walau kita tak kacau diaa ( tetiba lagi sorry hahah ) . Okay gaji dia lebih sikit lah dari sebelum ini . Boleh lah aku bawa parents belanja barang dapur ke go shop ke makan kueh tiaw Kee hahaha . Walaupun gaji aku tidak seberapa tapi aku sangat bersyukur . Cuma aku banyak boros dan tak dapat saving aku dah pening kepala fikir . Itu aku niat this year nak mula saving . Tolong doakan aku . Aku nak bawa sangat parents pergi umrah nak pergi sama ( salah satu hajat aku sebab my mom teringin sangat untuk kesana ). Aku sebagai anak mesti sometimes rasa useless Gila tak dapat beri apa parents nak tapi aku tenangkan diri balik tarik
nafas husnuzon sebab masanya akan tiba kan he .Dalam masa sama aku still survey kerja yang lebih baik . Yang ada benefits lebih . If ada rezeki ada ,if tiada aku cuba husnuzon lagi . Mungkin aku tidak dapat kerja yang diingini tapi mungkin rezeki aku dalam bentuk lain kan husnuzon . Kadang aku seronok juga tengok kawan lain kerja elok , pakaian elok ,pergi sana sini event besar tapi aku senyum aje tengok . Kita cuma akan bahagia bila melihat keindahan takdir Allah tanpa mempersoalkannya . Yang penting aku bahagia aku ada parents yang very supportive alhamdulillahh .

Aku suka untuk ingatkan bila kita fikir baik ,doa yang baik kan ,percaya tak akan datang perkara baik untuk kita which is macam hati kita akan lebih tenang . Tak serabut sangat . Aku ada banyak lagi untuk coretkan tapi aku takut orang jemu . Aku takut orang tak faham apa aku cerita dan sampaikan hahaha ( kalau ada orang suka, aku nak bebel lagi next confession hahahaha ). Sorry aku kadang terperasan lebih .. Dalamp ini langit tak selalu cerah . Panas terik matahari . Hujan tak menentu . Namun , percayalah akan datang pelangi yang cantik selepas itu heheh .

Sebagai penutup confession ini ,jangan bersedih jika takdir tidak seperti yang diinginkan . Kerana apa kita rancang tidak setanding perancangan Allah yang terlalu indah tanpa kita sedar . Tersenyum lah kerana kebahagiaan itu bermula dari diri kita sendiri. . Happy Chinese New year jangan makan limau banyak sangat hahah happy holiday . Berhati hati di jalan raya ingat lah orang yang tercinta . Dan walau dimana anda berada ingat lah Allah selalu ( note to self too ) ,xoxo

– Gadis husnuzon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit