Takpe, Aku Ada!

Assalamualaikum semua. Nama aku Maruko..

Lately banyak betul confession melibatkan orang-orang muda yang memilih untuk menjadi single kerana takut akan alam perkahwinan. Ada juga yang memilih single sebab takut tersilap pilih pasangan.

Aku tak salahkan diorang ni sebab kalau belek page ni pun, banyak sangat confession yang melibatkan rumahtangga yang berkonflik. Siapa je yang tak takut betul tak. Kahwin ni bukan benda main-main.

Rezeki aku, aku dapat jackpot dalam perkahwinan. Aku kahwin dengan soulmate aku yang hampir sempurna, aku namakan dia Shincan.

Jadi adil lahkan, dalam lambakan cerita-cerita negatif mengenai perkahwinan, apa salahnya kalini aku selitkan pula cerita positif dan indahnya perkahwinan itu.

Aku dan Shincan nikah di usia yang sangat muda. Dia bekerja kilang, aku pula masih student di universiti awam. Tapi yelah cinta tengah membuak-buak (yuckkk geli hahaha), kami nekad kahwin. Keluarga juga tak membantah.

Di awal perkahwinan, memang Shincan dah kabor awal-awal dia ni miskin, tak mampu lagi nak duduk asing dari mak dia. Aku cakap takpe aku ada. Buat ape aku penat belajar diploma bagai tapi takleh tolong suami.

Masa duduk dengan mentua tu makan lauk ikan kering tu perkara biasa bila suami belum gaji. Memang agak daif.. tapi kedaifan tu tak pernah pun jadi punca pergaduhan ke apa. Ada duit kitorang pergi keluar, takda duit kitorang duduk dalam bilik mereput tengok tv. Haha.

Empat tahun duduk dengan mentua, aku dapat kerja tetap dan suami berjaya beli rumah sendiri. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan suami aku yang niat nak selesakan bini walaupun gaji paras hidung. Aku cakap takpe, aku ada.

Masuk rumah sendiri, alam perkahwinan pun masuk ke next level. Berdikarilah kau. Masa ni kau laki bini tak cukup duit nak makan tiada siapa pun tahu. Kicap mudim tu berjasa betul bila nyawa-nyawa ikan. Hahaha.

Tapi aku lebih suka camtu. Sebab aku dah tak nak susahkan mak mentua aku lagi. Kiranya biarlah kami susah sendiri, jangan orang lain pun susah sekali. Setiap bulan Shincan masih kasi duit kat mak nye. Tapi tak banyak la.

Shincan dah remind, bila dah beli rumah sendiri ni pasti komitmen makin meningkat. Silap-silap nafkah aku pun tak boleh kasi ni.

Kitorang pun dah anak satu masa ni. Boleh ke hidup ni dengan kos sara hidup gila babeng ni? Aku cakap laa aku kan kerja jugak. Yang awak nak menggelabah ni apa pasal. Haha.

Takdelah, maksud aku, hidup bersama berdua, makan berdua, tidur berdua, bab cari rezeki pun apa salahnya berdua.

Maka sejak dari situ memang kami amalkan konsep equality ni yakni sama-sama susah, sama-sama senang. Bukan dalam soal duit saja, malah dalam house chores jugak.

Dalam rumah ni, tugas takde yang spesifik siapa punya. Konsep dia paham-paham sendiri.

Contoh, aku balik kerja dah malam, suami akan masak dinner. Bila suami balik lewat, aku pulak masak dinner. Kalau dua-dua malas, gi kedai. Duit lebih makan la enak, duit sikit makan roti canai atau beli nasi lemak bungkus. Simple.

Bila Shincan dah masak, aku akan basuh pinggan. Bila aku sidai kain, Shincan kemas rumah mop lantai. Begitulah sistemnya. Takde konsep bini buat semua atau laki buat semua.

Cuma kadang-kadang tu biasalah orang perempuan ni geram nak buat deep clean rumah so tu takpe selalunya aku ikhlas buat semua sendiri untuk kepuasan diri.

“Duit suami duit bini, duit bini duit bini”. Ayat ni maaf, tak valid dalam rumahtangga aku. Duit suami duit aku, duit aku duit suami jugak. Takda istilah hutang piutang dalam hubungan kami.

Shincan tak pernah kedekut dengan aku. Bila dia ada duit, dia tolong bayarkan ptptn aku. Aku rasa malu sangat walaupun itu suami sendiri. Jadi aku tak pernah nak berkira dengan dia.

Dia dah bayar ansuran rumah, bil utiliti dan kereta. Duit gaji tinggal nipis senipis kulit bawang. Habis tu aku takkan jadi tunggul kayu je kan. Aku bayarkan pengasuh anak, susu pampers, barang dapur, dan sebagainya.

Orang cakap biarlah suami bayar semua tu kan tanggungjawab dia. Betul, tapi aku tak kisah nak tolong dia. Wallahi aku redha. Aku halalkan siap-siap supaya takde istilah dia hutang nafkah dengan aku. Takat itu je dia mampu. Nak buat camne. Dia dah buat dua kerja kot.

Alhamdulillah lama kelamaan hidup makin ok. Kereta suami dah bayar habis, aku pun dapat beli kereta sendiri walaupun hutang. Rezeki tu macam bergerak seiring dengan masa, makin bertambah. Anak pun bertambah, kehidupan makin selesa. Tak kaya pun, tapi selesa.

Rumahtangga nak bahagia kena ada toleransi dan empati. Kau asyik pikir penat kau je, orang lain tak reti penat? Bini merungut penat menghadap jem, habistu suami tak penat ke kerja tengah panas terik?

Kau merungut tak cukup tido, habistu bini kau yang menyusu anak tu tido 18jam ke sehari? Kalau pikir bab sape terpaling penat ni memang takkan habis sampai ke sudah.

Officemate aku seringkali canang prinsip hidup dia iaitu “habiskan duit laki”. Pergi shopping pura-pura tertinggal dompet supaya laki bayarkan semua. “Jangan manjakan suami supaya suami takde chance nak belanja betina lain.”

Kau takpelah nok laki kau gaji 7-8 ribu. Kitorang yang laki gaji seribu namratus ni kalau buat teknik camtu alamatnya hujung-hujung suami jual bulu testis nak survive.

Kapal masing-masing, masing-masing punya cara sendiri nak kemudi. Tak boleh nak pukul rata semua. Kawan aku tu cakap jangan manjakan laki, tapi dia jugaklah yang selalu terkejar-kejar nak balik rumah sebab nak masak. Kalau dia takde, alamatnya laki pacak khemah tepi kedai tomyam.

Hah camne tu?? Tadi kata jangan manjakan laki. Tapi laki apa pun tak reti, goreng tempe pun terbakar dapur. Haha. Ni dia sendiri cakap tau bukan aku mereka-reka.

Sebab tu lah, rumahtangga tak semuanya sama. Ada kelebihan masing-masing. Laki awak lebih kat sini, laki saya lebih kat situ. Bini awak pandai bab tu, bini saya pandai bab ini. Begitulah.

Masalah mula timbul bila kita dok compare pasangan sendiri dengan pasangan orang. Mulalah rasa tak cukup sana sini. Bini rasa laki tak cukup kaya, yang laki rasa bini tak cukup lawa. Sampai bila?

“Saya setia dengan suami masa dia susah. Bila senang dia cari pompuan lain!”

Yes aku tahu akan ada yang cakap camni. Tapi aku dah bersedia. Aku tahu harga diri aku, apa yang laki aku akan rugi kalau dia tinggalkan aku. Aku takkan sesekali nak pergi tarik rambut mana-mana perempuan yang nak rampas dia.

Kalau Shincan rasa dia dah takleh sayang aku macam dulu, takpe pergilah kau sana syaitan. Aku takkan tuntut harta sepencarian pun. Cukuplah nafkah anak-anak je.

Pengorbanan aku selama ni tu tak sia-sia pun sebab aku jugak bahagia dalam moment sementara tu. Andai Allah takdirkan sampai situ saja waktu bahagia aku dan Shincan, takpelah. Aku terima.

“Tapi laki/isteri saya jenis yang tak paham bahasa. Semua saya kena buat sendiri.. merajuk pun tak jalan. ”

Situasi ni aku rasa ramai yang lalui kan. Kalau korang dapat pasangan yang jenis kayu dan selfish ni aku tak tahulah nak cakap.

Sebab aku sendiri tak pernah hidup dengan orang yang selfish maka aku taktau nak nasihat macam mana. Cuma apa yang boleh aku kasi tips, korang kena bagitau kat pasangan korang tu apa yang korang expect dari dia.

Contoh, awak nak dia bantu buat kerja rumah. Cuba guna taktik kipas, ” awak, saya rasa letih la. Boleh tak awak tolong saya kejap. Terima kasih sangat. Lega saya awak ada.”

Awak nak isteri awak sambut awak depan pintu tiap kali balik kerja. Cuba guna taktik kipas jugak, ” Awak, maaf kalau susahkan awak tapi saya teringin nak awak sambut saya kat pintu. Mesti bahagia kan, balik keje je dapat tengok muka isteri yang manis, bestnya. ”

Kalau tak jalan jugak, tak dapek den nak nolong.

Selain daripada “takpe, aku ada”, perkataan terima kasih dan maaf tu sangat mahal sebenarnya. Kalau korang boleh meriahkan rumahtangga dengan dua perkataan ni, nescaya boleh bahagia. Percayalah.

Aku dan Shincan ada je bergaduh. Tipu kalau takda langsung. Kadang-kadang aku pun rasa nak jerut dia dengan tie sekolah anak. Tapi pergaduhan kami takda yang menjauhkan. Tapi menguatkan lagi kesefahaman kami.

Sebab lepas bergaduh selalunya akan ada sesi luahan. Apa yang tak puas hati luahkan je. Nak mencarut pun carut lah. Barulah lepas tu kita faham apa yang pasangan suka dan tak suka.

Aku rasa satu lagi elemen yang sangat penting dalam hidup berdua ni ialah, seks. Maaf kalau offending. Tapi jujur aku cakap, seks yang sihat akan memberi kesan pada hubungan. Selama lebih 15 tahun bersama ni, bab tu kami sangat jaga.

Aku taknak cerita lebih hal dalam kain. Korang gugel sendirilah berapa kali seks yang digalakkan untuk suami isteri dan korang ikutlah. Dapat buat lagi lebih, lagi bagus. Kalau letih, boleh quickie. Kalau tak letih, buatlah sesi penuh.

Yang laki tolonglah jaga badan sikit supaya senjata tak tumpul dan performance bagus. Yang wanita jaga hygiene supaya selera musuh tak lari. Itu je aku nak pesan. Hensem tak hensem, lawa tak lawa, itu belakang kira.

Dah panjang sangat aku tulis ni. Entah-entah takda orang baca pun. Aku harap penerangan aku ni dapatlah buka mata para single ladies dan men di luar sana tentang realiti perkahwinan ni.

Sebenarnya kahwin ni takdalah teruk sangat pun, membahagiakan lagi adalah. Yang penting kena jumpa orang yang betul.

Indah je rasa bila tahu ada orang sedang menunggu kepulangan kita. Nak buat aktiviti seharian dengan kita. Terutamanya bila ada planning nak pergi bercuti ke mana-mana. Kau akan rasa tak sabarnya nak tunggu hari tu sampai.

Hidup ni tak lama wak.. Marilah kita menikmati semua yang Allah bagi sementara masih sempat.

“Kau senanglah cakap, laki/bini kau baik !”

Dah tu sapa suruh kau kawen dengan orang tak baik. Huhu.

Takdalah.. aku paham. Nasib setiap orang tak sama. Ada yang dapat pasangan yang kurang menyenangkan. Lepas nikah baru tahu perangai sebenar. Nak patah balik dah tak boleh. Nak cerai, macam tak sanggup pulak.

Kalau ada yang sanggup tu, ok tahniah sebab berani cuba mengubah nasib.

Camnilah, manusia boleh berubah. Hati manusia ni berbolak balik. Kita ubah diri kita dulu, lepastu tawakal.

Kalau takda yang menjadi macam kita nak, maksudnya apa yang jadi tu Allah yang nak. Allah maha mengetahui. Adalah benda manis yang Allah simpan untuk awak.

Jadi tak jadi belakang kira. Yang penting kita cuba!

Sekian saja dari saya.

– Chibi Maruko Chan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. you’re right sis. setiap kali suami tolong basuh kan pinggan, saya akan tq yang tolong cuci. ingatkan nk cuci lps ni. esok lusa mmg dia tolong buat even xsuruh. jemur kain. mmg tugas dia, tp saya tetap ckp tq sbb paham dia penat, tp gigih buat. kalau berselisih paham, dah hbs perang ckp sorry, dia puun akan cakap sorry sbb dia rasa pendapat dia maybe xbetul/sesuai utk saya. i think teknik kipas tu berkesan. sejak amalkan benda tu mmg kami happy je. kurang gaduh n kurang majukk.

    love ur story! kesimpulannya laki baik/partner baik still wujud asalkan teknik kita betul

  2. Suka cerita ni. sy bukan takut nak kawin tapi orang yang sy yakin boleh give and take dengan sy macam ni takdirestui keluarga. maka, sy single kan diri. HAHAHAHHA. tapi cerita mcm ni sy happy baca, bahagia masing masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *