takut asrama – 10:17 PM

takut asrama

Assalamualaikum.

saya perlukan bantuan. Saya bukan pelajar UIA tapi saya amat perlukan suggestion untuk masalah saya yang satu ni.

Saya pernah pernah kena gangguan dengan makhluk ghaib yang memang tahap extreme sehinggakan saya kena histeria. Selepas kes tu saya memang tak pernah duduk asrama. Saya memang takut sangat.

Pernah sekali kawan saya ajak saya pergi bilik dia sementara tunggu kelas, saya setuju. Awalnya semua okay sampailah dia keluar dari bilik untuk angkat baju. Masa tu peluh dingin mula mengalir. Saya menggeletar teruk, jantung berdegup kencang. Semua memori dekat asrama datang balik. Saya mula rasa macam susah nak bernafas dan nak pitam. Nasib kawan saya masuk before saya 'blackout'.

Second peristiwa, saya ada program dan kami diminta untuk duduk dekat asrama supaya mudah untuk selesaikan apa yang patut. Saya tak berani nak menolak takut dikatakan mengada-ngada. Apa yang saya buat..saya melekat sepenuhnya dengan kawan baik saya ni. Petang tu kawan saya diseru untuk berkumpul (dia AJK lain, saya AJK lain). Tinggal lah saya di bilik seorang diri. Saya ketuk pintu bilik kawan yang lain takde yang bukak. Sekali lagi simptom yang sama jadi. Saya cuba tenangkan diri saya tapi tak boleh. Akhirnya saya lari pergi ke kafe. Paling memalukan sampai je kafe, saya terus pengsan.

Apa saya patut buat? Bantu saya…

– tolong saya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *