Assalamualaikum dan hai semua. Sebelum ini, aku pernah post tentang “Hilang kerja kerana Depression” (https://iiumc.com/hilang-kerja-kerana-depression/), beberapa bulan yang lalu. Ya, sebenarnya genap 5 bulan aku pegang status menganggur selepas kena terminate dari kerja sebab depression.
Aku tak tahu lah sama ada tajuk confession ini related dengan content luahan yang aku buat sekarang ni, tapi aku betul2 tak tahu nak luahkan pada siapa sekarang ni. Sebenarnya, aku baru saja dapat job yang baru selepas berbulan mengganggur.
Sepanjang aku menganggur, dah berpuluh interview aku pergi dan adakalanya sangkut juga. Tapi adakalanya aku terpaksa reject sebab lokasi yang jauh dan juga gaji yang ditawarkan tidak cukup untuk aku sara diri di bandar. Kadang2, ada company menyepi begitu saja.
Straight to the main point, aku dapat job baru di area PJ, yang agak jauh dari tempat tinggal aku. Tapi aku tak kisah sebab tempat kerja baru ni dekat dengan stesen KTM. Jadi tak ada masalah untuk aku ulang alik dari rumah family ke tempat kerja. Cuma, ada satu saja yang aku takutkan. DEPRESSION.
Terus terang aku kata, aku happy sangat bila dapat job baru tapi at the same time takut kalau peristiwa lama berulang kembali. Oh ya, aku diberhentikan kerja sebab prestasi kerja aku yang tak memuaskan gara2 penyakit aku ni. Tu pun sebab faktor work environment yang tak membantu dan kerja aku yang tak organize. Dan aku agak kekok nak communicate dengan orang lain bangsa dengan aku.
Kerja aku sebelum ni memang terlampau banyak sangat silap sampai staf lain pun naik annoyed dengan aku. Bukan aku tak cuba, tapi banyak kali aku struggle untuk pastikan kerja aku ni complete dengan baik. Tapi bukan rezeki aku bertahan lama di comany lama aku.
Ok, dipendekkan cerita sekarang ini, memang aku dah start overthinking dan ragu2 dengan keputusan aku. “Betul ke aku boleh buat kerja ni? Kau rasa bole adapt semula ke dengan kerja baru yang multitasking ni? Kalau tiba2 kau buat banyak silap macam mana? Kau tetiba2 panik dan stuck,rasa boleh handle ke semua ni?”
Banyak sangat lah aku berperang dengan diri aku sampai penat nak fikir, walaupun dah sehabis positif aku cuba yakinkan otak dan diri aku. Tambah lagi, ibu ayah aku pula naik risau bila aku dapat kerja baru ni. Mereka tak yakin nak lepaskan aku kerja jauh dari mereka. Lagi confidence aku drop.
Sepanjang aku menganggur, aku akui beberapa kali aku depressed dan anxiety cuma tak sekerap masa kerja di tempat lama dulu. Sampai sekarang, aku still on treatment dengan terapi cuma aku dah stop ambil ubat. Bila dah dapat job baru, memang aku bersemangat nak kerja. Cuma bila teringat kembali kes aku diberhentikan tempat kerja lama tu, aku jadi takut and tak yakin nak kerja semula.
Maaflah kalau jalan cerita aku berterabur. Aku taip ikut apa aku rasa. But i really need support right now. Minggu depan dah kena lapor diri. Tengah gigih untuk kumpul keyakinan diri semula.
– Irene (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit