Assalamualaikum semua.. Aku nak ceritakan pada semua tentang diri aku yang aku rasakan dari dulu lagi aku seorang yang tak berguna dan membebankan orang lain. Aku bercerita untuk mendapatkan bantuan dan sokongan dari korang semua. Kalau nak kecam, silakan. Sebab kalau boleh kecam, buat apa diam kan? Netizen kan suka mengecam.. haha (so annoying).
Aku Ti, berumur 20 an. Aku seorang pelajar di sebuah uni tempatan. Aku ringkaskan, hidup aku sederhana, tak miskin dan tak kaya. Dibesarkan dalam keluarga yang masih ada agama. Alhamdulillah. Mak ayah aku masih hidup dan aku masih ada adik beradik lagi. Alhamdulillah.
Yang aku nak cerita di sini mungkin dialami oleh sesetengah orang di luar sana. Dan aku banyak membaca confession2 yang meluahkan rasa tak puas hati disebabkan oleh sikap negatif2 kawan/family etc. Dan aku akui, lagi banyak aku baca, aku rasa yes aku banyak ada perangai negatif tu.
Contoh yang paling jelas, penyakit Malas yang aku rasakan memang dah bersarang lama dalam diri aku membuatkan aku sukar nak berubah. Dan, aku sekarang makin kuat tidur. Aku tak tahu sampai bila orang sekeliling aku boleh bertahan dengan sikap aku.
Sebagai seorang manusia, aku nak berubah. Tapi….. (aku malas nak beralasan, hakikatnya aku sukar nak berubah). Dan disebabkan perangai/sikap aku inilah yang menyebabkan kerja2 aku banyak tertangguh, aku hilang minat untuk bersosial, aku hilang rasa empati pada orang lain. No common sense pada sekeliling. Dari zaman aku belajar sampai dah nak tamat belajar, aku masih lagi bersikap yang sama. Suka ambil mudah terhadap sesuatu, langgar peraturan, datang lambat, no respect at times. Pendek kata, no diciplines at all.
Aku tak tahu la kat mana silapnya ajaran dan didikan mak ayah aku bagi, kawan2 aku semua baik2 belaka. Cuma, aku ni tak pandai nak menghargai orang sekeliling. Aku dapat rasakan aku dibenci dalam diam. Aku tahu tu. Di mana2 aku pergi, orang akan umpat aku. Kalau dulu, aku mungkin agak terasa. Tapi, lama2 aku macam dah tak kisah. Dah lali. Teruk kan aku?
Dan dulu aku pernah buat macam2 perkara untuk motivasikan diri aku, aku nak jadi seorang yang berguna. Aku ikut seminar, kursus, join persatuan dan macam2 program lain lagi untuk hilangkan rasa bosan aku. Hidup di kampus, kadangkala membosankan. Kadang terasa malas nak ke kelas, aku ponteng, then buat2 sakit. Aku tahu, ianya satu perbuatan yang tak bertanggungjawab. But, I still ignore it. Aku buat tak kisah.
Aku tak tahulah kenapa aku developed perangai macam ni sampailah nak masuk alam pekerjaan. I am very sick with my behaviour. Apatah lg orang lain kan? And disebabkan itu, aku banyak timbulkan tekanan pada orang lain. Aku rasa bersalah sebenarnya. Sometimes, aku mintak maaf, sometimes aku mendiamkan diri. Buat derk kata orang. Aku nak berubah, tapi.. (aku ulang semula perangai ini).
Aku malu sikap aku begini.. tapi aku tak tahu nak keluar bagaimana. Aku kurang bergaul dengan orang lain, buatkan aku rasa aku ni tak ada social awareness. Kurang peka, penakut, rasa rendah diri. Dan aku terkepung dan terpenjara dengan dunia aku sendiri. Benda2 ni lah yang menyebabkan aku, jadi pentingkan diri sendiri.
Berbalik pada tajuk di atas, Aku Takut Komitmen. Yes, disebabkan perkara ini, buat aku selesa berperangai seperti ini. Aku diberi jawatan, tapi aku tak menjalankan amanah yang diberi. Aku takut sebenarnya. Takut disoal di akhirat, dan takut pada tanggapan orang. Kadang aku rasa aku boleh buat, tapi bila diberi tanggungjawab aku tak boleh lakukan.
Dan setiap kali diberikan tanggungjawab, aku banyak abaikan. Aku rasa berdosa dan bersalah sebenarnya. Aku banyak tersekat dalam melakukan sesuatu. Nak cuba, tapi takut gagal. Akhirnya, banyak pekerjaan, aku gagal lunaskan. Aku juga kerja tak boleh nak stay lama satu tempat. Aku cepat bosan. Aku tak tahan dimarah. Tak boleh kena tegur sikit, sentap. Tarik muka. Mengeluh. Lepas tu, sedih sensorang. Bawa diri. Off phone, not replying any WhatsApp. Kadang2 berhari2 baru nak reply. Bluetick slalu saja.
Aku risau dengan masa depan aku, sbg anak mesti akan ada rasa nak repay kindness mak bapak kan. Aku pun nak jadi macam akak2 aku yang banyak sponsor duit poket aku. Mereka banyak berguna kat family. Tapi aku? Tahu menghabiskan duit family shj.
And now, aku tak tahu la bagaimana aku nak teruskan hidup after habis belajar. Aku sekarang, dalam fasa praktikal. Dan aku tahu my performances are really bad. Kadang aku cemburu dengan kwn2 yang lain, yang mampu untuk galas tanggungjawab dengan baik. Aku malu dengan diri aku sendiri. Sometimes, aku hilang minat nak hidup. Bila fikir macam2 perkara nak hadap. Aku buntu. Hutang aku makin banyak.
Aku rasa banyak dah aku buang masa dalam hidup aku. Bila aku cuba buat benda baik yang boleh hilangkan ‘my negativity’, ada sahaja kekangan yang akan timbul. Dan aku tak boleh nak terikat dengan komitmen yang banyak, aku akan cepat stress. Untuk buat kerja2 yang memerlukan fizikal yang kuat, aku jenis yang mudah jatuh sakit.
Aku nak terjun dalam bidang professional, tapi aku sukar nak bersosial. Aku tak tahu la apa masalah aku.. huhu. Personaliti introvert dlm diri aku makin menebal. Aku sekarang jadi kurang bercakap, pemurung dan kurang bersimpati. Lambat sahaja pergerakan. Kerja kurang produktif. Bila disuruh baru buat.
Aku juga ada sikap malu tak bertempat. Itu lah punca aku sukar untuk survive dlm hidup aku. Aku rasa diri aku tak best. Apatah lagi kawan2 aku yang kenal diri aku. Aku tak selesa untuk berkenalan dengan orang baru disebabkan aku tak nak ada apa2 moment in a relationship. Tak kisahlah lelaki atau perempuan.
Aku cuba mencari di mana diri aku yang ceria dan happy go lucky, semua itu dah hilang dalam diri aku. Orang selalu tanya, aku okay atau tak? Aku cuma katakan okay shj. Tak berminat nak mengulas lanjut. Hidup aku hampir tak ada masalah. Tapi, entahlah aku rasa hidup aku kosong. Lifeless. Makin aku besar, makin aku rasa beratnya erti hidup. Aku ada macam2 impian aku nak buat dalam hidup ni, tapi aku tak dapat capai dengan jayanya.
Disebabkan aku terikat dengan komitmen hutang, keluarga dsbgnya, aku rasa aku perlu keluar dari comfort zone. Tapi, aku tak tahu caranya bagaimana. Setiap hari, aku bangun tidur dgn rasa yang tak bersemangat. Dari pagi smpai petang, aku scroll media social, malam kdg2 rasa rajin sikit, gi surau dengar ceramah. Itupun kalau rajin la, kalau malas mereput la dalam bilik.
Untuk menjalinkan hubungan dgn seseorang, I mean partner in life, aku takut dgn komitmen. I don’t know why I cannot leave my single and comfort zone. Aku pernah cuba untuk berkenalan, sudahnya terputus di tengah jalan. Aku tak tahu aku nak apa sebenarnya dalam hidup ni selain survival of life. Aku rasa dah hilang arah, matlamat dan tujuan hidup.
P/s: Kalau korang rasa nak bagi nasihat yang bermanfaat, silakan. Aku hargai sangat2. Terima kasih.
– Sis buntu (Ti)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit