Hai guys! Salam Lebaran. Maceh admin post luahan aku ni.
Aku straight to the point la ye. Aku pon datang dari broken family. Orang luar yang sayangkan aku, bukan family sendiri. Nasib baik aku ada kawan-kawan yang sudi dengar dan nasihat aku pasal masalah aku. Camni. Adik-beradik aku termasuk aku ada 4 orang. Semua lelaki. Aku je pompuan. Dan aku dilayan macam bibik. Sebab mak aku tak sayang aku macam dia sayang anak dia yang lain.
Masa kecik-kecik dia suka pukul aku, maki aku, paksa aku buat kerja itu ini sedangkan abang-abang aku semua pemalas. Cuma along je la yang macam okay sikit tapi dia dengan hal dia je. Cuma mak aku paling sayang abang aku nombor 2(alang) ngan 3 (acik) ni. Dorang buat lah taik cemana pon, mak aq sanjung dorang gile2 punya. Aku ni macam anak tiri. Tak pernah puji aku ke, tak pernah cakap die sayang aku, tak pernah layan aku macam mak orang lain.
Oh aku pernah juga rasa nak blah dari rumah tu, tapi tak boleh. sebab ayah terlantar sakit. Takde sape nak jaga. Even mak. Parents aku pon tak macam orang lain, tak mesra sbb masalah keluarga. Malas lah nak cerita. Panjang sangat luahan ni kang takde sape plak nak baca.
Abang2 aku semua lepas tangan tak nak jaga ayah. So aku lepas spm je aku berkorban tak sambung study mcm kawan2 yg lain sbb nak jaga ayah. Tapi sikit pon family aku tak hargai. Lagi dorang kutuk maki cerca hina aku adalah. Dikatanya aku ni pemalas. Duduk rumah mengangkang je keje. Tengok tivi, makan tido jela yg aku tau. Aku sedih. Aku dah korban masa remaja aku untuk ayah kot. Hidup aku dah tak sama mcm kawan2 lain. Itupun dorang nak pertikaikan. Dah la bagi duit pon tak. Orang luar tengok aku ni mcm anak mithali. Tapi hakikatnya Allah tutup aib aku.
Lepas tu, mak aku pulak jatuh sakit. Korang bayangkan, parents aku sakit. Aku sorang je yg terkejar2 jaga dorang siang malam. Ayah kat rumah, mak kat spital. Alang ngan acik yg mak puja sangat tu sekali je dtg jenguk mak dorang kat spital. Itupon kena paksa ngn along. Sampai hati dorang buat mak camtu. Tapi still mak masih positif bukan anak die sengaja taknak dtg melawat tapi dorang sibuk cari duit. Aku ni yg hari2 mengadap die dicebik2 muka, ditendang2 katil bila aku suap nk bagi makan. Sampai nurse yg jaga tu pon fed-up dengar mak bising2 taknak aku duduk katil dia, so die pon halau aku g hallway. Die ingat aku nak sangat ke jaga mak?! Aku terpaksa tau! Walau hati aku dihiris2 pedih. Aku kesian je kat along aku. Sebab aku tau die ank sulung, banyak tanggungjawab. Die dah jadi ketua keluarga ganti ayah. Kadang2 aku rasa mcm derhaka pon ada, sambil jaga mak, hati aku kata padan muka mak sakit macamni, ni lah balasan tuhan agaknya. Astaghfirullah..
Hati aku sakit sangat kenangkan yg mak aku mungkin tak sayangkan aku langsung. Dibelanya aku sbb terpaksa. Sbb kalau die bunuh anak kang, apa pulak org kata. Aku taktau la nak pikir cemana dah. Tapi mak dah meninggal tahun lepas, raya ke3. Aku selalu pergi kubur mak mintak maaf. Aku takut aku ni mati sebagai anak derhaka.
Tapi still mulut2 puaka makcik2 aku asyik kata mak aku taksuka aku sbb aku pompuan. Die nak anak lelaki je. Aku jadi bertambah sedih dan memberontak. Elok2 aku usaha nak maafkan mak, bile sampai mulut puaka camni aku jadi berbaur rasa. Anak pompuan tak guna die ni lah yang jaga rumah ni, yang jaga laki die, yang jaga dia siang malam. Itupun salah aku lagi ke aku keluar kedunia sebagai sorang pompuan? Aku ke yg mintak jadik pompuan? Kau yang mengandung kan aku, lepastu aku yg salah?!! Apa punya logik ni?!!
Kami semua tak kahwin lagi. Aku taktau lah pompuan malang mana yang dapat kawen dgn abang2 aku. Aku? Jujur kata, aku takut nak kawen. Sbb dulu mak pernah sumpah aku kalau aku kahwin aku dapat laki jahat, dapat anak cacat. Banyak kali dia cakap camtu. Doa sorang ibu tu power kan? Aku takut sangat jadi realiti. Sbb tu aku tak kawen lagi.
Even lepas mak aku meninggal pon, abang2 aku still camtu. Takde beza. Aku taktau la bile dorang nak insaf. Lantak lah. Sekarang ni aku cuma nak jaga ayah aku elok2 je sbb tu jela harta yang aku ada sekarang .
Aku bukan nak berkira cuma nak bercerita. Doakan aku tabah, guys. Maceh.
– sismah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Semoga adik terus tabah. Allah akan balas segala kebaikan adik. Jgn bimbang, sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
kesian nye. sabar n kuatkan semangat k. ikhlaskan hati jaga ayah.niat kerana allah.insyallah.. kalau kite ikhlas jaga mak ayah kite allah janjikan syurga. diorg kan yg lahirkan kite. baik buruk cmne pun diorg tetap mak ayah kite.ambil masa yg ada ni utk balas pengorbanan diorg. yg lain2 tu biarlah Allah yg menentukan.biarlah Allah yg menilai.biarlah Allah yg membalas. Awak jd anak yg baik.jaga ayah betul2 ye.Biar ayah bangga ada anak yg baik cm awak.
stay strong and may Allah bless you always..amin
Buat jahat akan dibalas jahat. Suatu mase nanti kat akhirat akan diadili. Jgn sedih dan jgn risau. Tanggungjawab sebagai anak sudah awak jalankan. Hanya berserah pd Allah shj. Lantak pi laa pemikiran kolot org2 dulu yg suka merendah2kan golongan wanita. Allah Maha Adil.
Imaan Syaqiereen