TAKUT KAHWIN

Mekasih sediakan ruangan macam ni Kak Min.

Elok sangat spisis macam aku luah panjang² kat sini je. Eh eh.BTW aku baru abih blaja.

Haaa topik aku ni topik paling aku tak suka bila berborak bercerita bagai.

Topik kahwin.

Yup!aku benci gler berbual psl kahwin. Ops! Tapi kali ni for the firstime and lastime aku bukak cerita pasal KAHWIN ni. Aku nak cerita sebab aku nak luah je.Mekasih Kak Min and all's yg sudi baca.

Bukan sebab pernah ditinggalkan or dikecewakan or tak laku.

Apepon aku normal dan masih waras berfikir suruhan agama utk berkahwin.

Boleh dikatakan aku TAKUT KAHWIN.hrmmmm.sebab? sebabnya.. . .

Life aku.
Life keluarga besar aku.
Life keturunan mak bapak aku.
Faktor² ni semua buat aku TAKUT KAHWIN. Tadi aku kata aku normal kan? Maksud aku,aku pon seorang perempuan yang ada rasa nak KAHWIN,nak ada suami penyayang,nak ada anak,nak ada keluarga sendiri. Nak jadik bini solehah. Macam hangpa semua. Aku happy je tgk kawan² aku KAHWIN,ada anak ada suami.Takde plk hasut² dorang tak payah KAHWIN..huu. Aku berkawan je dgn lelaki sume. Cuma alhamdulillah aku tak pernah couple and buat benda bangang. Aku brtudung bidang 50.Berstoking.

Tapi tiap kali aku duk fikir pasal kahwin. Hati aku mesti 'hasut' aku. Yes 'hasut'. 'Hasut' kehidupan perkahwinan bukan best pon,tak boleh tu tak boleh ni.ah! Macam² lagi kalau nak disebut. Meh nak cerita.

Kenapa dengan life aku??
First. Faktor utama opcoz kerana mak bapak aku berpisah/cerai. Slps hampir 20 tahun brumah tangga last² cerai. Sebab² mereka bercerai tu yg buat aku TAKUT KAHWIN. Kisahnya,sebab perangai bapak aku. Hangpa penah dengar tak,suami/lelaki depan orang luar kemain baik prihatin brtanggungjawab alim penyayang pemurah bagai..tapi dengan anak bini sendiri cam haram perangai.
Sampai orang luar nampak dialah suami terbaik.erkkk. Pandai sungguh berperangai. Itulah bapakku.

Aku taknak cerita Kenapa makbapak aku berpisah. Sebabnya aku manusia paling happy gembira bahagia bila makbapak aku berpisah.Jahanam kan aku? Haha!
Aku nampak mak aku makin gembira makin tenang makin positif makin tabah makin cantik makin lawa dan makinnnn murah rezeki selepas berpisah. Ok sebab tu aku pon turut bahagia.Faham? #jangankecamaku Ni semua hikmah Allah bagi selepas macam² dugaan mak aku lalui.

Second. Keluarga aku besarrrr. Besar sebab bapak aku ada bini nombor dua dan berbelas² orang anak. Kami baik je. Baik nak mampos(maaf bhs kasar).Serius weh kami adik beradik tiri ni baik dangat..langsung bukan macam drama TV(rebut² harta, jeles² bagai..takde langsung!). Tapinya bapak aku still perangai macam tu. Dia plk lebih² perangai macam dalam TV haha terbalik.

Aku adik beradik kerap pi umah bapak aku ni.Biasalah kejap umah bapak kejap umah mak.Seronok weh jap sana jap sini.takdelah bosan. Masalahnya bapak aku ni tak pernah kasi adik² tiri aku merangkap anak² dia tu mai umah mak aku. Tu yang aku cakap dia lebih² berperangai. Mak aku ok..and mak tiri aku pon ok.Hish patutnya dia lah yg berperanan positif as ketua keluarga.Ni tak,marah plk bila dua² pihak nak berbaik. EGO!
Beliau slamber je sembur kata² kesat dkt mak tiri aku depan² kitorang..perghh kesian siot bini dia.kejadah sungguh perangai. Pastu suka laga²kan kami adik beradik supaya brgaduh.Bapak oh bapak. Perangai kau membuatkan anak kau sorang ni TAKUT KAHWIN.

Third. Faktor keturunan. Aku ngeri betul bila fikir² pasal dua² keturunan mak bapak aku.
Semua pak sedara belah ayah aku termasuk bapak aku berpoligami. Ada cara yang betul. Ada yang buat perangai. Yang pasti semuanya tak layak! Kesian bini² dorang. Dari segi nafkah,ilmu agama,keadilan semuanya ntah apa² aku tengok.
Belah mak aku plk, boleh dikatakan semua mak sedara belah mak termasuk mak aku kene cerai sebab laki buat perangai.hah hangpa Tengok la ….camne aku nak cakap KAHWIN tu best,gtau aku sat.

Ni belum lagi aku cerita pasal pengalaman kawan² kene tinggal dgn suami lagi,kene dera lagi.Ya Allah..takutnya.
Tengok berita dalam TV,newspaper,majalah pasal rumah tangga separuh jalan.haish!

Huwaaaa!
Lagi satu, aku tengok adik beradik lelaki aku pon perangai lebih kurang jek perangai bapak aku. Buat bini macam orang gaji.
Hak belum KAHWIN plk buat mak aku macam org gaji.mangkuk! Hangpa ingat hangpa laki hangpa tak payah buat kerje dapur kerje rumah? Hah!? (Ok aku menaip dalam keadaan marah.ermmm) Wlopon org luar tgk adik beradik lelaki aku ni alim baik, tapi sebaliknyaaaa~

Bila mak aku tanya pasal kahwin je mesti aku rasa marah gler100x! Ntah la..kadang² ada gak aku menjawab "elleh mak nak suruh org jadi macam mak ke?" (Kuajaq kan aku?) Aku cilok jawapan setan gamaknya. Ada gak aku jawab gini,"kiamat nak dekat dah mak,fikir amalan ke kubur lagi baguih.Kahwin pon lagi tambah dosa"(dosa kuajaq kat suami maksudnya).
Kalau member² cakap pasal kahwin dalam gruop wassap, aku tak layan dan malas nak baca. Ah ppuan suka sgt cerita pasal kahwin,rimas aku.Hadap.

P/S : aku tau laki yang baik ntuk ppuan yg baik. Tapi hangpa pnh dengaq tak pasal hukum karma atau dalam Islam kifarah? Yup aku percaya kifarah Allah.

Gini,
Dah kalau bapak aku tak jaga anak² orang(ex-wife & wife) yang bapak dorang amanahkan. Aku rasa orang lain pon akan buat anak² bapak aku macam mana bapak aku buat kat anak² orang.(tak paham? Ulang baca 2 3 Kali smpai paham). Aku TAKUT kifarah Allah ni kene dkt aku.

Seram tak otak aku berfikir? Aku sendirik seram baca balik ayat aku kat atas ni ..haha.

*MAAF..aku tak cakap dekat semua lelaki perangai macam aku cerita ni.
Dan aku taknak cakap ayat "Semua lelaki sama". Beb, Nabi kita lelaki beb. Jauh perangai dgn laki² dalam cerita aku ni.
Aku pon tak suka dengar bila lelaki cakap "Semua ppuan perangai sama". Sebab bini nabi² kita pon ppuan yang perangai elok² semua.

Kita Semua Berbeza.

(Plezz kasi sebutir dua ayat buat aku hilang TAKUT KAHWIN nih).

– Budak bidang 50

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *