Takut nak buat semua benda

Assalamualaikum semua
To the point je, oke..
Aku dulu adalah seorang yang confident. Kekadang tu terlebih confident sehinggakan aku sombong. Aku remehkan apa yang orang lain buat. Aku ni semenjak zaman sekolah lagi termasuk student yang berprestasi. Selalu juara dalam kelas. Tapi aku tak suka tegur orang, orang tegur pun aku acah-acah senyum je. Selalunya aku buat tak dengar. Aku just pentingkan diri aku je.

Suatu hari, aku dapat tawaran sambung belajar ke universiti. Tapi aku tolak, tu laa sebab sombong. Entah apa yang aku fikir masa tu. Sebab U tu bagi masuk tanpa test. Aku cakap dengan diri aku, “tak best ah masuk U macam tu, tak de challenge”. Pastu aku anggap remeh kawan2 lain yang dapat sama macam aku. Sombong kan?. Bak kata aku rasa aku ni student terbaik, yang lain tu semua bodoh.

Then, aku amik test masuk U yang aku nak.. and cuba terka? Ye, aku tak dapat. Baru aku tau langit tu tinggi ke rendah. Aku daftar ke U tak berapa femes, and aku belajar laa kat situ. Dah terkena macam tu pun, aku still jugak ada rasa sombong. Ye laa, aku ni orang kota, kebanyakan yang satu dorm dengan aku budak2 kampung ntah mana ntah. Dalam hati aku, “diorang ni mesti budak2 pengotor, kolot. Ntah2 guna laptop pun tak reti”.

Setahun, dua tahun, aku tinggal dalam dorm tu. Aku mula merasai manisnya ukhuwah. Mula memahami apa yang diorang rasa. And rasa sombong aku mula berkurangan. Alhamdulillah. Selepas tu, aku janji dengan diri aku tak nak jadi orang sombong, kena rajin tegur orang, selalu senyum. And guess what? Aku boleh ingat semua nama member dalam dorm aku tu. Semua orang berpapasan dengan aku aku tegur, aku tanya kabar, bagi senyum manis sampai kering gigi aku ni. Then aku mula ramai kawan, orang-orang senang nak dekat dengan aku, tanya ini itu. Tak macam dulu, syok dengan diri sendiri.

Aku bahagia dengan kehidupan aku masa tu. Semenjak itu aku mula muhasabah diri aku, sebab aku nak kawan2 senang dengan aku, aku tak nak sombong balik. Hari hari aku muhasabah diri, aku rasa yang diri aku ni semakin baik budi. Yeah….

Sebab dah merasa baik budi tu, aku pun suka kutuk kawan2 yang buat silap, aku kritik, tegur tak beradab. Aku pun kalau ingat buat sakit hati je. Ye, aku sombong balik. Sombong ni memang susah nak hilang dari diri aku. Masa tu, aku dah tak kisah hilang kawan, lantak laa. Perlahan aku balik macam diri aku yang dulu. Nak istiqamah ni bukan senang tau.

Lepas tu, aku rasa sepi pulak. Kawan2 seorang dua je, tu pun tak de laa rapat sangat. Bukan salah diorang, aku yang jauhkan diri, malas nak layan kan. Then, aku muhasabah diri aku balik. Aku try bertaubat sungguh2, banyak mengaji kelas agama, dekatkan diri dengan Allah.

Sekarang ni dah setahun aku habis belajar. Masalah baru muncul selepas aku bertaubat. Aku rasa malu nak beramah mesra dengan kawan2. Aku rasa aku ni orang tak berguna, bukan kawan yang baik. Aku dah hilang kepercayaan diri aku. Nak buat pape pun, aku rasa rendah diri. Takut akan kecewakan orang lain, takut kalau aku akan mula sombong balik. Sekarang ni aku still menganggur. Aku takut nak apply kerja, takut jadi pekerja yang tak berguna, membebankan company je. Ada rasa nak sambung master, tapi takut. Aku ni pun dah rasa jadi anak tak berguna, dah lah selalu tak dengar cakap mak ayah. Aku rasa nak lari dari family aku ni, tak nak bebankan diorang lagi.

Tu lah masalah aku sekarang ni. Dah bertahun aku tak temui jalan keluar. Aku dah cuba dekatkan diri dengan tuhan, selepas solat selalu berdoa minta petunjuk jalan. Kekadang ada motivasi baru dalam diri aku, tapi tu semua tak bertahan lama. Dan aku kembali jatuh dalam ketakutan aku ni.

Mohon advise dari semua, apa yang patut aku buat???

– Siti Maimunah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit