Hai Assalamualaikum semua. pernah tak korang rasa takut nak makan? pernah tak alami perasaan bila dengar kena makan dengan orang ramai terus kau rasa nervous?
itu aku..
memang dari kecik lagi. aku memang tak pernah pergi kantin masa rehat. aku memang tak pernah keluar makan dengan kawan2. even kalau keluar pun, aku akan bagi alasan. sakit perut lah, tak selera lah. sampai kadang2 aku rasa dah tak tau nak bagi idea apa. sampai sekolah menengah aku macam nie.
masa matrik, awal2 tu still tak berubah. bayangkan minggu pertama aku kat matrik, aku tak makan apa langsung! cuma roti dengan air. itu pun masa malam2, dalam bilik. huuuuu. tapi hari demi hari, aku dah tak mampu elak, aku mula jadi okay. okay la. dengan kawan2 pun okay dah. takdelah aku nak mengelak setiap kali nak makan.
oh ya. btw, bila dengan family, aku ok je. memang langsung takde masalah.
then bila aku dah lanjutkan pelajaran masuk universiti, still aku okay lagi. until aku third year. benda tu jadi balik. huuuuuu. sedih aku. aku memang tak pernah sekali pun keluar makan dengan kawan2 aku. siang ke, malam ke. even kalau kawan2 aku buat aktiviti makan2 macam berkelah ke, aku sanggup tak pergi. sebab bila aku dengar je pasal tu, hati aku da mula dupdapdupdap. huhu.
yang paling teruk sekali aku sampaikan makan sorang2 pun aku akan muntah. haaa nie la masalah aku. lepas makan je mesti aku akan muntah especially bila dengan orang ramai selain family aku. pernah la aku beranikan diri try jugak makan dengan kawan2 aku, tp lepas je makan tu, berlari2 aku ke bilik air. bayangkanlah. malu weh. huuuu. terus berat badan aku turun mendadak sebab aku banyak skip makan.
pernah jugak aku pergi rumah kawan aku kat kampung. bila mak dia ajak makan, aku bg alasan sakit perut. hmmm aku risau apa pulak la tanggapan family dia ngan kawan2 aku yg lain kan. kadang2 tu kalau otw dr mana2 then singgah makan, sampai kena berhenti kete tepi jalan sebab aku nak muntah. wuuu kesian family aku.
aku ade je search2 psal masalah aku nie. Social Phobia nama dia. takut bila berhadapan dengan orang ramai. aku pernah je tanya doktor. doktor kata aku kena hadapi jugak pelan2. sebab penyakit macam nie takde ubat. aku pernah makan ubat tahan muntah sebelum pergi dinner, memang aku boleh makan. tapi lepas tu sehari aku tak boleh bangun sebab effect ubat.
macam mana aku nak ubah penyakit aku nie? aku tak nak macam nie. nikmat selera makan aku kena tarik weh. aku tak sanggup berat badan aku turun lagi.. huhu.. ada sapa2 pernah ada masalah macam nie tak? macam mana nak atasi ye? tolong aku…
-nak makan