Talak 3

Saja nak share pengalaman aku berkahwin selama 20 tahun. Aku cerita secara ringkas dan padat ya.

Kami berkahwin di usia muda masing2 awal 20an. Perkenalan singkat tak sampai setahun. Saling mengenali sebab duduk di kawasan berdekatan.

Di awal perkenalan pon dah banyak red flag dari aku dan suami. Tapi sebab cinta buta kan terus kan jugak atas desakan mak bapak masing2 sebab selalu keluar malam balik lambat.

Suami aku ni mula2 kenal dia memang rajin bekerja. Dia kerja dengan family dia. Tapi lepas2 kahwin dia jadi malas kerja sebab silap aku jugak dah ajar bayarkan makan minum dan lain2.

Masa tu gaji aku kira sedap jugak lah keje retail basic + commision & ot bulanan 3k-4k sebulan kira banyak lah kalau dalam 15-20 tahun dulu.

Selepas 2 minggu kita berkahwin suami aku dah lari rumah 2 minggu. Sebabkan bergaduh. Benda2 remeh je pon.

Tu lah sikap dia semenjak kenal memang ego kalau bergaduh mesti hilang kan diri berhari2. Call tak angkat cari memang tak jumpa lah.

Kami ni kalau bergaduh kaki tangan semua naik dia ke aku ke sama je. Tapi aku ni cepat cool.

Nampak terhegeh2 la aku yang pergi memujuk dia. Sebab tu perangai ego dia naik kepala. Gaduh ni jadi makanan ruji kami.

Sampai anak pertama kami baru lahir kami bergaduh dan macam biasa dia lari jugak hilang seminggu. Sampai betul hati dia anak masih merah lagi time tu.

Ada 1 masa tu. Anak aku umur dalam 1-2 tahun lebih aku bergaduh besar dengan dia. Aku dah geram sangat aku pergi dapur amek pisau aku toreh kan kaki nya. Panjang dalam 20cm kecederaan dia agak teruk doktor kata sikit lagi kaki boleh lumpuh.

Masa tu aku speechless dia terus keluar rumah tak tau pergi mana. Malam esok nya polis mai ketuk rumah aku pukul 3 pagi. Kena angkut pergi balai.

Bapak aku datang nak settle tak boleh sebab melibatkan senjata tajam. Aku kena tahan reman 3 hari. Allah sedihnya tulis pon bergenang air mata teringat anak kecik lagi kat rumah.

Dalam lokap pegawai2 dalam tu baik2 dia tau aku masuk sebab kes rumah tangga. Pegawai polis tu (perempuan) boleh borak2 duduk depan sel aku kita sembang2 sambil curhat, hehe. Pegawai polis tu cakap mungkin 2-3 hari awak lepas la ni sebab bukan kes jenayah besar pon.

Hari ke 2 di tahan aku boleh berjumpa semua family. Saudara2 aku dan keluarga mertua. Meraung2 menangis dorang semua nampak aku dengan tangan bergari ke belakang turun dari truck polis.

Hari terakhir aku nak ke mahkamah bicara. Naik truck polis boleh pulak naik sekali dengan budak2 area kawasan rumah aku. (tak tau kes apa malas aku nak tanya) ya Allah malu nya lah time tu.

Mesti kecoh la nanti kat makcik2 bawang rumah aku. Sampai je kat belakang mahkamah turun lori suami aku terus peluk aku dan bisik kat telinga aku “Jangan mengaku salah depan hakim”

Lepas tu terus IO kes aku tolak laki aku cakap jangan dekat atau pegang OKT.

Dipendekkan cerita aku dilepaskan tanpa bebas oleh mahkamah.

Suami aku terpaksa buat report polis sebab hospital tak nak rawat kalau takde polis report. So nak tak nak laki aku mmg kena report dulu. (luka tu kena 23 jahitan)

Tahun ke 3 berkahwin kami diuji lagi sebab perangai masing2 tak berubah2 asek gaduh gaduh dan gaduh. Terjadi lah penceraian.

Bawak ke mahkamah hakim sah kan jatuh talak 3 sebab salah aku time tu provoke dia suruh lafaz talak 3.

Suami keluar rumah duduk sendiri tapi kami masih berhubung seperti biasa hingga ke 6 tahun lama nya. Anak pon dah masuk 9 tahun.

Kami masing2 ada lah try berkawan2 dengan orang baru time bergaduh tu tapi tak lama berbaik balik.

Kami masih seperti itu jugak lah bergaduh dan bergaduh. Mak bapak masing2 dah berbuih nasihat macam2 untuk pisah terus jangna berhubung balik tapi kami masing2 degil dan masih sayang.

Sampai 1 masa kami decide untuk buat “Cina buta” kami plan saya tepaksa nikah di pejabat agama dengan kenalan suami selama 4 bulan tapi tidak duduk sekali.

(Hanya bersama sekali sahaja) lepas iddah kami berkahwin semula. Dan lahir anak ke 2.

Tapi tu lah kami tetap tidak berubah masih juga bergaduh dan suami masih lari dari rumah bila kami bergaduh. Malas keje.

Tambah lagi perangai baru kaki judi mesin. Berhutang along sampai along cari dekat rumah sebab pakai nama saya. Tipu pinjam duit orang sana sini tapi tu lah sebab sayang sanggup saya jadi bodoh bertahan.

Sampai 1 tahap saya dah puas menangis 10 tahun saya bertahan. Saya puas sakit hati bagai nak gila.

Habis rumah hancur bila kami bergaduh. Sampai bila nak macam ni. Anak dah masuk 2.

Tah mana saya dapat semangat tekad nak hidup sendiri. Saya tak pujuk dia tak cari dia dah. Saya buat keras hati saya blok no dia semua saya tukar kunci mangga rumah.

Sebab selalu time saya pergi keje dia curi2 balik rumah mandi dan salin baju.

3 bulan kami tak berhubung langsung. Tiba2 dia datang pulak merayu2 mintak maaf ketuk pintu malam2 nak masuk rumah kata nya rindu anak2.

Kita biasa lah perempuan lemahh dgn pujuk rayu. Lepas pada tu kami duduk berbincang hati ke hati tanya masing2 masih sayang atau tidak. Berjanji sama2 berubah.

Saya carikan kerja yang sesuai dengan jiwa dia. Alhamdulillah. Selepas dari kesusahan dan ujian tu kami akhirnya berjaya keluar dari hutang berpuluh ribu angkara suami berjudi.

Kami merasa beli rumah 2 tingkat. Kereta. Motor dan aset2 yang suami dan saya sendiri pasti kami tak akan mampu miliki sampai bila2.

Tapi Allah permudahkan semua nya. Izin kan semuanya. Alhamdulillah suami dah berubah kami pon sudah tidak bergaduh teruk lagi.

Anak sulung saya pon dah habis sekolah dan alhamdulillah dia yang menyaksikan dan melalui bersama2 saya segala ujian. Menjadi anak yang sangat2 berdikari tak pernah menyusah kan saya dan bapak nya. Kuat bekerja cari duit sendiri. Tak pernah meminta2.

Mak ayah saya dan keluarga mertua sangat baik dan membantu kami ketika kami susah dulu.

Kepada pasangan yang diluar sana. Tidak ada tips atau nasihat untuk saya beri. Jalani lah kehidupan kita semana yang kita mampu bertahan.

Tidak perlu membandingkan kehidupan kita dengan siapa2 sebab lain orang lain cerita nya.

Mana yang baik jadi kan tauladan. Mana yang buruk jadi kan sempadan.

Salam Ramadhan buat semua semoga kita berbahagia dengan cara masing2.

– Si Inang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *