Untuk part I, (https://iiumc.com/talak-3-3/).
Salam semua. Menjawab balik kepada ramai yang curious tentang keadaan anak sulung saya.
Alhamdulillah dia baik2 saja. Tak ada trauma atau depression (anak bujang) actually family bonding kami sangat kuat.
Walaupun kami as parent. Sangat toxic sebab selalu bergaduh. Tapi bila time jumpa kami ok. Kami selalu pergi short vacay dengan anak2.
Saya selalu curhat dengan anak sulung time bergaduh dengan suami sebab dia je yang ada kat rumah teman saya. Selalu nasihat jangan jadi macam papa mama kalau dah besar.
Kalau bapaknya lari rumah. Saya dengan anak bergurau. Ayah kau dah pergi offshore, haha.
Suami tak pernah angkat tangan pada anak2. Time lari rumah. Suami akan curi2 ambil anak kat taska atau selepas balik sekolah bawa pergi makan atau pusing2.
Anak sulung lah selalu diam2 bagi baju towel spare kat bapak nya bila bapak nya lari rumah.
Sekarang dia dah sambung belajar, selalu vc tanya khabar. Tiap2 minggu mesti balik rumah. Hari2 cakap nak berhenti study sebab home sick. Doakan baik2 untuk dia ya.
Saya dan suami ni sebenarnya sangat lah loving couple. Bila habis bergaduh tu sayang & rindu dia jadi lagi lebih kuat.
Suami sweet talker. Selalu ucap I love u before letak call atau sebelum tido.
Ramai komen kata kami ni pasangan gila. Psycho dan macam2 lah.
Ya saya akui. Tak marah pon. Memang bodoh & kerja gila. Kami jahil dan takde ilmu. Masa tu darah muda. Darah panas.
Zaman saya sosial media tak meluas macam sekarang. Tak banyak info kita dapat. Tapi sebab anak la kami masih bertahan sampai sekarang.
Sebab anak lah kami sit together buang ego masing2. Berikrar berubah & bertaubat. Bukan sebab nafsu & rasa sayang syiok sendiri semata2.
Selepas daripada tu Allah lancarkan rezeki kami 1 per 1. Bagi yang tanya macam mana kami dapat settle hutang kami.
Apa saya boleh cakap dengan izin Allah je. Suami kerja biasa je. Gaji saya dan dia campur dalam 8-9k tapi masih di level miskin bandar.
Boleh la clearkan hutang sikit2. Merasa la juga bercuti ke luar negara.
Tapi mak abah saya dan mertua la banyak membantu dan bagi moral support. Walaupon pada awal nya tengok muka husband pon mak saya tak suka.
Tapi lepas kami dah berubah alhamdulillah mak la paling rajin puji2 suami. Kami bukan geng T20 ye tapi cukup2 makan & pakai alhamdulillah.
Suami serah pada saya semua urusan kewangan family. Sebab dia takut dulu pernah berhutang & kuat berjudi.
Suami tak kedekut. Kalau lah kata dapat 10k sanggup dia berhabis 10k semua tu untuk kami anak beranak je. Mungkin tu kenapa dia murah rezeki sekarang. Alhamdulillah.
Pasal talak 3 dan cina buta. Kami ada jumpa pejabat agama tapi kepada Allah saya berserah dan bertaubat semoga ada pengampunan buat kami.
Mungkin kifarah kami terima pada anak ke 2 yang agak degil dan kuat melawan. Macam tu lah agaknya mak bapak kami rasa dulu.
It’s ok kami terima. Saya share untuk iktibar dan ada yang kata tak logik jugak. Tapi jangan contohi kami.
10 tahun kami lalui macam2 cabaran. Dugaan. Kegilaan. Kebodohan dan kejahilan dan kami tak bangga ye.
Saya terima semua kecaman, nasihat dan doa dari anda semua. Terima kasih dan saling bermaafan ya. Salam.
– Si Inang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Haihhh please la eh mak bapak sekalian alam.
Just sebab anak nampak ok you jgn rasa anak you ok je tau.
I pun dari family toxic n dysfuntion. Kita anak2 dari family dysfuntion ni terpaksa matang dari usia sebenar. Dan kita tgk ibu ayah kita huru hara, kita paksa diri kita ok saje depan ibu ayah sebab tak nak tambah masalah yg sedia ada (cause by parents)
tapi kalau sorang2 tuhan je tahu sedih kita tgk mak ayah kita hidup dalam toxicity mcm tu. Hari2 meratib dengan tuhan, berperang dengan diri sendiri supaya mak ayah jumpa penyelesaian yang harmoni. Or else bila ada mak ayah tak matang ni tak jumpa2 jalan penyelesaian, kita belajar redha dan pasrah tapi trauma dalam diam.
Tapi sampai ke tua traumanya melekat ya.. Ada yang jadi avoidant, ada yg anti dengan crisis. I jadi nak sorang2 je. Travel sorg, suka duduk sorg. Orang puji konon independent tp sebenarnya trauma.
Jadi jangan nak rasa OK dan confident sangat whatever you both did tak affected anak2. Sangat ye sila muhasabah diri bila jadi parents it’s not all about you laki bini je. Banyak jiwa-jiwa terkesan dengan ego , immaturity you both itu. Sekian.
Ye sayang je mak ayah but somehow we wish things would turned out different, our parents could be more smarter and matured.
Sekian dari anak yang tersakiti.