Hi admin. Terima kasih admin kerana mewujudkan page mcm ni di mana orang2 yang ingin menyuarakan sesuatu tetapi kurang pasti sekiranya suaranya akn didengar boleh meluahkan perasaan. Hrp2 publishlah confession aku ni.
Ok, aku follow page ni sejak september. Aku tak pernah jumpe lagi cerita yang berkaitan ngan apa aku nak crta ni. Sebelum siapa2 nak komen aku bgi ayat klise jap–>aku tau cerita aku tak semenarik bro mus atau budak printer dan buntalnya, tapi aku harap sangat2 ada insan yang boleh tolong bagi kata2 semangat or cara2 nak mengenalpasti talent diri masing2 or kot2 ada yg senasib ngan aku blh tlg luahkan perasaan sma2. Huhu.
Ok, background aku mcm ni. Aku anak bongsu dalam sebuah keluarga yang besar. Dari kecik sampai besar aku tak pernah mempunyai satu kebolehan yang aku boleh panggil bakat.
Sepanjang aku hidup, orang2 sekitar aku mmpunyai sesuatu kebolehan yg blh dipanggil sbg bakat dan jujur aku akui aku cemburu. Aku menjadi rasa asing dan rasa teruk rasa diri aku kecik dan mcm2 lgi lah perasaan yang boleh diklasifikasikan sbg perasaan down gila2 sebab aku percaya setiap manusia ada bakatnya yang tersendiri. Tapi aku takda.
Bagi aku bakat or englishnya talent ni adalah kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu. Boleh jadi benda biasa seperti menyanyi menari. Bakat juga boleh mnjdi tool yg digunakan seseorang utk mencari rezeki.
Aku perhati org sekitar aku satu2. Aku senaraikan bakat2 diaorang. Bapak aku mempunyai bakat dari segi ucapan/debat/bersukan. Mak aku ada bakat memasak/berenang. Abang2 dan kakak2 aku semua pndai melukis/memasak/bermain alat muzik/bersukan. Kwn2 baik aku pndai melukis/menari/bersukan/menyanyi ala2 kpop.
Aku? Xda smua tu. Tak pandai semua tu. Klu aku pg mana2 pun seminar ke ape2 je lah yg memerlukan ahli2 dalam kumpulan memperkenalkan diri, bila ditanya pasal bakat, aku xtau nak jwb apa sebab aku tak berbakat!
Huhuhu rasa malu sedih smua ada masa tu… org2 lain dalam kmpln boleh jawab pndai taekwando lah pandai menari lah pandai melukis kartun lah apa lah… last2 aku just jawab pandai makan!
Lepas dari tu aku cba refleksi diri. Dalam membuat sesuatu aku pandai tapi banyak kekurangannya. Sbg cth: aku boleh nyanyi tapi suara aku x power mana pun, aku boleh jugak dalam perucapan awam ni tapi tak setinggi level mana pun sampai wakil negeri ke apa. Aku pandai jgk lukis2 tpi setakat yang manusia tiang, mata bulat2. Aku pandai masak tetapi setakat yang nasi goreng pelbagai perisa, ikan stim, ayam masak merah.
Tu je la aku rsa aku pandai. Tpi aku tak rasa tu smua bakat. Bakat tu lebih dari level aku tu. Lagi satu, aku pandai buat lawak. Ni memang testimoni kawan2 dan keluarga. Tapi lawak aku setakat yang dengan orang2 yang rapat ngan aku je lah. Kalau nak masuk maharaja lawak tu rasanya tak lepas.
Oh lgi satu, aku selalu kuat berimaginasi. Aku create watak2 dalam kepala hotak aku. Dengan conversation sekali. So aku pernah cuba menulis. Aku ambik laptop taip taip taip tak sampai satu page aku stop. Sebab idea aku sampai tu je. So dari baru je nak register bakat menulis jadi poof! Hilang macam tu je.
So sampai sekarang aku termangu2. Xtau apa bakat yang aku ada. Ke memang ada manusia yang memang x berbakat dalam dunia ni?
– Lily in the valley
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit