Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi siarkan kisah saya ni. Aku seorang student first year dari sebuah universiti di selatan tanah air. Selamat hari raya aku ucapkan bagi pembaca yang meraikan hari raya aidilfitri.
Aku harap kisah ini dapat memberikan pengajaran bahawa setiap perkara yang buruk akan di balas oleh Allah sama ada kecil atau besar. Aku kini sudah 7 bulan hamil anak luar nikah. Sampai saat ini orang tua aku tidak mengetahui perkara ini.
Lelaki itu? Masih lagi berhubung denganku. Namanya Daus (bukan nama sebenar). Namun dia tidak bersedia untuk berterus terang dengan ayahnya juga. Ibunya sakit sudah lama dan segala perkara mengenai mereka adik beradik ditanggung ayahnya sejak kecil.
Selain Daus, adiknya yang perempuan sebaya aku juga mengetahui tentang keadaan aku. Adiknya juga mahu aku hold dulu untuk berterus terang kerana ayahnya baru lepas operation jantung dan mungkin akan mempengaruhi kesihatan ayahnya.
Ibu ayah aku juga mempunyai masalah kesihatan dimana ayah aku mengidap penyakit kencing manis sejak berumur 30 an dan baru baru ini ayah masuk hospital kerana darah tinggi. Begitu juga ibu yang sampai sekarang bertahan dengan ubat untuk sakit darah tingginya.
Hubungan kekeluargaan aku agak tidak erat dimana ayah tidak memainkan peranannya 100% sebagai ketua keluarga. Untuk seumur hidupku sepanjang aku membesar ibu yang banyak berhais duit untuk mem besarkan kami.
Sehingga saat ini aku sudah 23 tahun ayah masih memaksa ibu untuk membuat pinjaman peribadi bagi menampung kos membina rumah yang sehingga kini masih tergendala kerana tak cukup bajet. Untuk pengetahuan ayah dan ibu bekerja tetapi ayah tidak pandai menguruskan kewangan sehingga kami adik beradik dan ibu hidup agak susah kini akibat hutang.
Secara tak langsung aku menjadi agak berbelah bahagi untuk berterus terang kerana aku akan menambahkan lagi tekanan kepada orang tua lebih lagi ibu. Tambahan pula aku anak sulung tetapi aku telah membuat perkara yang terkutuk sehingga akan terpalit malu yang besar kepada mereka.
Bagi Daus pula, aku dianggap beban kerana dia dalam proses untuk membina hidupnya setelah baru memperoleh kerja. Katanya mahu membeli kereta agar mudah untuk proses kelahiran anak ni kelak jadi dia tidak mampu untuk memberi wang bulanan bagi makan dan keperluan bayi. Tapi aku tak bodoh untuk faham. Aku tau aku bukan keutamaannya memandangkan dia masih ada ibu yang sakit perlu dijaga.
Untuk penghujung semesta ini sejujurnya wang poket aku telah berkurangan. Ditambah pula dengan keperluan bayi yang perlu disediakan. Bab makan aku culas juga dimana kadang2 aku akan makan megi je untuk alas perut. Kasihan anakku dalam perut ini. Tapi apa oleh buat, berani buat berani lah tanggung akibatnya.
Untuk proses pembelajaran aku merancang untuk membuat pengajian jarak jauh dan bekerja selepas bersalin untuk menampung hidup kami dua beranak. Aku pernah disarankan untuk memberi anak ini kepada yang mampu jaga. Bagi aku, ini anak yang lahir dalam rahimku. Anak ini amanah bagiku untuk aku jaga atas dosa2 silam aku.
Insyaa Allah dengan pengalam kerja aku dan kelulusan diploma yang aku ada sebelum aku sambung belajar ini akan membantu kelak. Aku telah merujuk kepada pekerja sosial disini dan mereka akan membantu dalam proses kelahiran dan keperluan aku kelak.
Harapan aku kepada yang membaca yang ada membuat silap seperti aku dalam diam agar bertaubatlah kerana balasan Allah itu pasti. Bagi aku, semuanya masih ada hikmah dan aku sentiasa bersabar untuk meneruskan kehidupan walaupun kadang rasa nak bunuh diri.
Alhamdulillah iman masih ada walau tersisa. Banyak lagi kesusahan dan aib yang aku tak ceritakan. Cukuplah cerita ringkas ini menjadi pengajaran semua. Doakan aku kuat menjalani kehidupan selepas ini. Terima kasih.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit