Tangga Batu Caves di dalam IIUM/UIA – 6:29 PM

Tangga Batu Caves di dalam IIUM/UIA

Saya ini masuk belajar di uia pada tahun 2006. Kiranya saya ini 061. Pertama kali melihat tangga paling tinggi di uia ini, terdetik dihati, "Matilah kalau hari-hari kena panjat tangga ni". Hati ini berharap agar tak dapat Mahallah Nusaibah atau Mahallah Sumayyah.

Tahun pertama, saya tinggal di Mahallah Safiyyah. Maka terselamat dari kena naik tangga tersebut. Namun, atas desakan kawan-kawan, kata lebih mudah jika saya tinggal berdekatan dengan mereka. Kebetulan kelas akan jadi lebih dekat jika saya pindah ke Mahallah Nusaibah. Maka, saya pun berpindah ke Mahallah Nusaibah. Bermulalah detik hubunganku dengan tangga tinggi atau lebih dikenali sebagai "Tangga Batu Caves".

Bagi yang ada kelas di bangunan Engine, KAED, HS mesti wajib lalu di tangga ini. Begitu juga dengan sesiapa yang ingin pergi ke Library dari Mahallah Nusaibah and Sumayyah. Bukannya rendah atau sikit yea tangga ini. Mula-mula mendaki tangga ini, memang lenguh giler kaki ini.

Saya tak tahu tentang orang lain, tapi kalau saya sendiri, cara saya panjat tangga batu caves ini adalah dengan naik tanpa henti dan bila dah sampai di pagar Mahallah Nusaibah, terus rasa macam nak tercabut jantung and kepala mula rasa pening. Tapi ada juga yang naik tangga itu akan berehat di setiap perhentian. Penat ok. Sudahlah tangganya pendek-pendek.

Sebelum ini, anak tangga tersebut agak tajam disisinya. Jika musim hujan, pernah ada seorang sister ini tergelincir dan mukanya cedera terkena sisi anak tangga yang tajam itu. Ada juga cerita mengenai banyaknya anjing berkeliaran di sekitar tangga tersebut. Monyet juga. Maklumlah dekat dengan hutan. Maka, banyak kes pelajar jatuh dari tangga kerana melarikan diri dari anjing atau monyet. Setelah banyak laporan dibuat, akhirnya tangga batu caves itu disimenkan dan diletakkan jubin disisi anak-anak tangganya. Maka, berkuranglah laporan pelajar terjatuh dan cedera kerana tangga yang licin dan tajam.

Ketika sy belajar di Celpad, ada seorang lecturer yang mengajar EPT, berasal dari Burma. Dia merupakan diantara lecturer yang paling lama mengajar di uia. Katanya, pada awal pembinaan tangga batu caves ini, ada kejadian dimana salah seorang pekerja telah terjatuh dan mati di tangga tersebut. Maka, lecturer berpesan agar tidak pulang lewat, kerana telah ramai yang berjumpa dengan lelaki tanpa kepala di tangga tersebut. Yes! Pekerja itu, jatuh dan kepalanya terputus dek terkena sisi anak tangga yang tajam itu. Sejak dengar cerita itu, memang ramai kawan-kawan saya yang akan sanggup berjalan kaki ikut jalan jauh pulang ke Mahallah ikut pintu hadapan berbanding ikut shortcut/tangga batu caves.

Di tepi tangga batu caves ini juga, ada satu bus stand. Bus stand yang cukup glamour di uia. Tempat dimana bf/gf berjumpa di khalayak ramai, rakan-rakan berjumpa buat kali terakhir sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing, kisah foreigner yang bergaduh sesama mereka dan ada juga kisah dipikat dek brother2 yang lalu lalang ketika tunggu bas.

Bagi saya, saya dan kawan baik bukanlah orang berada. Disaat kebanyakan rakan-rakan drive kereta untuk keluar bersiar-siar dihujung minggu, saya dan kawan baik hanya mampu menaiki bas. Kami berdua selalunya akan duduk di tangga batu caves ini dan termenung. Memikirkan bas yang mana satu harus kami naik. Bas 91 (ke Jalan TAR) atau Bas rapidkl-231 (ke stesen LRT-selalunya kami pergi Alpha Angle). Ramai juga rakan-rakan lain yang akan turut serta memeriahkan tangga batu caves itu, menunggu bas atau menunggu si buah hati.

Di tangga ini juga, pertama kali saya bertentang mata dengan lelaki yang saya cintai. Maklumlah, nak jumpa dalam Mahallah, nanti ramai sangat perempuan. Si dia pemalu orangnya. Nak berjumpa di tempat lain, risau juga orang lain kenali kami. Lagipun, jumpa di bustand ini, mesti orang tak sangka kami berdating. Hihi.

Itulah cerita tentang tangga batu caves ini. Kalau sekarang ini, korang suruh naik tangga ni, seriously saya dah tak sekuat dulu. Saya pun pikir, macamana lah dahulu boleh mampu dan kuat untuk naik tangga ini hari-hari tanpa penat. Sambil bawa buku-buku teks pulak tu. Siap saya punya impian " Kalaulah aku ini kaya, akan kau buat eskelator kat sini, menggantikan tangga".

Bagi pelajar2 uia yang dahulu, kini dan bakal, memori ini akan kekal segar dalam ingatan. Hargailah memori ketika belajar, indahnya bersama rakan2 yang sentiasa dalam susah mahupun senang. Sebab bila dah kerja, kau takkan mampu nak buat itu semua. Nak naik tangga ke tingkat satu pun kau akan merungut.

– Cik Perindu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *