Terima kasih admin sudi terima kisah ni.
Aku ex niqabis. Hampir setahun lebih aku pakai niqab. Memang dah niat lama nak pakai selepas aku berhijrah dan istiqamah. Aku pergi majlis ilmu, kawan dengan orang2 berilmu sehingga akhirnya aku pakai sehelai kain hitam di muka. Jiwa muda masa tu teringin nak pakai dan alhamdulillah keluarga terima. Kira senang jugak la dapat keizinan dari mereka walaupun aku tahu mak macam tak bersetuju. Sepanjang pegang title niqabis tu macam2 la ujian. Yelah dr jahiliah tiba-tiba tertutup bagai. Kawan semua ok alhamdulillah. Tapi lama kelamaan aku semakin kurang pakai dah tak istiqamah. Sakit dan peritnya nak istiqamah. Memandangkan aku dr latar belakang keluarga yang pendidikan agamanya suam suam suku. Jadi bagi aku, aku belum cukup baik lagi. Keluarga aku je yang tahu sikap aku kat rumah macam mana tapi bila dekat luar tertutup semua aku rasa ni bukan diri aku sebenar.
Aku pernah ajak kawan aku pergi majlis ilmu dan kami sama2 berhijrah. Sampai sekarang kawan aku pakai niqab. Hebat. Tapi aku kecundang di tengah jalan. Sedih bhaii sedih. Aku on off pakai. Aku pulak belajar kat u tengok ada org pakai niqab kat u aku jd rindu. Rindunya masa pakai niqab dulu. Mak pernah tanya taknak pakai ke kat u. Aku jawab taknak sebab tak kuat. Kat u pulak aku kurang jaga tentang aurat. Aku kecundang lagi.
Pakcik aku pernah marah, dia tanya mana niqab. Aku senyum. Dia cakap nak pakai, pakai betul2 jangan main2. Aku memang tak pakai niqab kalau melibatkan keluarga besar kecuali keluarga kecil aku sendiri. Sejak kena marah aku pakai betul2. Tapi lagi sekali aku kecundang. Aku on off lagi pakai. Aku memang nak sgt terus on pakai niqab tanpa off.
Buat kali pertama tahun lepas aku beraya pakai niqab. Tapi tahun ni aku tidak pakai lagi. Aku sudah simpan semua koleksi niqab aku. Dan aku masih menjaga aurat aku dengan baik walaupun kadang2 kecundang bahagian lengan (tak pakai handsock). Raya tahun ni aku tak pakai dah. Mak ayah pun tak tanya mungkin mereka faham kot.
So aku harap kalau kita dah tak pakai niqab lagi tolonglah jangan tanya. Kita ada sebabnya sendiri. Kadang aku takde jawapan bila ada orang tanya mana niqab tapi aku berharap lepas ni takde orang tanya mana hilangnya. Niqab ada, tapi sudah simpan rapi kerana aku tidak sanggup untuk merosakkan title niqabis atas sebab sikap aku yang hipokrit. Aku tak nak jadi penghancur niqabis yang ada. Jujur aku katakan. Aku pandang tinggi golongan niqabis. aku akan pakai balik niqab ni bila aku dah kawin (jika diizinkan suami) dan aku harap aku akan jadi lebih baik.
Buat golongan niqabis, mohon jaga peribadi kalian sebagaimana kalian menjaga sehelai kain itu di muka. sama2 kita tarbiah diri tanpa mencemarkan imej niqabis. Nak2 pulak akhit zaman ni.. sekian.
– Ex Niqabis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mende laa.. tak pakai pon takpe.. x jatuh haram pon laa.. nk berubah tak perlu niqab bagai..
Idealogi mana yg kata ” nak berubah kena pakai niqab?”
Pakai bila sudah wajah jadi fitnah buat laki2..
Bukan trend niqab skang.. pakai sikit berselfie bagai. Mengalahkan laki upload gmbr.
???
Agaklah, sekarang yang pakai niqab pun lagi kuat selfie ada lah, bersepah upload gambar. Sekadar bagitahu apa yg saya nampak. Jangan kecam saya
Bila rupa lawa sangat hinggakan lelaki selalu usha jeling-jeling pandang-pandang, hang pakailah niqab. Kalau yang dah berlaki, mintak izin laki hang dulu.
Tgk dkt IG byk niqabis berselfie bgai..makeup kt bhgian Mata.pastu kening dilukis..jubah2 pun berfesyen,ikut bdn..n satu lagi tgk depa suka show off kemewahn..
Pertama sekali sblm komen pi jumpa org alim ulama takwa hukum niqab dlm mazhab kita. Dah dpt hukum kemudian muhasabah diri. Pakai niqab dgn gedik selfie dua perkara berbeza
Dalam berjuta manusia selfie di dunia. Yang niqab selfie dikutuk dicaci dimaki dihina. #akhirzaman #melayu ?
Niqab itu sunnah bukan trend..
Yg penting betul2 istiqamah n niat kerana Allah berniqab or berpurdah.. POsitif je la..
Muhammad Syafiq Zaharin typical malay akhir zmn skrg.. Sy tgk rata2 niqabis byk yg kena hentam, hanya dia (niqabis) n Allah je yg tahu niat sebenar pakai niqab atau purdah… Kita belum cukup sempurna termasuk saya dalam menilai atau menghukum..
Ramai jugak yg trase eh? Hahaha..sape makan cili dia trase pedas.
“Kenapa pakai niqab??
“Sebab tak nak dipandang ajnabi. Nak jaga maruah”
Tapi, kenapa upload dekat media sosial kalau tak nak dipandang??”
*Yang ceq maksudkan konon taknak dipandang, tapi upload gmbr di fb berpuluh gambar.
Tak perlu nak hentam niqabis.. Niqabis pun manusia biasa gak, tak sempurna n bukan malaikat.. Kita fikir n doa yang baik2 je.. Dia nak selfie ke.. Nak upload gambar berpuluh, beratus or beribu ke kat media sosial.. Itu terpulang kat dia, pandai2 la dia muhasabah balik diri dia.. Yg baik tu sume dtg dari Allah.. :)
” Itu terpulang pada dia.. Pandai2 la dia muhasabah balik diri dia”
Ye.. Serbanis, niqabis, keknis, astro awanis, semua tu manusia. Bukan malaikat sampai tak boleh kena tegur langsung.
Ahlia Rosli , kena tegur juga ya ukhti , kita taknak golongan sebegini jadi fitnah kepada agama. Bezakan tegur dan hentam ?
Wuuuuuu…..hebattttt….nasib baik i x berniqab lg…?
Anna Flavia Ahmad ???
Sentap eh ayat diaaa
Lelaki suka berselfie?
setuju sgt.. nak b’hijrah x semestinya kena b’niqab.. asalkan ttup aurat dgn smpurna dh mncukupi.. melainkan klu dh cantik sgt smpai org pompuan tgok pon x b’kedip tu baru jatuh kepada wajib sbb nak mengelak drpd fitnah.. faham molek nah niqabis2 semua..
amalan org yg berniqab ni diterima Allah atau x tu antara dia dgn Allah, sapa anda utk menilai mereka, mungkin mereka baru mula berubah jadi jgn la harap mereka berubah secara total,sekurang-kurangnya ada usaha kearah kebaikan,
Ok je nak pakai ke tak. Tak wajib. Tp bab handsock ngn stokin tu pakai la kan. Sbb wajib tutup n mmg kena istiqamah. Awal2 mmg selalu lupa. Tp ajar diri kita setiap Kali nak kuar rumah p pakai stokin. Lama2 lekat la. Stokin n handsock tu.
Sy pernah alami benda Ni. Mmg bila pakai niqab diri kita lebih terjaga bila kita berseorangan. Akhlak pun makin terjaga. Jarang kan kita lihat niqabis ketawa tebahak2, terlompat2, makan gelojoh, pakai seksi. Kita tak berani buat benda pelik bila berniqab. Ia depends Kat masing2 la. Ada niat mmg nak menjaga. Maka, terjagalah dia. Tp ada niat yg nak perhatian.. Sbb tu ada yg pakai niqab, Tudung jarang, Tudung pendek, makan ngn bukan mahram, tak pakai stokin, tak pakai handsock, pakai make up tebal pastu contact lens berwarna nak suruh org tgk Mata dia.
Kita tak dpt nak tahu apa dlm hati org lain.
Tp bila dah kawen, sy tak pakai dah sbb BG sy da ade “bodyguard” setiap Kali keluar. Bodyguard ni pulak mmg selalu akan “sound” kalau tgk kelakuan sy pelik sikit. Huhu..
Pedulikan kata org. Yg penting buat apa yg rse terbaik untuk diri masing2 kerana Allah ;) <3
Bersederhanalah kan..
.
Awk…sy doakan awk kmbali kepada awk yg dlu… If ade pape nk share pm sy… Kita crik ape yg hilang
Tak pakai niqab tak boleh jadi baik ke? Cara awak cerita, tak pakai niqab dah macam tak tutup aurat langsung.
Lau ikut qaul muktamad mazhab syafie, wanita mmg perlu tutup semua termasuk muke dan tapak tgn. Cuma ulamak kontemporari skrg ni je y haruskan buka muka dan tapak tgn. Jd, apa y die buat tu mmg ikut hukum islam, (tnpa sedar).
Hmm? Bukan semua kecuali muka dan tapak tangan.. Maafla tanya. Saya tak belajar se detail itu. Dan.. Juga kita ikut ‘uruf kan? Kalau kt arab mungkin niqab mmg kena pakai. Takleh pakai warna terang2 dan sebagainya. Tp kat msia majoriti mmg tak pakai. Cuma konteks bila wajah jadi fitnah mmg kena pakaila.. Itu yg saya faham. Kenapa ulamak kontemporari letakkan sebegitu. Ada sumber tak?..
Utama jaga aurat wajib dlu…kaki Dan tangan…tak pakai niqab tak berdosa pon…jangan konfius
Permulaan kita sama.. cuma alhamdulillah mampu istiqomah kenakan niqab dimuka.. in sha Allah awk bole.. doa byk3.. mohon kekuatan pada Dia.. in sha Allah, niat baik Allah akn bntu permudahkan :)
Ouish nak purdah beli Iron Man please. :P
Sepatutnya yg tutup aurat tu yg kena istiqomah. Aurat wajib ditutup. Niqab klu nk pkai ke taknak pkai xpe. Tiada paksaan. Jgn anggap niqab tu wajib melainkan klu ramai lelaki yg suka ngorat awak hari2, sebab muka awak cantikk sgt, baru laa pkai niqab, niatkan utk menjaga dan memelihara fitnah dr mata lelaki yg pandang awak.
Tuan tau mana niqab tak wajib? Dgar gitu² ke berguru dgn org alim?
Berniqab tak wajib tapi ianya sunnah..
Saya dpat tahu dr video ceramah dr maza yg mengatakan niqab tak wajib. Bleh rujuk di sini utk pencerahan. Dgar dlu pendapat beliau yg bersandarkan pendapat2 ulama yg muktabar. Insya Allah –> https://youtu.be/Fx-CzEzEJvQ
Mak oitt.. dlm mazhab syafie pon ade ulama berbeza pendapat laa..
Lagipun kalau wajib, ramaiinya yg berdosa.. isteri tok guru semua tu bdosa laa..
Semudah yg Allah dah mensyariatkan aurat wanita seluruh anggota badan kecuali MUKA dan tapak tgn. Tu jela yg sy tahu mase subject sekolah rendah agama dulu. Tp kalau salah, bgtau eh :)
nak berniqab x salah dan x berniqab pn x salah, yg salahnya org2 yg duk sibuk halang org len berniqab sedangkan tu pakaian isteri2 nabi saw.
klau tk pakai pun tkpe. jnji tudung labuh baju tk ketat dan menutup aurat. ;) klu nak pakai pun okey, dpt pahala sunat.
Niqab hanya sunnah ummul mukminin.. yg paling penting adalah tutup aurat yg basic.. tu je.. bear in mind, Islam tk pksa kita berniqab, tk jugak melarang berniqab..
Dr Maza: “Berpegang kepada pendapat jumhur dalam hal ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudahkan seseorang muslimah di dalam dunia semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Dalil-dalil ulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama mengajar orang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan orang ramai mengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak begitu teguh dalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah jaminan terhadap kesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama. Mengamalkan yang susah dan lemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada suatu hari nanti.”
https://drmaza.com/home/?p=68
Agree. Masa umrah dan haji juga dilarang tutup muka.
bagi kita yg penting aurat yg wajib ditutup. niqab x pakai pun x pa melainkanlah smpi darurat misalnya awk terlalu cun sehingga kan ramai bercakaran sesma mereka utk dptkan awk atau sehingga mengancam keselamatan awk. yg penting tutp aurat yg wajib. hee ✌
Nak istiqamah dengan perubahan yang kita buat bukan senang awak.Saya pun berniqab.Tapi oleh sebab saya kerja kerajaan..jadi pemakaian niqab tak boleh.So nak taknak..saya akur dengan peraturab.Undang undang manusia.Masa lapor diri tahun lepas ramai ramai sekitar 600 orang..saya je yang pelik dan urusetia semua tanya saya.Tahu ke tidak peraturan kerja gOmen? Saya jawab tahu,,cuma ni tempat awam.Bila dah sampai tempat saya bertugas..saya akan tanggalkan.Dan mereka nampak gaya ada yang puas hati..ada yang tak puas hati.Rupanya saya bukan keseorangan.Ada lagi akak2 dan sebaya saya yang pakai cuma masa sesi lapor diri je mereka tak pakai sebab mereka berpegang pada hukum sunat.Sebab niqab ni mengikut pendapat 4 mazhab lain.Tapi ikut qaul yang rajih lagi kuat memang muka itu aurat (pendapat imam Syafie)-maafkan jika saya tersilap sebab benda ni da lama saya belajar dalam usrah-
Dan saya nak share satu cerita dimana masa saya berumur 19 tahun..saya pernah ditegur seorang lelaki 40 an…dia tengok air muka la kot (nak kata saya ni cun,lawa2,memang taklah) air muka pun ganas2.Keh =P tapi ayat dia…buat saya berfikir balik rumah..
Dia kata pada wajah perempuan tergambar segala macam bentuk badan.Dan dia ada tegur saya mengenai tahi lalat pada wajah.Ya Allah.Saya berasa malu dan bengang.Dia orang tua.Lelaki plak tu.Dah makan asam garam lebih daripada kita so dia cakap dia boleh baca air muka perempuan.Aku rasa semua lelaki yang belajar kitab kuning atau primbon jawa eh tak silap aku tahu ilmu ni.Cara jalan..cara bercakap..suara..alahai..so perempuan…….kena la pandai jaga diri yek.Ok.Tu je aku nak pesan.Kbai
Ahmad ShauQy
?
niqab tu pgy afrika ke jauh sgt nak pakai.. x blh istiqamah jgn tinggal terus. bila rasa rindu pakai jela. jgn buat mcm crita sedih.. niqab tu dlm almari je ha. buat teruk sgt.
Faten Farhana Zinudian
pandangan sy . tutup aurat tu yg wajib . pakai niqab tp akhlak xbaik . sia2 .. jd ubah dri mnjd lbih baik dn sy mhon pd niqabis hentikan selfie tang2 nmpk mata . sy dulu ex niqabis kini cuba istiqomahkn dri ke arh yg lbih baik . drpd kau sibukkn niqab . baik kau fkir mcmna nak labuhkn tdg kau .. pakai stokin and so on .. Islam tu mudh saja . Betulkn akhlak dlu . Sekian
Big deal. Pakai tak pakai tu personal choice. Nobody can recognize you when you’re wearing purdah anyways. Hahahaha.
InsyAllah. Moga awak kuat. ☺
Assalamualaikum, awak yg dikasihi Allah. Saya hnya terdetik utk memberi sedikit pesanan. Alhamdulillah awak dah terdetik utk memakai niqab at the first place. Tapi apa kepentingan yg kuat utk awak sendiri pegang sepanjang memakai niqab? Sama juga tujuan memakai tudung, tp hukum berbeza. Tudung wajib, niqab diharuskan mengikut keadaan. Sebagai contoh, biasa lah klu orang berubah dripada x pakai tudung kepada pakai tudung. Bnyk dugaan. Sebab Allah nak uji kekuatan disitu supaya kita istiqamah. Sbb pakai tudung, tutup aurat diwajibkan dalam Islam. Disini saya mempersoalkan tujuan yg kukuh utk dipegang sepanjang memakai niqab yang datang dri iman dan hati awak supaya awak sentiasa istiqamah. Jangan tunggu bila kahwin bru ada semangat nk pakai balik. Semua usaha memantapkan iman balik datang dripada awak sendiri. Sayang awak ketat-ketat Lillahitaala. Maafkan saya kalau x cukup membantu awak ye. Waalahualam…
Its okay.. Yang penting bukan niqab di wajah. Tp jaga aurat betul2 n haya’. Apa guna sehelai niqab pada wajah tapi selfie kemain dekat patpuluh juta sehari. Apa guna sehelai niqab diwajah, tapi setokin and handsock pun liat nak pakai ☺ confessor, takperlu bersedih..tak dapat buat satu sunnah, jangan tinggal semua. Allah ma’an
Sat pkai sat x pkai mende dia nie…saja trpengaruh dgn org kot dok ikut pkai tu….
Sounds like bile berniqab baru lah sempurna wanita ni menutup aurat.. Tutup aurat ikut syariat pun dah memadai rasanye.. Tp nk berniqab silakan jugak. Xde larangan pun..
Anak sy pkai niqob ms travel sorg diri cth balik dr asrama ke rumah…alhamdulillah …bila dgn family xpakai la…
Kann..ko sendiri pon tak ada jawapan bila org tnya mna pegi niqab ko…maknanya ko sndiri pon x tau lh apa tujuan ko pakai…lek ahh..aku tgok org kita dlu2 tak pakai pon niqab2 ni tp solehahnya tu masyaAllah hebat..trend je pon niqab2 ni..habis trend ni nnti takde dh la org nk pakai..hahah
Niqab cuma sunnah. Awak xperlu risau, tanggal xape, xdosa pn. Yg wajibnya menutup aurat. Niqabkan hati dulu deh, Insya Allah. Banyakkan berdoa kpd Allah. Jaga hubungan sesama keluarga, jgn smp depa kecik hati gn kita. Untuk rohani plk, bykkn dekatkan diri kepada Allah. Allah yutfah alaikun
Soalan untuk niqabis, boleh explain kenapa hampa pakai niqab?
Jawapan yg simple with solid reason, tak payah dalil2 yang tak berkaitan.
Sapa2 yg niqabis la bukan yg confess ni saja.
Ia adlah pakaian istri nabi…walaupn x mampu mencontohi keseluruhan pribadi mreka.brusha lah mniru pkaian mreka..krn mereka conth wanita2 yg baik…
Sy jwbkan wlaupn bukn niqabis…jgn krana sorg yg wat hal..kte tolak smue golongn mreka..krn sblm mreka ad insan2 yg hebat telah melakulannya
Terima kasih. Jgn kerana bila orang bertanya pasal kita, kita assume orang tak suka kita.
Kita nak jawapan dari niqabis sama ada depa pakai kerana apa, faham ka fundamental pakai niqab tu? Kenapa kita boleh usaha beramal tapi usaha fahamkan amalan tak bergerak seiring? Adakah sebab kita malas, dan saja nak buat benda ikut ikutan semata2?
Tak salah nak trend kan sunnah, tapi jangan sampai bermain2 ngn sunnah.
Sy tlg jawabkan wakil untuk kwn2 sy walaupun sy bukan salah sorg dari mereka..
Kdg2 perempuan tu x baik sgt pun..tapi dia nak sgt jd baik..memg pun x perlu pakai niqab untuk jadi baik..tapi,ittiba’ pada pemakaian ummahatul mukminin..cita2 nak jd mcm ummahatul mukminin..bukan senang untuk istiqamah dan bukan senang untuk berubah jd baik..mcm2 ujian..people will judge..kita x leh halang org untuk judge..tp,inshaAllah..berkat istiqamah and cita2 nak jd mcm mereka,Allah akan tolong..nasihat dari sahabat,walaupun sikap kita x selari dgAn ape yg kita pakai,jgn sekali2 tanggalkan sbb inshaallah,at the end,akhlak kita akan seiring dgAn pemakaian..
Sekadar nak kongsi cerita..hijrah sahabat sy..
Dia dari Sekolah harian biasa..pemakaian biasa2..dia seorang yg sgt peramah,happy go lucky,selamba and outspoken..then,bila dia baru nak hijrah,dia mula dgan Tudung labuh..then,dia follow majlis taalim kat u dia and dia putuskan untuk berniqab sbb nak tiru pakaian isteri Rasulallah..jadi,sbb cinta..
Mula2 msti la x kuat..judgment org..even dia punya family pun x support..tapi dia x pernah putus asa nak explain..dia lain sikit dari niqabis biasa sbb dia jenis selamba and outpsoken..tu kekurangan dia tp dia ambik itu sbagai kelebihan untuk explain pd non Muslim yg Islam ni indah..tipu la kalau dia ckap x penat dgAn judgment org and org cuba ubah dia jadi org lain..cuma,dia pilih untuk x give up and abaikan ape org ckap..dia ambik bnda tu sbagai ujian and teguran dari Allah..
Skrg dia masih berniqab dan family dia boleh terima slow2..dan dia pun tgah cuba improve diri..sbb dia ckap,dia nak jadi mcm ummahatul mukminin baik dari segi pakaian atau akhlak..
Iktibar,org pakai niqab atau x pakai niqab,bukan ukuran kebaikan seseorang..tapi,bila org tu ada usaha untuk jadi lebih baik,sokong dia walaupun dia ada buat silap and dia ulang silap tu..jangan pernah putus asa untuk tegur..nak berubah bukan senang..so,jgn mudah untuk judge org and sangka buruk..cari lah seribu alasan untuk sangka baik sbb kita x tahu ape ujian dia..islam is love..^^
Mmg nk jd baik xperlukan niqob. Tp bg sy. Dgn niqob sy malu utk brbuat prkara xelok. Lbh trjaga akhlak. InsyAllah. Walau byk hlgn moga Allah beri kkuatan pd sy. Allahu. ?
Saya selalu tertanya tanya kenapa skrg trend niqab ni. Kadang2 seksa tgk dorang makan sembunyi di balik niqab tp tangan tak pula pakai handsock. Sy tertanya tutup muka semua tu utk apa? Maafla sy cetek ilmu skit. Bagi saya asalkan pakaian tidak ketat, bertudung tutup dada, sarung kaki dan sarung tgn dah cukup. Oh ya. Jgn lupa kebersihan ya. Cuaca di malaysia panas. Org yg bertutup bagai ni kena make sure baju x berbau peluh jaga kebersihan diri
Klu takat trend .bersepah . Nk pkai kne niat yg betol . Ingt tk rimas ke pkai purdah nih . Smlm nmpk org kai purdah dia bukak sbb pns sgt kot mse shopping kt PKNS .
Gudluck sis. Insyaallah kedudukan sebagai penghuni syurga lebih cerah jika kembali berniqab
tuddddiaaa
mentaliti bdk baru nk hijrah skrg
tanda mula penghijrahan adalah dgn pakainye niqab
padahal
bende asas kene letak adalah malu
bukan NIQAB
Aku tak rasa niqab tu wajib. Dan syarat berubah bukan pakai niqab. Berlambak weh yg pakai niqab tp post gamba hari2 dgn caption agama. Aku bukan nk kecam niqabis, tp niqab zmn skrg ibarat fesyen dan utk dpt pujian org ramai ‘wow dia dah berniqab, dh berubah, dh alim, cantik skrg berniqab, etc’. Beb, nak pakai niqab tak perlu post fb seolah nak bgtau semua org kau dh berniqab. Peliknya, dh berniqab tp still upload gamba2 dia (mintak like kot). Haa tgk aku dah melalut. Tutup aurat tu wajib,tp berniqab tak wajib. Jgn typical sgt yg berniqab tu ibarat dh perfect agama dia (tagline road to jannah sgt). Aku perasan satu, ada 2 org isteri ustaz yg berniqab tp fb dia hari2 post gamba, hari2 update status entah pape (attention seeker). Sungguh tak selari dgn penampilan berniqab dan isteri ustaz. Tapi aku jgk perasan isteri2 ustaz yg tak pakai niqab ni lagi low profile. Fb pun takde, gambar pun jarang2 ada dlm fb ustaz tu. Berniqab atau purdah ni bukan lesen kau masuk syurga weh. Kalau berniqab tp riak dlm diri wujud ibarat dh terbaik, punahh. Cukup la bersederhana. Unless muka kau cantik sgt sampai semua org tgk pun cair, then kau wajib berniqab utk elak fitnah. Tp perangai pun biar semenggah laa.
Aku tak rasa niqab tu perlu. Dan syarat berubah bukan pakai niqab. Berlambak weh yg pakai niqab tp post gamba hari2 dgn caption agama. Aku bukan nk kecam niqabis, tp niqab zmn skrg ibarat fesyen dan utk dpt pujian org ramai ‘wow dia dah berniqab, dh berubah, dh alim, cantik skrg berniqab, etc’. Beb, nak pakai niqab tak perlu post fb seolah nak bgtau semua org kau dh berniqab. Peliknya, dh berniqab tp still upload gamba2 dia (mintak like kot). Haa tgk aku dah melalut. Tutup aurat tu wajib,tp berniqab tak wajib. Jgn typical sgt yg berniqab tu ibarat dh perfect agama dia (tagline road to jannah sgt). Aku perasan satu, ada 2 org isteri ustaz yg berniqab tp fb dia hari2 post gamba, hari2 update status entah pape (attention seeker). Sungguh tak selari dgn penampilan berniqab dan isteri ustaz. Tapi aku jgk perasan isteri2 ustaz yg tak pakai niqab ni lagi low profile. Fb pun takde, gambar pun jarang2 ada dlm fb ustaz tu. Berniqab atau purdah ni bukan lesen kau masuk syurga weh. Kalau berniqab tp riak dlm diri wujud ibarat dh terbaik, punahh. Cukup la bersederhana. Unless muka kau cantik sgt sampai semua org tgk pun cair, then kau wajib berniqab utk elak fitnah. Tp perangai pun biar semenggah laa.
Sgt2 sokong…kt IG pun bersepah..jgn jdkn niqab satu trend..
Kene ade ilmu n tawadhuk…
Pedaih! Tapi thats the truth and it’s happening. ?
Ini btol2 tarbiah sentap. Salute. Klau para niqabis yg suka selfie dan upload bagai kat fb dan ig tak terasa sentap dan muhasabah diri, mmg tak tahu nk kata ape, maknanya masih keras hati tu. Statement low profile tu yg winn. Berniqab bukan bermakna dgn rase riak menunjuk2 bajet alim. Berniqab bermakna merendahkan diri atau bertawadhuk. Itulah cara yg digalakkan dlm Islam yg terbaik.
Brp ramai sgt yg akan sentap dan muhasabah kalau baca ni pun. Selebihnya akan tetap rasa mereka betul dan tak buat salah dan terus menerus buat perkara sama. Niqabis dulu sebaiknya nak tutup diri dr pandangan mahram. Tapi kebanyakan niqabis skrg..? (Aku ckp kebanyakkan, bukan semua. Sbb mmg ade yg tak ‘switch off’ langsung punn). Kebanyakan niqabis skrg tertutup tapi nak dipandang. Heran aku ape sebenarnya motif atau tujuan diorg berniqab. Kalau yg berlaki tu pun, laki dia sama naik muka bangga nk matii bini tayang gamba berniqab oii. Nk bangga konon dia berjaya bimbing bini dia. Haha. ? maaf lah kalau ada yg sentap. Tapi kenape nk sentap kalau korang tak buat. Kan? ✌
Sdikit nk ulas….definisi cntik tu pn kne fham jgk..ad org kwn duk puji cntik trus brniqab..ad ustz sorg ni die sebut muka wanita yg jdi fitnah yg kne tutup pkai purdah ni cntik sangattt…mcm mna tu? Klau seorg lki ni tngk prmpn tu smpai boleh langgar tiang kt depan die..punyalah cntik smpai x sedar…(zman skrg x de rsenya)
Ehh in sha Allah ade… Mungkin cinta belum dtg lah tu.. Hihi
Mohd hariz. Betul, ust sy pn penah ckp cmtu. Definisi cantik tu cantik sgt2 sampai semua org terpegun dgn kecantikkan dia. Sy pernah tgk sorg ppuan ni, subhanallah cantik sgt2. Terdetik dlm hati sy, kalau sy ppuan pun terpegun dgn kecantikkan dia, mcmne la perasaan seorg lelaki bila tgk dia. So sy rase kalau kes mcmtu mmg kena pakai purdah lah kot utk elak mata2 memandang. Huhu
Masalah hati awak ni.
“Aku tak rasa niqab itu perlu”??? Yg ni knyataan umum yg tak kena langsung
Ape yg x kena? Its my opinion. Bg aku niqab x perlu dlm pghijrahan. Yg perlu adalah ‘malu’ dan ‘tutup aurat’. Berniqab tp takde rse malu dlm diri, ttp gagal
Dah jadi trend. Pakai niqab untuk kelihatan cantik. Selfie sana sini. Maaf, sekadar luahan. ✌✌✌
Kes saya pulak, saya suka pakai mask muka bila keluar sebab sy tak suka dikenali dan tak suka dilihat. Tapi cara saya ni tk melibatkan niat utk berniqab secara berterusan. Sebab org pun tau saya pakai mask sbb nk elak penyakit berjangkit. Haha lain la berniqab mcm awk pakai kain mcm org arab tu.
I couldn’t care less..Islam is not a dresscode, xberkurang pun iman seseorang tu klu xpakai niqab. Nak pakai pakailah, klu xnak buang je lah…prsetankan kata2 orang.
its sokay dear. kalau x pakai pun xpe. yg wajib jaga aurat tu betul2. jangan sedih2, jangan stress2. :)
ada banyak pendapat pasal niqab. ada yg pkai sebab penyakit kulit, ada yg pakai sebab terlalu cantik, ada yg pkai sebab nak kawal diri.dan lain2. jadi jgn risau kalau on off. you know yourself. Allah knows better :)
Nak berubah tak semestinya terus pakai niqab. Niqab/ purdah dh jdi trend skrg sdgkn tudung suam2 suku je. Niqabis hipstur katanya
Siti Fatimah
Konsistenkan tutup aurat lebih utama. Purdah tak wajib pakai.
Sebagai budak sekolah agama. Orang tanya…
“Mana kopiah?”
Bagusnya sis. Alhamdulillah.
Farahidayu Mohd Siti Fatimah Abd Rahman
Muhammad Fathy bace ni
Solat pon allah tak kate tutup muka semua bg nampk mato je
merapu je bce
Wanie Mj
Bila nak akak bukak niqab?
Hahahha bukan lah gila. The struggles
Oh, nak struggle sesama ke? akak ada lebih. ?
Utk permulaan lebih baik belajar utk perbaiki solat dan istiqamah dlm melakukan solat. Sebab rukun islam yg ke2 ialah solat. Nk perbaiki dunia, kne baiki manusia, nk baiki manusia, kene baiki hati, nk baiki hati, kne bermula dgn perbaiki solat. Insyaa Allah…
Nadia Thaherah Ezlan Zuhairah Aris mind to explain? Aku nak tau pandangan korang
Niqab is not necessary. Zaman nabi dulu, perempuan pakai niqab sbb beberapa faktor. Antaranye sbb suasana padang pasir yg berdebu, kecantikan org arab masa zaman tu, dan kini da jadi adat resam utk mereka pakai walaupun cantik atau tidak. Kalau ko perasan, ade sesetengah pelancong islam or student yg ke sane akan pakai purdah dan pakai cincin (konon2 depa da berpunya) sbb faktor lelaki arab. Laki arab sana mashaallah miang nye ya rabbi. Tak semua laki arab tp ada la sebahagiannye. Dgn cara pemkaian cincin dan niqab ni dpt elakkan dorg dr diganggu dgn laki2 arab sane. Like my sister in law, kat m’sia dia tak pakai tp mase die balik saudi die wajib pakai niqab, kalau tak kena saman sbb dia resident sane. About niqab in malaysia, aku tak byk yg bole explain. It depends on the people. Pakai on off purdah, bg aku x de hukum hakam yg mengatakan salah. Cume typical malaysian will question it. When u do that, kena la tahan telinga dgn komen2 positive or negative. But never ever judge people based on their appearance. Just to remind, when u have intention te wear it, think twice or thrice.
Bila pulak Nadia Thaherah Ezlan nak balas ni? Aku nak tahu hang punya pulak
Thanks Zuhairah Aris ?
Elok la tu…pedulikan ap org tnya…hdup dgn manusia ni mmg x hnti brtnya…asalkan kte tau yg kte buat tu btul dgn brlndaskn ilmu yg btul….kdg2 gi sedih tngk yg berpurdah tpi x pakai handsock…x pkai stokin…apatah lgi yg berniqab..sedgkn tuntutn untk tutup lengan dn kaki itu jauh lebih dituntut…
Kat diri sendiri, satu je nasihat, jgn bermudah2.. lame2 makin kecundang. Walaupun penjagaan pd hal itu tidak wajib secara syarie .