Tanggal niqab

Terima kasih admin sudi terima kisah ni.

Aku ex niqabis. Hampir setahun lebih aku pakai niqab. Memang dah niat lama nak pakai selepas aku berhijrah dan istiqamah. Aku pergi majlis ilmu, kawan dengan orang2 berilmu sehingga akhirnya aku pakai sehelai kain hitam di muka. Jiwa muda masa tu teringin nak pakai dan alhamdulillah keluarga terima. Kira senang jugak la dapat keizinan dari mereka walaupun aku tahu mak macam tak bersetuju. Sepanjang pegang title niqabis tu macam2 la ujian. Yelah dr jahiliah tiba-tiba tertutup bagai. Kawan semua ok alhamdulillah. Tapi lama kelamaan aku semakin kurang pakai dah tak istiqamah. Sakit dan peritnya nak istiqamah. Memandangkan aku dr latar belakang keluarga yang pendidikan agamanya suam suam suku. Jadi bagi aku, aku belum cukup baik lagi. Keluarga aku je yang tahu sikap aku kat rumah macam mana tapi bila dekat luar tertutup semua aku rasa ni bukan diri aku sebenar.

Aku pernah ajak kawan aku pergi majlis ilmu dan kami sama2 berhijrah. Sampai sekarang kawan aku pakai niqab. Hebat. Tapi aku kecundang di tengah jalan. Sedih bhaii sedih. Aku on off pakai. Aku pulak belajar kat u tengok ada org pakai niqab kat u aku jd rindu. Rindunya masa pakai niqab dulu. Mak pernah tanya taknak pakai ke kat u. Aku jawab taknak sebab tak kuat. Kat u pulak aku kurang jaga tentang aurat. Aku kecundang lagi.

Pakcik aku pernah marah, dia tanya mana niqab. Aku senyum. Dia cakap nak pakai, pakai betul2 jangan main2. Aku memang tak pakai niqab kalau melibatkan keluarga besar kecuali keluarga kecil aku sendiri. Sejak kena marah aku pakai betul2. Tapi lagi sekali aku kecundang. Aku on off lagi pakai. Aku memang nak sgt terus on pakai niqab tanpa off.

Buat kali pertama tahun lepas aku beraya pakai niqab. Tapi tahun ni aku tidak pakai lagi. Aku sudah simpan semua koleksi niqab aku. Dan aku masih menjaga aurat aku dengan baik walaupun kadang2 kecundang bahagian lengan (tak pakai handsock). Raya tahun ni aku tak pakai dah. Mak ayah pun tak tanya mungkin mereka faham kot.

So aku harap kalau kita dah tak pakai niqab lagi tolonglah jangan tanya. Kita ada sebabnya sendiri. Kadang aku takde jawapan bila ada orang tanya mana niqab tapi aku berharap lepas ni takde orang tanya mana hilangnya. Niqab ada, tapi sudah simpan rapi kerana aku tidak sanggup untuk merosakkan title niqabis atas sebab sikap aku yang hipokrit. Aku tak nak jadi penghancur niqabis yang ada. Jujur aku katakan. Aku pandang tinggi golongan niqabis. aku akan pakai balik niqab ni bila aku dah kawin (jika diizinkan suami) dan aku harap aku akan jadi lebih baik.

Buat golongan niqabis, mohon jaga peribadi kalian sebagaimana kalian menjaga sehelai kain itu di muka. sama2 kita tarbiah diri tanpa mencemarkan imej niqabis. Nak2 pulak akhit zaman ni.. sekian.

– Ex Niqabis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

140 Comments

  1. ak ad prati sorang niqabis ni..trkjut ak bila tgk cara prckpan dia…badwords yg dlm bi tu ala standrd zmn skrg brckp kan dia konon2 tiru mat salleh, sebut mcm2 prkataan buruk..melatah pn sbut badword..sbb dia niqabis…dia slalu ckp “jgn judge niqab aku atas sikap aku”
    .dia pun rmai kwn lelaki dn kdg2 dpn2 org pun dia blh usya lelaki2 yg mcm islamik tu..ya Rabbi aku xtau nk ckp cmne..aku just prhatikan dia je…
    cuma ak trfkir..apa yg xkena ngn dunia skrg…mcm2 hal..kakak2 ak pun brniqab tp niqab tu yg mngajar dia untuk brsikap solehah…em tah la..

  2. Ak xpaham apesal perempuan malaysia yg tinggal di malaysia nk pakai niqab….kalau duduk pdg pasir habuk masuk hidung susah nk bernafas tu lain cerita lah…lgpun majoriti ak tgk bkn sbb betul2 nk mnjaga tp sbb trend semata..sahsiah ke laut….berniqab tp gelak mengalahkan langsuir menarik perhatian lelaki….berlambak ak jumpa yg teruk dr yg baik…dulu ak mmg respek golongan ni….tp sekarang….hmmmmm malas nk cakap..sorry lah sapa yg terasa….xsemua but majoriti…tp bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga….

  3. tak kesah la nk pakai niqab ke tak.. tak salah pun kalau on off.. cuma.. saya rasa laaa.. tujuan berniqab tu adalah perkara yg buat seseorang mampu istiqamah.. kalau tujuannya benar dan kukuh.. maka kukuhlah.. so b4 pakai niqab.. tanyakn tujuan dulu.. baru kita boleh go on.. jgn ikut-ikutan.. kalau ikut² semata dah tentu kita xde tujuan yg jelas.. kalau at first kita ikut2, cuba lah develop tujuan tu.. xsalah pun.. slow²..

    pandangan saya, sekadar pandangan.. nk pakai niqab x semestinya tunggu perfect.. bagi saya niqab tu adalah motivasi utk kita jd lebih baik.. bkn dgn pakaian tu kita jd down sbb kita xcukup baik.. jd, bila pakai niqab, akn bantu kita utk terus menerus improve diri kita dr segala sudut.. just my opinion.. :) tp ikutla.. setiap org cara motivasinya berbeza..emm tp kalau mmg nk pakai utk selfie dan trend semata.. SUMPAH SAYA CAKAP TAK PAYAH…

  4. Be tough dear..awk x salah..asalkan tutup aurat pun dh ckup..cumanya,muhasabah diri banyak2..i know u feel empty and lost inside..bnyakkan muhasabah diri..baiki hubungan dgAn parent,dan sesama manusia..ignore people’s judgment..u know yourself better..

    • Dia pakai niqab sb apa? Bnda x wajib, tp dia buat mcm wajib.tp x salahkan dia sb kalau dh biasa…nk buang yg biasa tu .susah sket..lani dia kna buat perkara wajib dlu…mcm pakai stokin n handsock…hat tu dia kna pikir…hat niqab ni…sb tu sblm pakai, kna kental…kna ilmu penuh d dada…nk pakai boleh..cuma bila dh tgal tu..kna hadap org sekeliling….sb tu nk pakai pn, kena ada ilmu..bkn saja2 nk.pakai

      #peringatanuntukdirisndirijugak

    • yup..stuju..ni la yang wa ckp tu
      purdah bkn trend …
      sbb takut menjatuhkan imej islam..bila pakaian x selari dengan perbuatan..
      kesian pada yg pakai purdah dan menjaga perbuatan ..tapi dipandang serong..gara2 mereka yg menjadikan purdah is trend..:)

    • Lain plak dgn pakai tudung labuh…bila pakai..org automatik akan cop ” ni ustazah neh”…bia laa dia bru bc iqra’…nk bezakam.bnda wajib n.bkn wajib…nk pakai tudung labuh, sb bnda wajib..wajib tutup aurat…ilmu kurang leh cr…tp kalau pakai niqab, bnda x wajib…paham x? Hahaha…

    • haha..kesimpulannya biarlah pakai purdah bila ilmu penuh di dada..tapi pakai tudung wajib labuh tutup dada.
      jgn ikut2 sbb trend..

    • Ya benarrrr Emy Shahida…. buat bnda wajib…stokin, tudung labuh, handsock..tutup aurat lah sng cita…hehehe

  5. Satu je nak pesan . Buat sesuatu niatkan kerana Allah . Mungkin sbb kau just utk suka2 jd kau tak rasa nikmatnya . Kau tak rasa manisnya . Family kite terus macam mana pun menjadivtanggungjawab kita utk menjadikan diri kita lebih baik . Semoga Allah sayang .

  6. cuba orang y psoalkan wajib xwajib pakai niqob.. nape nak pakai niqob..pakai niqob je ke leh jadi baik.. cuba… cuba.. cuba korang pakai… then tgok dalam cermin.. stay pakai niqob for a week…. cb.. mohon cuba..

  7. Cerita kita sama cuma sy tak pakai niqab dan sis pakai niqab. First of all,sy cerita pasal diri sy bukan sbb nak bukk aib,hanya sharing and mana tau u al bole ambik pengajaran. Sy dulu pakai tudung labuh yg bulat tu. (Ala setazah gitu). Sama jugak mcm cerita sis di atas cuma bezanya sy tak pakai niqab dan pd saat sy decide nak sarung tudung labuh bukan atas paksaan atau desakan siapa2. Background family pun bukan dari orang alim-alim,biasa2 saja. Bila sy pakai tudung labuh,masa awal form 5,adayg sinis,ada yg supportive andmcm2 komen. Tp sy buat pekak telinga sampai masuk kolej buat dip. Alhamdulillah dpt kawan yg solehah. Pegi usrah and denga majlis ilmu buat sy rasa mcm tenang. Susah nak gambar perasaan tu. Dipendekkan cerita,sy masuk alam pekerjaan dan dunia sy berputar 360 darjah. Sy tak terlibat laa dlm gejala sosial cuma dari segi pemakaian dah berubah. Totally berubah. Mungkin boleh org gelar sy ‘culture shock’. Tp sy sedar satu benda. Utk berubah bukan senang. Akak naqibah sy bgtau,’pakai dulu tutup aurat and baru istiqomah dl amalan. Bila kita tutup aurat,kita rasa malu nak buat maksiat’
    Sy tidak menidakkan kata2 akak naqibah. Cuma sy ada pandangan yg berbeza. Utk berubah,jagalah solat. Jaga solat sebaiknya. Kemudian slow2 tambah dgn solat sunat. Solat jangan ala kadar. Maksudnya asal solat. Jgn bercerita amalan kita. Mngaji al-quran jgn tinggal. Kemudian istiqomah dalam amalan2 yg mampu memantapkan iman. Bila hati n iman dah kuat. Xpayah nak rasa2 nak pakai niqab ke tudung labuh,mmg hati tu rasa malu tak tutup aurat. Malu dgn Allah. Then istiqomah la dlm melakukan ibadat. Bukan senang! Org boleh cakap apa depa suka. Tp biarlah Allah tahu penghijrahan kita. Biar merangkak. Biar payah. Asalkan ada langkah. Pesan sy. Jgn terlalu drastik ubah pakaian. Tp iman tak mantap. Sedih bila kita berubah 360. Semua nikmat dikelilingi orang soleh Allah tarik sbb malas nak usaha. Semua sy dh rasa. Jadi perlahan lah didik hati utk cinta Allah dan rasulNya.

  8. Yg penting hati. Dlu aq ingat niqabis baik la sgt, skrg bg aq niqabis nie srupa ja 2×5 bila kat blakang kita… Sbb tu tuhan pandang hati. Lagi satu prmpuan zaman la kurang adab dan malu.

  9. Ada kawan saya, dia pakai bila pergi public place je. bila jumpa sedara2 atau menuntut ilmu dia tak pakai pun niqab. Tak perlulah dgr sangat cakap orang. Pakai niqab walaupun belum baik lagi, cuba la perbaiki akhlak dari hari ke hari.

  10. Nak pakai ke tak nak pakai tak pe lah itu sunnah je bukan wajib pon,yg wajib tutup aurat full itu hanya pilihan tapi bila pakai kene betol jaga,ada yg pakai niqob nih bila jalan sorang2 dia pakai bila dia jalan dgn keluarga dia tak pakai.cuma bila start pakai tu semua kene jaga2 kene hati2 ye lah takot org aim kita banyak ilmu padahal tak pon,sbb saya pon on off gie kerja tak pakai..hehehe

  11. Biasalah orang tanya sebab sebelum ni dia pakai niqab. Orang tanya tu kadang kadang nak mulakan perbualan jer. Tak payah nak sentap sangat. Jawab dengan akal bukan dengan emosi. Katalah belum sedia nak pakai buat masa ni. Korang pakai kerana Allah, istiqomahlah kerana Allah. Tak payah pikir sangat apa orang cakap. Bukan diorang akan tentukan syurga dan neraka ko.

  12. niqabis yg sy nmpk sgt terbaik adlh slh sorg dr kakak angkat sy. Kak Aisyah namanya, dia sorg yg berkulit putih,cntik rupanya ala2 wardina. dlu sia skolah mengah biasa,jangkau masuk U,rmai laki suka pndg2 dia smpaikan lecturer nk tackle dia. lama2 tu dia dh mula palai tdung labuh…x lma lps tu plk dh pakai purdah.. sy dh fhm sbb apa dn mengapa dia smakin upgrade ttg pjgaan diri dn aurat serta elak dr fitnah sbb laki2 yg suka2 kt dia.. shinggalah dia kahwin skrg ni Niqab dia ttp pkai. ada org bila rupa makin lawa makin nk tnjk kt lua, tp kak Aisyah ni sy tabik kt dia… bknnya dia prasan dia lawa mnybabkan trpksa pakai purdah tp dia rimas dn cemas dgn keadaan skeliling. katanya hdupnya lbih tenang dn slamat bila berniqab
    jadikan panduan dn iktibar dlm crita kak angkat sy ni ye

  13. terkadang sebenarnya. mmg betul org selalu persoalkan why kena pakai niqab dulu baru nk tutup aurat. baru nk jaga semua. tp rasanya. xsemua yg faham kot. “perasaan” org yg tgh brgelut utk istiqamah dan berubah. bila pakai niqab tu dtg 1 perasaan mmg nk jaga sgt aurat. sbb? stokin handsock mmg automatik akan pakai. mmg betul. alaa xpakai niqab pun blh je jaga aurat. alaa. jaga aurat dulu baru pakai niqab. tp. tu la. manusia. brbeza2 jalannya. penyelesaiannya. xpayahla judge org kalau stakat kata2 mnimbulkan prbalahan or cacian pd org lain. baik baca. diam. hadam. ambik mana yg baik. jauhkan mana yg buruk. simple.

  14. Salah tu! Keep on going and cari punca kecundg, then overcome it.
    Why wait until kawin? Ingt dh kwin ad husband nk protect and ingt kn selalu? Tu blom kira bab in-laws fmily suke ke tk suke ke. No~ kalau suami pksa sklipn klu hati kata tk mahu, suami tkleh buat ap.
    It’s from YOU.. I has to come from INSIDE YOU
    nk kuatkn diri, it starts NOW!
    Akk tk marah but akk sbg niqabis nk tegaskan bhw kalau u nk pkai, make sure you know why you put it on. Then bru u akn tetap kuat.
    Start again sis, start again and keep on improving.
    I’ll make duaa for you

  15. Ok je nak pakai ke tak. Tak wajib. Tp bab handsock ngn stokin tu pakai la kan. Sbb wajib tutup n mmg kena istiqamah. Awal2 mmg selalu lupa. Tp ajar diri kita setiap Kali nak kuar rumah p pakai stokin. Lama2 lekat la. Stokin n handsock tu.

    Sy pernah alami benda Ni. Mmg bila pakai niqab diri kita lebih terjaga bila kita berseorangan. Akhlak pun makin terjaga. Jarang kan kita lihat niqabis ketawa tebahak2, terlompat2, makan gelojoh, pakai seksi. Kita tak berani buat benda pelik bila berniqab. Ia depends Kat masing2 la. Ada niat mmg nak menjaga. Maka, terjagalah dia. Tp ada niat yg nak perhatian.. Sbb tu ada yg pakai niqab, Tudung jarang, Tudung pendek, makan ngn bukan mahram, tak pakai stokin, tak pakai handsock, pakai make up tebal pastu contact lens berwarna nak suruh org tgk Mata dia.

    Kita tak dpt nak tahu apa dlm hati org lain.

    Tp bila dah kawen, sy tak pakai dah sbb BG sy da ade “bodyguard” setiap Kali keluar. Bodyguard ni pulak mmg selalu akan “sound” kalau tgk kelakuan sy pelik sikit. Huhu..

    Pedulikan kata org. Yg penting buat apa yg rse terbaik untuk diri masing2 kerana Allah ;) <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *