tanpa tajuk – random speaking

Kata seorang sahabat aku, "Orang yang beriman ni sekali dia bertaubat, dia terus berubah secara drastik. Jangan pelik.Kalau seorang yg tak menutup aurat atau kurang sempurna menutup aurat, memang boleh berubah slow²,tapi untuk kes maksiat ni, kena drastik. Kalau tak, syaitan pasti menyelit juga ikut celah mana pun". Serious aku cakap, kata²nya memang meresap dalam hati aku yg baru melakukan dosa tertentu. Moga Allah mengampuni aku!

Cuma, the thing is, kisah silam itu mana mudah untuk aku lupakan. Dari sebuah persahabatan kepada perasaan yg agak lain. Dari kelalaian kepada perubahan. Mudah untuk dia berubah, tetapi tidak mudah bagiku. Kerana ini soal perasaan yg hadir tanpa dipinta. Barangkali juga kerana au seorang perempuan, fikiranyya jauh berbeza dgn lelaki. Dari soal persiapan utk menghalalkan hubungan kami, semuanya aku fikir. Bukan tidak menyibukkan diri dengan urusan lain tetapi kerana ini fitrah. Fitrah yg harus dikawal sebaik mungkin.

Bila ada tanda² yang baik ke arah matlamat itu, hati mana tidak bahagia. Seperti ingin diceritakan segala²nya pada dia, namun matlamat tidak menghalalkan cara. Lebih² lagi, bila dia decide utk bertaubat. Aku tahu ini terbaik utk kami, namun, perasaan itu seperti payah utk dikikis. Apapun, aku percaya, semua ini takdir Allah, agar aku kembali pada Dia. Agar aku bergantung harap sepenuhnya pada dia. Agar aku meletakkan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. melebihi apa yg ada di muka bumi.

Saat ini, hatiku alhamdulillah mampu berlapang dada dgn segala ketentuannya. Hari demi hari ada sahaja hikmah dan perkara yg Dia ingin tunjukkan padaku. Alhamdulillah. Tetapi jujur aku katakan masih ada sedikit harapan agar dia menjadi zaujku suatu hari nanti, dgn izinNya. Ingin aku mengutip pahala dgn mentaatinya sebaik mungkin, bersama² susah dan senang menghidupkan syariat Islam dan sunnah di segenap sudut yg kami mampu. Tetapi itulah, tidak ku pasti apakah aku layak utk menjadi pendamping utknya. Biarkan sahaja Allah yg merancang!

Terkadang terasa ingin gelak apa tujuan aku post di confession ini. Besar kemungkinan, yg aku sendiri tak pasti, mengharap dia baca, juga nasihat dari sesiapa sahaja yg memba post ini. Sukalah juga diriku andai ada sesiapa yg ingin berkongsi cerita sekiranya ada yg mengalami peristiwa yg sama sepertiku. Dan akhir sekali, aku mohon doa dari kalian semua buat kebaikan diriku dan agamaku,agar aku dapat menghadapi hari² yg mendatang dgn lebih baik, jauh dari maksiat kpdNya. Doakan juga agar kami disatukan andai itu yg terbaik buat diri kami.

May Allah bless all of us. In shaa Allah.

Salam persaudaraan dari saya,S. Jom sebarkan kebaikan dan senyuman kpd sesiapa sahaja!

– s

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *