Tarbiah time kecik – 8:47 AM

Tarbiah time kecik

Salam. Okay ni kongsi tarbiah yg aku dapat dari kecik. Sbb bila tgk n campur keluarga lain mmg aku boleh dapat rasa beza dia. Ni hanyalah perkongsian.

Ayah ibu aku bukanlah ustaz or ustazah. Tapi ayahku seorang professional dan ibuku surirumah. Kami adik beradik dididik dari kecik pasal agama dgn boleh katekan kuat jugak (sbb aku pernah dgr cerita yg lebih dahsyat lg).

Ok. Klo mengenai solat. Mmg ni lah yg paling strict skali. Klo keluarga biasa, emak ayah akan bising suruh anak solat…. tapi kami, dah kena bising 5minit sebelum azan lg. Kira kena buat persiapan sblm masuk waktu solat lg. Yg laki2 wajib solat di masjid. Klo ayah tgk x solat rawatib akan ditanya kenapa. Lps solat xleh terus bangun tapi kena ikut skali imam zikir smpai lah doa dan bersalam ramai2 seprti kt surau2. Dan klo contohnya semua ahli keluarga terlambat bangun… kita akan still solat jemaah ramai2 kt rumah. Solat2 sunat lain seperti dhuha dan witir pon jadi amalan harian.

Aku start pegi masjid dari umur kecik lg. Tapi mula pegi full time bila aku dah masuk skola rendah, umur 7 tahun. Sbb time tu dah pandai berdikari sikit. (Sbb pernah jadi kes aku terkencing dlm masjid. Habis kecoh. Kesian ayah kau kena cuci carpet. Hehe…Mana x nya… aku kecik n takut nak pegi bilik air sbb gelap. Baru 5 tahun beb).

Aku akan ikut ayah solat 5 waktu di masjid. Ingat lg masa darjah 2, pagi2 sblm subuh aku dah bangun mandi siap pakai baju skolah. Bila azan je akan terus naik keta ikut ayah pegi masjid dgn beg skola skali. Lps solat, ayah akan duduk berzikir… dan aku akan disuruh menghafal surah2 juz amma. Bila ayah dah habis solat ishrak, aku kena tasmiq dgn ayah ape aku hafal. Lps tu barulah akan dihntr ke skolah.

Malam pula, solat maghrib di masjid dan akan duduk smpai ke isha. So bila ada ceramah or baca yassin… kita akan join skali. Banyak perkara yg aku blajar walaupun sbnrnya byk lg main. Dah besar kadang2 baru perasan. Aku masa tu pon dah terhafal surah yassin sbb setiap minggu baca. Lps isha klo ada kenduri arwah dan baca tahlil… kami akan ikut skali. Aku paling semangat sbb biasanya ada makanan. Kuih muih pon sudah mewah dan cukup utk aku.Itulah juga sbb aku jadi famous sikit dgn pakcik kt masjid. Mereka semua kenal n sayang aku.

Klo bab quran pula… aku start jalan kaki ke masjid masa umur 5 tahun dgn abg n kakakku utk baca iqra. Umur 6 tahun aku sudah pandai membaca quran.( kakakku masa dia umur 6 tahun dah hafal juz amma). Pernah skali sbb pindah rumah… ayah terpaksa panggil ustaz dtg rumah dan check kami baca sbb masjid jauh. Quran mmg kami hari2 baca.

Bulan ramadhan lg special.. setiap kami akan berlumba2 nak khatam quran dulu. Kami adik beradik semua dah start puasa full masa umur 6 tahun biasanya. Kadang2 aku pelik jugak sbb kawan2 yg besar dari aku x puasa. Hermmm… Teraweh jgn cakap la, 20 rakaat tu mcm dah biasa je dari kecik. Jarang tinggal kecuali sakit. Ada malam pulak (selalu 10 akhir) kami akan bangun awal n buat amalan ibadah masing2… baca quran, solat, zikir etc smpai lah sahur.

Ayah ibu aku bab agama ni mmg garang. Aku ni pulak nakal… biasalah laki kn. Main bola, panjat pokok, gaduh, buat hal sana sini. Bila balik rumah mesti baju dah hancur lebur, luka sana sini. Tapi ayah ibu klo marah pon x seperti klo aku lambat solat.

Ok2,x sedar yg dah type byk. Xnak amik masa korg dan aku sengaja tulis ayat mcm ni supaya nmpk santai sikit. Xnak stress2 n formal sgt.

Sedikit dariku… walupun aku tulis ini semua nmpk baik… tapi ketahuilah bahawa setiap org melalui kesusahan hidup juga. Begitulah juga aku. Tapi mgkn setiap org dlm perkara2 yg berbeza. Bersabar dan harungilah dia dgn tabah.

Disini aku tulis hanya positive sbb nak kasi contra sikit confession kt sini. Byk negative… so, apa salahnya sekali sekala kasi positive lak.

Jadi itu jelah yg aku nak share pasal tarbiah aku masa skolah rendah. Sekolah menengah lain pulak cerita!? Umur 15 tahun aku dah jadi imam terawih. Bila dah kt UIA pon lain. So, klo korg rasa benda mcm ni bermanfaat, aku try tulis lg.

Wassalam

– anak ayah dan ibu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *