Tawar Hati Dengan Suami

Ini kali ketiga aku hantar artikel ke IIUM Confession. Hanya ini je cara aku mmapu meluah segala yang terbuku di hati tanpa menyakiti hati siapa2 selain hati aku sendiri.

Aku penat jadi isteri. Aku bosan dengan nama gelaran isteri tu.

Aku bosan dengan double standard kepada wanita di Malaysia. Aku bosan dengan masyarakat yang memomokkan wanita sebagai hamba kepada lelaki. Aku dan bosan. I’m tired of it.

Aku sangat takut kalau mengandung anak perempuan, apalah nasib dia di masa depan. Aku takut.

Aku dah almost 3 tahun berkahwin. Sepanjang usia perkahwinan, suamiku selalu outstation. Semua tugas rumah dan jaga anak diserahkan kepadaku.

Dalam masa yang sama, aku punya kerja sepenuh masa. Aku juga insan yang perlu jaga keluarga sebelah suamiku. Aku yang hantar kakak iparku ke hospital, belikan grocery rumah mertua, dan sebagainya.

Even hal rumah seperti masalah lampu, longkang tersumbat, setting internet, paip dalam dinding pecah, water pressure rumah yang problem,

Segala macam hal2 maintenance aircond, safety net for balkoni apartment, dan pelbagai benda2 ni semua aku kena settle sendiri.

Suami aku langsung tak berinisiatif tolong aku bab rumah. Yang dia buat bila balik rumah sebulan sekali, membebel tentang hal rumah. Sedang aku cukup penat.

Aku ada anak kecik yang masih menyusu penuh (rancangannya nak menyusukan sehingga umurnya 2 tahun). Aku cukup penat.

Kalau ikutkan hati, aku nak label suami aku incompetent. Sudah la tak mampu menyara keluarga, minta ehsan isteri bekerja membantu financial keluarga, tapi langsung tak appreciate apa yang isteri buatkan.

Dia juga sentiasa complaint hal kerjanya kepadaku at least 3 kali sehari sehinggakan aku dah bosan nak support dia emotionally.

Bagi aku, dari hal kerja pun dia incompetent. Bila disuruh tukar kerja, dia takut. Konon tak confident.

Aku juga cukup bosan nak pujuk suamiku yang cepat merajuk. Segala permasalahku dia kira aku cukup independent untuk settle sendiri.

Dia hanya jawab ohh bila aku usulkan masalah aku. Jujur aku dah cuba sebaik mungkin cakap baik2 dengan suamiku.

Perasaanku aku pendam untuk cover hari2 kerjanya yang hari2 stress. Setiap kali aku tengok suamiku, aku hanya boleh fikir “incompetent person”.

Aku tak boleh bayang hidup masa depan aku dengannya bagaimana. Aku fikir dia bukan orang yang aku boleh bergantung harap. Hal kereta pun aku ekena settle sendiri.

Aku yang study dengan foreman pasal part2 kereta, aku yang bayar, aku yang study pasal maintenance rumah, pasal contract2 yang suamiku sign untuk rumah.

Padahal dia yang beli rumah ini sebelum kami berkahwin. Patut dia selidik segala dokumen sebelum sign.

Dan paling kelakar suamiku bukanlah orang yang tidak berpelajaran. Dia graduates engineer dan bekerja sebagai professional engineer.

Aku pun ada bekerja dalam bidang yang sama dan ada background yang sama. Cuma aku tak faham, kenapa dia incompetent as f*ck!!

– Munirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *