Tawar Hati Dengan Tuhan

Biasa dah dengar pasal tawar hati ni dan aku pun banyak kali rasa tawar hati. Dengan ramai oranglah. Dengan family dengan kawan dengan partner.

Tapi kalini aku sendiri macam rasa numb sangat sebab aku rasa tawar hati dengan Tuhan. Aku rasa dah beberapa tahun rasa ni ada dalam subconscious mind aku.

Astaghfirullah. Mengucap. Ya. Aku bukan tak percaya tapi aku tawar hati. Belum give up alhamdulillah tapi aku kosong?

Bukan pasal aku usaha doa tawakal tak dapat. Itu normal bagi aku sedangkan nabi dan rasul pun berjuta kali doa tetap diberi peringatan pengajaran apetah lagi aku yang far from maksum ni.

Tawar hati rasa kosong. Rasa aku bermuka-muka sangat dengan Tuhan sendiri. Aku solat aku ngaji aku doa tu macam benda yang dah melekat kat kepala, so aku buat tapi aku rasa numb.

Kalau orang tawar hati dia tak putus hubungan tapi effort tu hambar. Awkward dan sangat pretentious. Walaupun buat berhari-hari tapi tetap hambar.

Aku tak rasa nikmat or seronoknya berdoa dan beribadah. Hidup aku banyak kurang. Banyak sangat tapi aku tak pernah salahkan Tuhan. Aku tau aku diciptakan untuk jadi contoh terburuk bagi manusia zaman ni.

Menyusahkan keluarga, tak ada kerja, hutang sana sini, hari2 buat maksiat, hidup kat dunia merana kat akhirat binasa dan tu semua aku sedar tapi aku tak buat apa-apa.

Kadang aku bosan aku terlintas Ya Tuhanku, aku bosan. Aku nak ni. Harini jadi macam ni tapi aku rasa tawar. Tak ada rasa sedih tak ada rasa marah dengan diri aku, hiba, gembira yang betul2.

Just setakat doa cakap dan buat. Aku dah hilang nikmat ibadah hilang nikmat doa dan nikmat berTuhan. Aku bersyukur tapi rasa tu kosong. Sangat kosong.

Aku dah tak mampu nak marah bila benda buruk berlaku, nangis, ke malu ke even benda yang cam happy bila sambut birthday ke apa aku akan pakai topeng depan orang dan tak rasa apa-apa.

Putus harapan dengan Tuhan? Tak. Aku percaya semua janji Dia. Cuma tawar setawar-tawarnya dengan Tuhan dan kosong sekosong-kosongnya hidup.

Aku bersyukur masih hidup tapi aku tak rasa aku patut hidup? Aku ni eksperimen Tuhan ke kadang aku terfikir macam tu. Kenapa orang sebaya aku macam ni tapi aku lain?

Kenapa ada orang boleh rasa manisnya hubungan dengan Tuhan tapi aku tidak? Ibadahku jauh dari cukup dan sempurna bila aku try perbaiki aku still rasa kosong.

Mungkin aku diuji dengan rasa ni pada akhir zaman ni sebab macam aku cakap aku dijadikan untuk menjadi contoh yang terburuk kat muka bumi ni.

Semoga tak ada siapa pun rasa macam aku evven musuh aku. Aku tak akan cakap aku harap orang yang aku paling benci sekali dekat muka bumi ni tak rasa apa aku sebab orang tu adalah aku.

Maafkan aku Tuhanku. Aku hanya hambaMu yang hina. Aku tak tahu nak buang rasa rawar hati ni macam mana.

– Bintang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam penulis. Bagi pendapat saya awak tawar hati dekat Allah sebab Allah tak beri apa yg awak minta ke @ awak tak berpuas hati atas segala pemberian Allah kpd awak? Bagi saya jika awak hendak merasakan manisnya iman, awak kena kenal dulu sifat² Allah dan senantiasa berasa bersyukur. Tgok sekeliling awak dan hargai sekecil² nikmat yg Allah beri untuk awak. Khalifah dijadikan di atas muka bumi untuk diuji sepaya pemenangnya boleh mendapat hadiah (syurga) diakhirat kelak. Manusia adalah makhluk yg paling tinggi dan mulia di sisi Allah. So jika melakukan ibadat, jgn sesekali merasa ibadat awak paling sempurna. Keep searching & learning. Semoga awak merasa segala nikmat dan sentiasa bersangka baik dgn Allah. Allah yg selalu menepati janji-Nya & senantiasa bersama kita. Bukan manusia.

  2. Rasanya adik ni Blum LG mhadapi ujian hidup yg benar2 diuji. Dan adik ada sifat x kisah dgn sekeliling. Adik Kene ubah cara adik tu. Hidup Kene ada target dan selalu pikir kepentingan diri sndiri, mak ayah, keluarga juga bangsa dan agama. Jgn biarkan aku hidup dlm blues dik.. rugi. Blum terlambat. Pcayalah bila kita hidup bermatlamatkan utk mbahagiakan ibubapa, keluarga, masyarakat dan agama, adik akan dpt vibes untuk bdoa sgguh2 dan lakukan yg terbaik kerana Allah Taala.

  3. Saya faham perasaan Bintang ni..rasa useless heartless camtu kan…
    1. Banyakkan solat taubat. Bila kita sedar kita takde rasa manis iman tu permulaan Allah nak sesuatu dari kita.
    2. Baca atau dengar sirah Rasulullah. Cari di Youtube kisah Nabi di Taif. Kisah Nabi dengan sahabat. Ini antara cara nak hidupkan hati yang mati.
    3. Kenali diri sendiri. Tanya diri dan tulis. Apa tujuan kita hidup? Apa maksud nama kita? Bagaimana pengakhiran kita husnul khatimah ke tidak? Bagaimana nasib kita dalam kubur? Macam mana kita nak melintas titian sirat dan melepasi hisab Allah? Allah suka hamba yang macam mana? Nabi suka umat yang macam mana? Akhlak kita dengan ibu bapa?
    4. Buat/khidmat/sumbang sesuatu kepada keluarga, sedara, sahabat atau orang lain. Contoh dengar luahan masalah kawan, bantu mak ayah buat kerja rumah, ceriakan kenalan yang sedang runsing bla3 .
    Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *