Salam. Hai.
Wonder sometimes how technologies would effect our life kan?
Aku ingat nak cuba cerita berdasarkan pengalaman,tapi nanti jadi buka aib..
Teknologi sekarang sangat sangat memudahkan hidup kita. Tapi teknologi jugak kadang kadang membunuh sesebuah perhubungan. Setuju? Aku tak kata semua. Tapi mungkin kebanyakan..
Dulu telefon pintar mahal tapi kegunaan tak secanggih sekarang tapi oa mengeratkan perhubungan bila berjumpa takdelah kita semua tengok telefon dan biarkan suasana menjadi sunyi sepi.
Namun sekarang, alah depan orang penting jugak kite mungkin tidak mengendahkan mereka…telefon lebih penting…bangun tidur…telefon yang kita cari..balik rumah check phone dulu.. sebelum keluar rumah phone dulu. Masuk kereta phone dulu. Apa phone dulu . Komunikasi pada dunia realiti jadi rapuh. Bosan sebab semua pada telefon kan? Facebook, instagram, whatsapp, twitter..dan sebagainya. Kita nak selongkar sepenuh penuhnya ape ada dalam laman laman sosial tu tapi apa yang ada depan kita kita biarkan…tak ambil tahu..tak peka. Apa kita dapat pun jika kita khatam semua tu tapi kita tak khatam sedalam dalamnya orang dihadapan kita? Hati serta naluri orang dihadapan kita? Sebabtu aku kata teknologi ni membunuh perhubungan…technology kills relationship…
Memang…tak semua…tapi ada. Wujud. Aku tahu. Aku mewakili semua yang terasa terbiar dan rasa teknologi ni membuatkan mereka jauh dari orang yang mereka sayang….
Cubalah tenung wajah orang sekeliling…kurangkanlah masa dengan phone anda…jika ada isteri atau suami, cuba buka topik dan sama sama bincang dari buka phone dan khatamkan segala macam dalam phone tu..jika ada anak anak, tenunglah wajah anak anak anda, mereka memerlukan kasih sayang anda….
Aku taktahu mampu atau tidak penulisan ini sampai ke hati orang yang aku mahu, aku cuba doa lagi. Moga memberi manfaat…
– Ju on
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Setuju…cuba off noti birthday kat fb.tengok berapa ramai orang ingat.
dah buat macam tu, xde sape pun ingat kecuali mak..
Untung la mak ingat..aku celcom je ingat..huhuhu
Buat macam tu jugak tapi strangers yang aku baru kenal pun wish birthday. Tak tahu celah mana diorang tahu birthday tu. Haha.
Tu petanda stalker tu..haha