Teguran yang berhikmah ?

Mungkin kita ada kawan nak tegur, tapi takut dia terasa, takut dia bermasam muka, kalau boleh kita nak nasihat dengan cara yang paling berhikmah, tapi kita tidak tahu bagaimana caranya. Berikut adalah cara yang berhikmah, mengikut pengalaman saya. Terdetik rasa nak berkongsi. Manusia tidak terlepas melakukan kesilapan,saya juga buat kesalahan tetapi saya cuba untuk baiki kesalahan tu. Setiap manusia juga ingin berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit. Manusia kadang2 tak sedar perkara yang dibuat itu salah. Jadi tugas kita untuk nasihat supaya dia tidak mengulangi kesalahan tersebut. ?

Antara cara paling berhikmah, cakap berdua dgn dia atau di tempat yang tidak ramai orang, kalau di bilik, kunci pintu, jgn cakap depan orang, takut ia salah faham walaupun niat anda baik, kemudian, sebelum tegur tu, fikir ayat yg paling berhikmah, sebaiknya tulis apa nak cakap / taip di note apps supaya tak lupa nak cakap apa dan lebih tersusun, sama ada tegur direct atau berlapik, terserah… kalau nak guna dua2 pun boleh, Step nak tegur..

1) Intro dulu, (jangan bagi ayat yang provoke atau bahasa mudahnya, ayat yang cari gaduh), maksudnya bagitahu apa tujuan nak cakap dgn dia,
Contohnya, sebenarnya aku nak cakap dgn kau ni, aku nak tegur sesuatu pasal kau ni, aku rasa tak elok simpan, takut jadi dendam, tak baik satu rumah masam muka, aku kena hadap kau hari2, kau pun kena hadap aku, kalau aku ada masalah tak sedap lah pendam je kan .. aku harap kau dapat terima, kau nak dengar tak ni? Kalau dia cakap ya atau sama maksud dengannya, teruskan, kalau tak, hold dulu..
Sebab mungkin orang tu sibuk, kalau cakap pada masa ni, dia akan dengar gitu-gitu jelah, tak ambil serius sebab otak dia dah fokus kat benda yang dia nak buat.

2) Isi – Isi.. Maksudnya terus bagitahu apa salah dia kemudian bagi contoh kejadian,dan kalau boleh bagi berlapik sikit supaya dia mudah terima, kebiasaannya diorang tak sedar/ingat diorang buat salah.. Contoh, aku tengok kau ni jenis yang mulut yg cakap main lepas, tak baik tau.. Ramai yang terasa dengan kau,ada yang mengadu kat aku, aku pun tak sedap nak dengar diorang kutuk pasal kau, kau ingat tak masa kejadian sekian sekian, aku tengok muka diorang berubah(kesan perangai kawan kau), kau boleh je cakap baik2 kan, kau tak suka kalau orang buat macam tu kat kau kan? (beri cadangan apa yang perlu diperbaiki) , kemudian sambung dgn kesalahan kau(berlapik), Contohnya, aku dulu bukanlah baik sangat dulu, aku dulu lagi teruk daripada kau(nyatakan kesalahan yang anda pernah buat), kemudian boleh selitkan sedikit dengan nasihat agama…

– Disini perlu cakap bergilir, dah cakap satu point, bagi dia peluang untuk dia bercakap pulak.
– Jangan bagi dia cakap masa kau cakap dan kau pula jangan cakap masa dia cakap. Kalau dia nak mencelah, cakap, "bagi aku habis cakap dulu boleh?, kalau kau nak mencelah, cakap "boleh tak aku nak ckp sikit? "
– Jangan lama sangat cakap, nanti jadi membebel pulak, haha.. ?
kalau boleh dalam masa satu minit, keep it short and simple.
– Pastikan takde perkataan yang buruk, mencarut supaya tidak menyakitkan hati orang yang dinasihat.

3) Penutup, yang ni untuk meredakan ketegangan.. buat ayat yang manis(sedap didengar) /lawak atau paling kurang pun buat ayat pengharapan macam dalam karangan spm tu..ikut kreativiti masing2.. Hehe ?
Contoh ayat :-
– Aku tengok muka kau dah lawa / hensem, kalau kau dpt ubah, lagilah hensem / cantik.. Tapi cantik / hensem kau tak boleh lawan aku lah, haha.. ?
– Aku harap kau dapat berubah lah, sikit pun jadilah, aku tak harap esok bertukar jadi malaikat, ubah sikit2, ambil masa kau, bukan mudah nak melawan nafsu, aku faham, kalau kau ada apa2 masalah, InsyaAllah aku boleh tolong.

Akhir sekali, korang boleh salam (biasanya lelaki) ,peluk atau cium(biasanya perempuan), boleh tambah dengan special effect iaitu nangis, haha.. untuk menunjukkan korang ni betul2 ikhlas nak nasihat dia, tak buat pun takpe ?.. Jgn lupa untuk senyum sekali.

Kalau orang tu macam tak dapat terima nasihat kau, biarkan je dia. Kita nasihat untuk kebaikan, bukan untuk keburukan dia. Yang paling penting adalah kita berdoa untuk kawan kita supaya dia berubah. Serahkan kepada Allah, kita dah usaha, Allah yang beri hidayah, bukan kita.

Peringatan di sini, kalau kita nasihat nak jaga hati orang, susah nak sampai, terus cakap je, tak semestinya kena sentap, kalau orang tu tak terasa dengan nasihat kita, mcm mana dia ada rasa nak berubah ye tak? Setiap manusia yang berubah pasti ada sebabnya. Moga dengan nasihat kita, dia berubah, berubah ke arah kebaikan. ?

Pandanglah kawan / sahabat dengan penuh berhikmah, jangan pandang dengan pandangan sinis, menghina. Carilah sahabat yang boleh ingatkan kita tentang akhirat. Kalau takde, kita jadilah orang yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Kalau ada apa2 penambahan nak tegur tentang cara ni, boleh tambah di komen, untuk memberi manfaat kepada orang lain. ^^v

– Mr M

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *