Teman Lelaki Sudah Terlanjur Dengan Ex

Saya baru je bercinta dengan seorang lelaki iaitu Z. Sebelum ni saya sangat susah nak terima mana mana lelaki. Saya jaga diri saya memang orang cakap kalau nak nampak saya sentuh lelaki pegang saja saja memang takda. Bukan nak cakap diri ni alim tapi saya seorang perempuan yang biasa biasa sahaja. Tapi pergaulan antara lelaki memang saya jaga. Sebelum ni ramai yang nakkan saya tapi saya tolak sebab saya memang dah tawar hati nak involve dengan mana mana percintaan.

Sampai la one day tu saya jumpa Z. Cara Z yang bersungguh dan sangat gentle buat saya terima dia. Kami pun dah berjumpa dengan parents masing masing. Even kami bercinta baru je.

Dipendekkan cerita paling sedih bila satu hari tu saya tahu yang Z dah pernah terlanjur dengan bekas kekasih dia. Allah.. Lemah sangat rasa masa tu. Bila jumpa Z saya rasa macam sakit sangat dada ni bila ingat apa yang dia sendiri mengaku dekat saya. Bukankah jodoh itu cerminan kita? Saya sangat jaga diri sayang dengan lelaki tapi kekasih saya/bakal suami saya pernah terlanjur dengan perempuan lain.

Sekarang bila saya jumpa Z saya jadi kurang suka dengan dia. Tapi kejam la saya jika saya hukum dia sebab masa silam dia. Saya dah terima dia baru saya tahu benda ni. Kalau family saya tahu pun mesti dia tak terima Z. Tapi Z memang betul betul sayangkan saya. Dia yang terlebih dahulu kenalkan saya dengan family dia. Apa yang harus saya lakukan? Adakah masih sempat jika saya nak patah balik..

– Alisha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

129 Comments

  1. Percayalah, lepas kawin ni benda ni akan jadi isu besar yg akan diungkit dan dibangkitkan. Lagi2 kite ni perempuan alim macammane pun ade je bnde nak diungkit.Sy berani jamin. Sy dah kawin sy tau la.huhu

    Suami sy xbercinta pun sebelum kawin. Tapi sebab sy dapat tau ade dua tiga perempuan minat n tergila2kan die mase die bujang dulu, benda tu la yg selalu sy ungkit bile gaduh. Padahal bukan salah die pun. Huhu. Kalau kes macam kat atas ni macammane la pulak gayenye..mesti lagi teruk kot kite punye ungkit…huhu.

    Better tggalkan. Selagi belum ada ikatan, kita ade hak memilih siapa yg akan jadi pasangan kite. Peace.

  2. Dik, kawen ni bukan untuk sehari dua. Nanti kita kena hidup dgn suami seumur hidup dia. Klu skrg dh hilang rasa hormat, caner nk hormat dia lps dh sah nanti?

    At the same time, we shouldn’t judge a person by their past sins. Klu ko yakin dia dh berubah and bertaubat, terimalah dia. Tak bermakna kita yg tak pernah berzina ni lagi suci dr dia pun. Darjat manusia kat mata Allah ni lain dr darjat kt mata manusia. Jangan pandang rendah kat orang yang zahirnya lebih berdosa dari kita.

  3. Tak ada orang yang tak pernah buat silap.. Mana ada orang perfect pun, kau sendiri pun kentot bersepah .. Kalau dia dah betul2 berubah tak salah nak terima dia.. Tu ha masa depan tu lagi penting nak hadap, belajar dari yang lepas for better life

  4. Jangan dengar pandangan orang lain putus atau teruskan,
    Lebih baik minta pertolongan dri Allah dgn bersungguh2..
    Minta pandangan orang y lebih arif, dari segi pengetahuan agamanya tinggi, y tak menyebelahi mana2 pihak..
    Sebab kalau minta pandangan secara terbuka, sis bole tgk sendiri.. Ade y marah2, ade y okay.. So nk minta pandangan biar y berilmu tinggi.. Dri sudut kematangan n agama

  5. Sebab perkara mcm ni lah buat kite tak boleh terima ex kite dulu .
    Bukan sebab kita nak menghukum keterlanjuran dia .
    Tapi sebab setiap masa teringat perbuatan dia dan si perempuan .
    Jadi untuk tak mengungkit di masa akan dtg dan mendatangkan banyak masalah ,
    Kita manusia biasa . Kalau kita tak mampu redha , Lebih baik lepaskan .
    Jangan lupa istikharah

  6. Istikharah…
    Kadang2 kita rasa sesuatu itu adalah baik untuk kita,padahal ianya tidak.
    Kadang2 kita rasa sesuatu itu buruk pada kita,padahal ianya adalah terbaik utk kita.
    Allah jualah yg maha mengetahui…

  7. Hmmm..Allah suruh kita tutup pekung kita sendiri..tp Z g bukak pulak..dosa tu dia dengan Allah..kita semua pun pendosa..klu taubatnya di terima mungkin dia lebih mulia dr kita….mungkin Allah bukakan hati dia utk cite sbb Allah nak anda dekatkan diri dgn Allah..istikharah tanya Allah apa yg sebenarnya Allah nak kita buat…redha n teruskan atau move on n cari yg lebih baik….tapi ingat, yg mengaku baik blm tentu baik…takut yg mengaku busuk ni yg lebih mulia

  8. U stalk hidup dia dulu. U tgk samada dia ni setia or tak. Klu dia jenis yg flirting around, kwn ngan pempuan berjela, mmg not trustable at all. Baik clash je. Tp klu u dh stalk hidup dia and dia completely dh berubah, give him 2nd chance ok dear.

  9. Jika sudah tawar hati dan tidak dapat terima kisah silam Z dengan hati terbuka, elok dilepaskan sahaja. Mengungkit kisah silam ini adalah antara perkara yang akan memporak-perandakan perkahwinan yang bakal didirikan sama ada diucapkan dengan sengaja atau terlepas cakap.

    Namun jangan ditolak Z kerana rasakan diri lebih mulia. Kerana siapa la kita untuk mengiktiraf diri kita lebih baik dari insan lain? Setiap manusia punyai kisah silam sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *