teman wanita

Aku seorang pelajar ipta di negeri selangor. Merupakan seorang pelajar jurusan kejuteraan mekanikal. Semasa di kolej aku sibuk belajar sehingga kurang bersosial dengan rakan-rakan.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari ada seorang wanita yang aku tidak kenal menyapa aku. Dan memberi aku sepucuk surat. Yang pasti surat tu bukan dari dia sebab dia cakap kawan dia bagi.

Dear awak,

Saya suka tengok perwatakan awak yang pendiam dan sentiasa fokus dalam pelajaran. Niat saya bukan nak goda awak, cuma nak bagi tahu saya betul² minatkan awak. Harap awk boleh terima saya.

Di belakang kertas tu ada sekeping gambar dia. Cantik. Bertudung labuh menutupi paras dada. Berjubah. Perwatakan memang muslimah. Aku ambil surat dan gambar tu terus masukkan kedalam saku.

Bila sampai di asrama, wajah perempuan tu sering bermain dalam fikiran aku. Aku mula tidak boleh fokus pada pelajaran. Lalu aku membuat keputusan ingin berjumpa dengan wanita itu.

Aku mencari orang yang beri aku surat, ya perempuan yang didalam gambar ada disebelah nya. Aku terus bergegas pergi ke arah mereka.

Setelah berkenalan dengan gadis tu, aku mula jatuh cinta dengannya. Setelah menjalinkan rasa cinta selama 5 tahun. Suatu hari aku mengajaknya kahwin. Dia cuba mengelak. Setelah aku sering mendesak akhirnya dia memberi tahu aku suatu rahsia yang sangat menghancurkan hati aku.

Dia kata "Awak, sebenarnya saya ini PONDAN".

– fahmi

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *