assalamualaikum.
.
selamat pagi admin hehe. nak cerita ni sbb rommates semua tgh study x sampai hati pulak nak kacau. tadi aku called mak aku, tak angkat. called lagi, eh angkatlah. tanya soalan borak itu ini (acah2 nak dapat semangat sebab final sem ni payah benar semangat nak study ni datang alahai) tiba2 tanya pasal kucing kecik kat rumah tu.btw, kucing kecik ni adik aku jumpa depan rumah sekor2 (baca : sorg2), dalam hujan pulak tu dengan mak kucing tu pun takde. so besar kemungkinan kena buang lah kut. so start dari situ kitaorang bela dia, adalah dalam sebulan dua dah, makan je tahu sampai buncit perut dia.
.
anyway, berbalik cerita tadi hm. saje lah tanya pasal kucing tu tiba2 mak aku cakap gini "oh akak tak tahu lagi eh" hm masa dengar ayat ni dah nervous dah.lepas tu mak aku pun cerita lah kucing tu dah mati, kena langgar. and aku macam, ha ?terus empangan pecah dan mengalir deras laju je taknak berhenti. aku tanya "macam mana boleh mati?" mak aku balas kena langgar dengan ayah aku. (of course lah ayah aku tak perasan kucing tu kat bawah kereta ke apa) wuwuwuw sedih benar rasanya weh tsk tsk. pastu aku end conversation sebab taknak mak aku dengar aku nangis. hm nak study pun takde mood ye lah kau hilang benda yg kau sayang dan kau jaga kut. last aku jumpa dia 2 minggu lepas tak sangka itu pertemuan terakhir :'(
.
aku xtau lah kalau ada orang kata "alahai kucing mati je pun, lepaklah" hmm rasa mcm eyy nak jentik2 je. tapi whatever lah, bukan korang tau pun siapa yang confess ni, tapi aku tau lah siapa yang komen nanti (kalau ada) hahaha
.
cukup lah kut. doakan aku exam lusa (Isnin) final sem ni wehh dan all the best siapa exam esok dan seterusnya.time2 exam ni lah mcm2 dugaan datang dengan demam lah, matrik kad hilang lah,kena saman lah jadi jaga diri dan jaga barang k :)
– final sem