Tengah Buntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Kenalkan saya Rosemary, 30-an.

Buntu sebenarnya dengan keadaan semasa..

Untuk pengetahuan semua, saya dah berkahwin selama 4 tahun tetapi 3 tahun kebelakangan ni diuji dengan suami dimasukkan ke penjara atas kes dadah. Saya bahasakan dia sebagai E sahaja sebab saya dalam proses tuntutan fasakh..

Bab kewangan memang menjadi 1 masalah yang besar bagi kami memandangkan E seorang penagih tegar dan tidak bekerja..

Apabila tidak bekerja, sumber kewangan kami hanyalah dari mak mertua saya sebab dia ada 2 pencen.. 1 daripada arwah bapa mentua, 1 pencen dia sendiri..

Kelebihan yang mentua ada digunakan sebaik mungkin oleh E..

Semua pun dah tahu kan macam mana sikap si penagih? Segala percakapan memamg sangat meyakinkan orang, pandai manipulasi orang dan macam2 lagi la..

Si anaknya menjadi penagih memang mentua dah tahu dari awal lagi. Jadi hal itu mentua jadikan alasan lebih kenal anak nya dari menantu..

Nak dijadikan cerita, terjadi 1 pergaduhan antara mentua dan anak nya.. Perangai mentua ni, bila dah marah semua hal yang tak puas hati sebelum ni akan keluar.. Tapi bila dah tersepit, terus dia lupa semua percakapan dia seolah² dia tak pernah bercakap pun sebelum ni.

Bila pergaduhan tak nampak akan reda, saya mencari jalan dengan cuba memujuk E untuk pulang ke rumah keluarga saya dengan harapan untuk dia berubah tinggalkan ketagihan dia.

Tapi hal itu menjadi ungkitan mentua sehingga ke hari ni.. Katanya saya yang membawa anak dia, jadi tanggungjawab saya untuk jaga anak dia.. wait… suami tanggungjawab isteri ke?? hukum mana dia pakai ni..

Mentua tak faham niat saya bawa E pulang ke rumah keluarga.. niat saya cuma untuk elakkan pergaduhan di masa akan datang dan untuk E berubah angin meninggalkan ketagihan dia.

Tapi pada akhirnya saya yang dipersalahkan. Memang dari mula kenal, mentua tidak begitu menyukai saya.

Ada saja hal yang tidak kena di mata dia. Masak itu ini tak kena. Dah tekak melayu dengan tekak orang jawa, memangla tak sama tapi disuruh juga kita masak. Bila dah masak banyak pulak rungutan.

Dipendekkan cerita, masih saya ingat lagi malam tu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke sebuah negeri di pantai timur. Kami di tahan polis ditengah² highway.

Punca nya polis dah kenal kereta kami dan ekori kami dari sebelum raya lagi disebabkan setiap minggu kami turun ke Kuala Lumpur untuk ambil bekalan dadah E.

Oh ye, dekat tempat tinggal keluarga saya memang susah dia nak dapatkan bekalan disebabkan dia orang baru.

Setelah E ditahan, maka tinggallah saya ditepi highway menunggu kedatangan keluarga untuk membawa saya pulang disebabkan saya tidak tahu memandu pada masa tu. Berjam² juga berdiri ditepi jalan..

E dibawa ke balai untuk di ambil keterangan dan di tahan. Beberapa hari kemudian dibawa ke mahkamah untuk proses jamin.

Mungkin kat sini silap saya sebab jamin dia keluar tapi masa tu fikiran tengah buntu sebab tiba² kena tinggal membuatkan saya tidak berfikir panjang.

Habis duit keluarga saya pinjam untuk menjamin dia. Masa ni mentua tak tahu lagi akan hal ni. E minta untuk merahsiakan. Takpe, saya turutkan.

Bila dijamin akan ada lagi proses untuk menentukan hukuman. Tiba hari hukuman diumumkan, sungguh tak disangka si E dikenakan hukuman baru iaitu hukuman yang memperuntukkan penjara 5 tahun dan tidak boleh dijamin.

Masa ni memang kelam kabut sebab kami xsangka langsung. Tapi yang pelik nya masa tengok dia kat dalam lokap mahkamah, setitik air mata pun tak jatuh.

Mentua masih lagi tidak tahu hal ni.

Sebelum hari ke mahkamah, kami ada balik berjumpa mentua untuk mengambil kad bank bagi menampung perbelanjaan kami memandangkan E tidak bekerja.

Saya tak tahu apa ayat yang dia guna sampaikan mak dia boleh bagi kad bank. Tapi setelah sekian lama baru lah saya dapat tahu, E berjanji dengan mak dia untuk berubah dan bekerja di tempat baru.

Kad bank sebagai cover sementara E nak dapat kerja dan E juga berjanji separuh duit dari kad bank itu akan disimpan untuk membaiki rumah mak dia. Maka bila mak dengar anak nak berubah mesti lah gembira kan.

Terus dihulurkan kad bank kepada si anak..

Bila E dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, saya tidak tahu apa yang perlu dibuat sebab sebelum itu saya ada masalah dengan keluarga saya sendiri disebakan sikap E.

Saya jadi bergaduh adik beradik, bergaduh dengan emak sendiri disebabkan dia. Sungguh,rasa pilu bila fikirkan semula..

Bila E dah dimasukkan ke penjara, automatik kad bank tersebut saya yang pegang. Itu dikira nafkah untuk saya disebabkan E memang takde duit langsung even kad bank sendiri pun takde.

Pada mulanya semua sempurna, setiap bulan saya gunakan hampir separuh dari duit untuk melawat dan belikan barang² untuk E. Saya berulang alik setiap bulan menaiki bas seorang diri. Hal ni semua mentua tahu dan dia memahami pada masa tu.

Lama kelamaan bila E dah jalani hukuman penjara 2tahun, dia dapat perintah parol iaitu jalani baki hukuman dengan cara bekerja sampai tarikh E bebas. Kalau ikut tarikh, bulan 10 ni E akan dibebaskan.

Masalah timbul apabila baru² ni E mengadu dengan mak dia yang saya tidak peduli pasal E, tak beri duit belanja dekat E dan mcm² lagi.

Mentua sangat marah dengan saya sampaikan keluar ayat ” tu duit arwah bapak dia bukan duit arwah bapak kau. Sedap² kau makan sorang2 duit tu ye”.

Fuhh ayat dia memang makan dalam ye.

Dia terlupa ke setahun lebih saya bersusah payah pergi tengok anak dia tu guna duit yang mana?

Saya nak bekerja E tak izinkan. Takut saya kena rampas dengan oranglain. Jadi takpela tak bagi keje, saya guna je duit yang ada ni. Tapi mentua salahkan saya sebab habiskan duit sorang²..

Masa pkp tak boleh melawat, tapi saya masih kirim duit secara online. Mentua tahu hal tu tapi entah kenapa sekarang semua dia lupa.

Semua dia ungkit semula.

Saya memang dah lama alami tekanan perasan sejak awal perkahwinan lagi tapi takde sapa yang tahu pun.

Bila mentua dah ungkit macam2 dan tetap nak salahkan saya, saya buka cerita perangai sebenar E selama ni yang dia tak tahu. Awalnya mentua macam terkejut, siap cakap kenapa nak pendam sorang² tapi saya ada alasan sendiri.

Kalau dah mentua awal² dah cakap lebih kenal anak sendiri buat apa saya nak ceritakan perangai anak dia. Dah tentu yang buruk pun nampak cantik.

Sekarang dah jadi pergaduhan antara saya, E dan mentua. Sebabkan kad bank tu je punca.

Saya nak tanya pendapat kawan2 semua, salah ke cara saya selama ni, salah ke saya ceritakan semua sikap E sebelum ni yang mentua tak pernah tahu dan salahkah saya gunakan duit dari kad bank tu untuk keperluan saya?

Si E pun dah tentu la menangkan mak dia. Apa sahaja ayat yang mentua bagi kat saya, semua saya forward ke E dengan harapan dia tahu perkara sebenar. Tapi pada akhirnya saya juga yang dipersalahkan. E cakap saya membuka aib dia. Salah ke cara saya?

Saya dengan E boleh berhubung sebab E dh bekerja,ada hp sendiri. Itu pun mentua yang belikan sebab mentua cakap itu anak dia,dah tentu lah dia belikan kalau E minta. Korang boleh nampak kan.

Tiada guna kalau saya bercerita sikap E sebelum ni. Mentua tetap menangkan anak nya. Bukan lah niat saya cerita untuk rosakkan hubungan dorang tapi untuk mentua lebih kenal dan berhati2 dengan anak sendiri.

Sekarang E asyik cakap saya tanggunglah segala apa yang dah saya cakap cerita dekat mentua. Saya cuma bagitahu perkara sebenar bukan niat nak burukkan dia pun.

Selama 3 tahun dia kat penjara tekanan saya makin teruk. Macam2 kena hadap. Cuma saya bernasib baik sedara mara memahami dan tidak pernah bertanya ke mana E pergi selama ni. Mungkin mereka dah tahu dan pilih untuk berdiam diri.

Mentua dan E masih tidak tahu saya telah buat tuntutan fasakh. Saya pilih untuk diamkan sebab saya tahu E akan cari saya bila dia dh bebas nanti.

Tolong kawan² salahkah cara saya selama ni? Apa yang perlu saya buat untuk percepatkan proses fasakh ni sebab makin lama makin membuatkan tahap depression saya makin teruk. Saya bimbang terjadi sesuatu ke atas saya disebabkan hal ni.

Mentua dan E sekarang masing² salahkan saya dan tak faham semua penjelasan saya. Kadang2 serabut jadinya. Nak luahkan, saya takde kawan.

Depression saya agak teruk sampaikan saya perlu berjumpa kaunseling dan hal ni memberi kesan ke atas diri saya. Serius saya buntu.

Selagi E belum bebas, saya mungkin boleh bertahan tetapi bila dia dah bebas,tak tahu la nasib saya..

Tengah buntu,

– Rosemary (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *