Tengah Cuba Risik Crush

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin siarkan kisah aku yang lepas “Crush 10 Tahun” (https://iiumc.com/crush-10-tahun/).

Terima kasih kepada semua yang bagi pendapat yang baik2. Mesti korang nak tahu kan cerita aku. Haha.

Sekarang ni aku dah luahkan perasaan aku. Tapi bukan dengan crush aku tu. Haha. Aku guna orang tengah yang dipercayai. Tapi bukan sama kerja dengan aku.

Bukan aku tak percaya dengan rakan sekerja. Cumanya aku taknak rakan sekeja tahu. Kalau laki tu reject, takla aku malu sangat dengan kawan2 lain.

Kakak tu pun terkejut bila aku cerita yang aku minat kat lelaki tu. Sebab sebelum ni kalau ada sapa2 tanya, memang aku mengelak n tukar topik.

Doakan aku ye pembaca2 semua Doakan cik Avocado berjodoh dengan mr Asparagus. Gituu. Haha.

Sebelum ni bukan aku tak bukak pintu hati dengan mana2 lelaki. Ada je lelaki yang cuba dekat. Aku mesej je untuk step perkenalan dengan mereka. Tapi cara mereka buat aku tak minat.

Contoh nya macam ni. Mula2 mesej, mesti la nak tahu lebih lanjut tentang seseorang. Macam aku jujur je bagitahu mereka tentang aku. Takde tipu2.

Dah settle bab tu, aku penah tanya serius tak dengan hubungan ni. Mereka cakap mereka nak serius. Jadi aku straight to the point. Mungkin cara aku salah jugak. Aku pun tak pasti.

Lepas aku cakap gitu, ada yang nak ajak jumpa la. Aku on la. Aku ajak sepupu temankan. Lepas tu ok la jumpa depan2. Makan2 dan sembang2. Pastu balik dan sambung mesej lagi. Jadi aku tanya la macam mana next step.

Tapi mereka cakap kenal2 dulu. Nak ajak keluar lagi, nak video2 call. Aku tak selesa macam tu. Jadi aku stop.

Aku cakap la kalau awak dah bersedia ke next step baru kita mesej lagi. Jenis aku bukan nak mesej2 selalu, bukan nak call2, bukan nak jumpa2. Jadi perkenalan tu berlalu macam tu je.

Ada jugak duda anak 3 nak berkenalan. Aku ok jugak. Aku terima perkenalan dia. Dia nampak serius. Jadi aku teruskan berkenalan. Sebab dia takde nak mesej2 selalu.

Bila dah lama kenal tu, aku terus tanya step seterusnya. Aku cakap la aku dah bagitahu mak aku pasal aku dan dia.

Dia cakap dia nak kawen ngan aku. Tapi nak kawen di majlis islam je. Taknak kawen ramai. Sebab hutang kawen dia pun tak habis bayar lagi. Pastu dia cakap cukup family dia dan family aku je.

Aku pun rasa macam, laa, kenapa gitu. Aku ni dah la first time nak kawen. Family aku mesti la nak tengok aku kawen dalam majlis.

Aku pun bukan la jenis nak kawen mahal2. At least ada majlis. Aku ni dah la anak perempuan tunggal dan cucu perempuan sulung dalam keluarga.

Aku cakap la kat dia, aku nak buat majlis. Aku bagi la cadangan nak kahwin dalam 3 tahun lagi. Kumpul duit dulu. Aku cakap dia kumpul duit jugak n aku kumpul duit jugak.

Pastu dia bagi alasan cakap tak dapat nak kumpul duit. Aku jadi rasa macam tak best. Macam tawar hati. Aku tak mintak pun buat majlis kat dewan ke, buat majlis besar besaran ke, takde aku mintak.

Aku cuma mintak buat majlis di rumah, tapi family2 aku datang. Family aku besar. Tapi still dia tak nak. Kalau aku nak buat jugak, aku sendiri kumpul duit.

Pastu dia ungkit cakap dia taknak jadi macam perkahwinan dia yang lepas. Dia nak samakan perkahwinan dia yang lepas dengan permintaan aku. Memang taknak la aku teruskan. Aku mintak stop sampai situ je.

Dia cakap aku tak serius dengan dia. Aku malas la nak gaduh2, jadi aku block terus. Jadi perkenalan tu berlalu gitu je.

Kadang2 aku bertanya tanya jugak. Aku ni tegas sangat ke? Tapi setiap kali aku pikir gitu, aku teringat ngan kata2 ustazah aku supaya jadi mawar yang berduri. Cantik dipandang tapi susah nak didekati.

Aku taknak hubungan yang sia2. Aku nak biar bercinta selepas kahwin. Aku nak biarla cinta aku untuk yang halal. Salah ke aku berpikiran gitu?

Mesti korang penat baca kan, tapi aku bagitahu tu untuk beri penjelasan kat korang supaya korang tak salah paham ngan aku.

Dalam masa 10 tahun tu, aku memang crush dengan lelaki yang aku suka. Tapi aku cuba juga ikhtiar cari jodoh dalam masa 10 tahun tu. Bukan aku tak nak confess kat dia. Tapi aku takut kena reject.

Aku tak tahu dia jenis lelaki macam mana. Tup2 kalau aku confess n dia reject, pastu bagitahu ngan staf2 lain, malu aku. Dah la 1 office. Kalau aku tak 1 office dengan dia, memang lama dah aku confess. At least kalau dia reject, aku tak la tengok muka dia hari2.

Aku pernah mintak transfer kat tempat lain. Tapi masih tak dapat. Kalau aku dapat transfer memang aku bagitahu je ngan dia. Tapi belom ada rezeki aku kat tempat lain.

Doakan semoga usaha aku untuk risik dia melalui orang tengah dipermudahkan. Kalau sekali pun dia reject, mintak supaya aku dikuatkan hati untuk tidak kecewa.

Terima kasih semua sebab sudi baca kisah aku dan bagi pendapat. Kalau ada update nanti aku bagitahu k. Nanti korang baca ni, tolong doakan aku.

– Cik Avocado (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ok selalu dengar pendapat perempuan. Kali ni aku berdiri untuk lelaki. Aku bab2 confess ni memang biasa mengalami dan adalah beberapa orang pernah cuba nak try kat aku. Aku akan lihat perwatakan dia dulu. Aku kena lihat dia marah dulu, sebab dari situ aku nampak “tanduk” dia tu macam mana ketika disakiti. Dia meroyan ke, mengutuk sana sini ker, meluah kat iiumc ni ker haa sebab kat iiumc ni kita boleh putar belit cerita sehingga orang boleh salahkan satu pihak jer. Tak dengar sebelah pihak macam mana??? Kan??? Last2 sendiri serabut.
    Untuk aku aku tak berapa minat perempuan lemah. Perempuan yang tak ada perancangan masa depan. Perempuan yang tak tegas. Perempuan yang tak rasional. Perempuan yang logik. Perempuan yang selalu menilai sesuatu dari sudut negatif juga aku paling anti, anti sesangat.

    Pendapat akulah kan, aku tak minat perempuan yang meroyan kat IIUMC ni ( Depan aku macam malaikat, belakang aku penuh rungutan kat IIUMC ).

    Sebab bagi aku yang confess dekat IIUMC ni bukannya menceritakan hal sebenar aka kejadian sebenar. Pendek kata yang confess kat sini berat sebelah pun ada HIPOKRIT bin MUNAFIK Pon ada ( Dia sahaja yang betul, orang lain salah ).

    Jadi, aku memang reject kaw – kaw perempuan jenis macam ni, serabut aku. Terima kasih kerana membaca komen. Jom kerja cari DUIT HALAL, jangan tambah dosa kat IIUMC ni, dengan fitnah A fitnah B fitnah C. Last-last habuk pun tarak.

    Memandangkan aku baca ni sambil hisap rokok dan rokok pun dah habis hisap. Aku memutuskan TIDAK untuk perempuan macam ni. Serabut aku. Ok,bye.

    • Hi Mr. Avocado ,

      Terpulang lah pada encik suka perempuan jenis macam mana .. Sy sebagai lelaki , ok jer kalau perempuan jenis jaga ikhtilat gitu .. Cerita sebenar ke tidak ke , berjumpa lah dgn tuan badan tu sendiri .. tak perlu nk ASSUME ..

      Dan untuk pengetahuan sy, sy rasa kebanyakan perempuan pun memutuskan kata TIDAK kepada lelaki yang MEROKOK .. Serabut .. ROKOK TU HARAM ADA HATI NAK CAKAP PEREMPUAN LEBIH2..

      Terima kasih bro ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *