Tenggelamnya Kapal Virgil van Dijk

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga semua sihat hendak nya dan sentiasa kita jaga kita dikala wabak Covid-19 yang makin menggila ini.

Ini adalah kesinambungan tentang confession aku yang sebelum ni, (https://iiumc.com/dialah-gadisku/).

Setelah E memutuskan hubungan nya dengan aku, aku sedaya upaya memujuk E.

Oleh kerana E telah block semua media sosial yang berkait dengan aku, hanya surat dan kiriman kad la yang menjadi medium perhubungan aku untuk melembutkan hati E yang keras lagi pejal itu.

Siap letak bedak dengan selit coklat wa cakap lu. Ini kalau kawan-kawan aku tahu, 7 keturunan tak habis kena bahan ni.

Maklumlah muka aku berparut-parut sebab gaduh dengan kucing berebut friskies masa umur 5 tahun dulu. Sayang, telah aku duga, tiada respon dari E.

Tetapi, yang aku tidak sedari, aku mula mengalami gejala-gejala kemurungan dimana aku kerap menyalahkan diri sendiri dan keyakinan diri aku yang dah sedia rendah makin rendah.

Untuk makluman, ketika zaman membesar aku, aku selalu dibandingkan dengan adik beradik dan secara tidak langsung, kurang nya keyakinan diri itu telah terpahat dalam diri aku sampai lah sekarang ni.

Aku sering tidak bangga dengan pencapaian diri sendiri di dalam kehidupan bak kata orang putih “always messed up” sehingga lah insiden kegagalan hubungan aku dan E menjadi kemuncak nya.

Semasa awal perhubungan dengan E, aku berkata pada diri aku, akhirnya sesuatu yang aku tidak akan kucar-kacirkan. Tapi apakan daya, hati aku hancur dan aku merasakan sakit yang amat dalam.

Itu la kehebatan orang perempuan, jangan disangka tangan yang menghayun buaian tidak boleh menggoncang dunia.

Dah kalau dunia boleh digoncang, apa lah sangat hati seorang lelaki. Rasa kesedihan datang berulang-ulang tanpa sempat sembuh dan aku tidak dapat memberi fokus dalam kehidupan.

Hilang terus motivasi, minat dan semangat segala apa yang aku lakukan hatta perkara yang aku minat sekalipun. Aku cuba menggembirakan diri aku dengan belanja diri sendiri makanan yang agak mahal tetapi hanyalah rasa kelat yang aku rasa.

Aku juga cuba menyalurkan kemarahan aku pada saluran yang betul dengan menyertai kelas tinju dan muay thai dan aku membayangkan muka E pada punching bag lalu aku tumbuk dan terajang tanpa belas kasihan. Tetapi tidak berkurang sikit pun kemarahan aku.

Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan dan akhirnya, aku telah mengamuk di tempat kerja dengan menumbuk dinding dan pintu pejabat.

Aku sedar aku perlu lakukan sesuatu atau aku mungkin berakhir di bilik mayat atau di lokap polis.

Tanpa berlengah, aku telah menyerah diri pada doktor psikiatri dan ternyata aku disahkan menghidapi MDD (Major Depressive Disorder). Sungguh aku tak sangka kesan nya begitu mendalam terhadap diri aku.

Pada mula nya aku menolak untuk makan sebarang ubat kerana risau tentang kesan sampingan nya tetapi apabila mendengar penjelasan doktor tentang ubat tersebut yang boleh meningkatkan hormon gembira aku, akhirnya aku setuju.

Di dalam klinik psikiatri aku lihat ada yang tua, ada yang muda, ada yang nampak normal, ada yang tengok muka dah tau, ada yang nampak bekerjaya bagus tapi entah lah, mungkin di luar nya tenang tapi dalam Tuhan saja tau… woo woo.

Selepas berjumpa dengan doktor, aku mengambil cuti pulang ke kampung.

Dengan berat hati, aku menceritakan tentang penyakit aku kepada keluarga ku dan tanpa ku sangka, mereka tidak terkejut dan menerima dengan tenang dan menanyakan apa yang boleh dibantu.

Aku cuma mengatakan buat masa ini, tolong ada disisi aku sahaja dan kalau boleh elakkan cuba menasihati aku tentang kena kuat, kena dekat dengan tuhan atau sebagai nya.

Aku rasa aku tidak dapat menerima ape pun nasihat dalam keadaan aku macam tu dan harap layan aku seperti biasa sahaja.

Setelah beberapa hari berehat dan mengambil ubat, aku merasakan aku boleh merasai perubahan di dalam diri. Aku mampu mendapatkan kembali senyuman aku yang dah hilang.

Dalam aku bertatih mengembalikan motivasi untuk aku hidup, kebenaran telah tersingkap.

Aku mendapat perkhabaran yang sebenar nya E telah selamat bertunang dengan pilihan nya dan sekali lagi emosi aku teruji.

Aku rase terpukul tetapi kali ni, entah kenapa aku tidak meletus seperti dulu. Cuma aku duduk dan menarik nafas panjang. Tiada tindak balas yang agresif dan aku mampu mengawal diri aku.

Ternyata gerak hati aku selama ini betul dan tiada apa yang mampu aku lakukan lagi. Pelamin angan ku musnah dan aku hanya mampu mengintai dari tirai kamar.

Kepada semua pembaca, terima kasih sudi meluangkan masa confession aku dan aku harap ada pengajaran yang anda semua dapat daripada karangan panjang lebar aku ini.

Maaf berjela pulak mengarang sebab mungkin ini terapi bagi aku dan siapa sangka aku boleh menjadi seperti Zainuddin dalam Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Haha.

Aku doakan agar korang semua dapat menemui cinta yang bukan melemahkan semangat tapi cinta yang membangkitkan semangat kerana apa yang didoakan kepada sesorang akan berbalik kepada diri sendiri jua. Tak kisah lah cinta yang macam mana kerana skop cinta tu amat luas.

Kepada pembaca-pembaca yang ada pengalaman menghadapi penyakit berkaitan depression, mungkin boleh share pengalaman korang dan bagaimana korang sembuh dari penyakit tu.

Boleh aku baca senyap-senyap dan share, like, react komen-komen korang. “There is confessor among us”. Wassalam.

Kau harus bisa, bisa berlapang dada,

Kau harus bisa, bisa ambil hikmahnya,

Kerana semua, semua tak lagi sama,

Walau kau tahu dia pun merasakan nya,

Kemana ini akan membawa ku, aku tak kan pernah tahu.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *