Bahagia… Semua orang ada hak untuk bahagia. Abang pun manusia, jadi dia layak bahagia.
Aku saksi macam mana abang yang dianggap pembawa si4l dalam keluarga, berjuang untuk keluarga dan berjuang mendefinasikan bahagian dalam hidup dia.
Tapi seperti manusia lain, abang pun ada kisah di mana dia tersilap langkah dan akhirnya mengheret dia ke tirai besi.
Abang tetap abang aku walaupun dia mungkin dianggap banduan kerana dia dikurung di dalam tirai besi atas kesalahan yang hakikatnya bukan dia yang lakukan.
Kenapa aku cakap bukan dia lakukan? Sebab aku percaya yang dia dikhianat oleh orang terdekat. Bukan aku sengaja tokok cerita, tapi memang dari dulu abang selalu menjadi kambing hitam.
Abang aku anak sulung lelaki. Dari dulu dia dipinggirkan baik dari kawan-kawan ataupun keluarga.
Dari dulu aku nampak dia cuba memberontak dengan mempersoalkan kesamarataan dalam cara ibu ayah mendidik dan melayan kami 5 bersaudara.
Dari kecik abang dianggap pembawa sial sebab antara 5 beradik, dialah yang selalu buat masalah kat sekolah. Tapi bila aku ingatkan, banyak kes dia berpunca dari kawan. Setiakawan yang ada pada abang terlampau tinggi.
Siapa yang buli kawan dia, pasti akan mendapat balasan dari dia. Dia tak kisah pasal diri dia tau. Kalau kena gantung sekolah semata-mata dia tak nak kawan dia dibuli, dia sanggup.
Ayah kata dia bodoh sebab sayang kawan dari diri sendiri. Mak kata dia selalu ikutkan hati, sebab tu dia selalu terlibat dalam kes2 yang memalukan keluarga.
Tapi bagi aku… Hmm, abang sebenarnya sunyi. Dia dari kecik selalu dipinggirkan. Bila dia dah berkawan, dia rasa kawan tulah yang akan ada waktu dia susah dan senang.
Kami hidup dalam kejiranan yang toxic. Pantang kes abang naik, mesti abang akan diganyang oleh taiko-taiko kampung yang kononnya niat untuk mengajar.
Aku pernah tengok abang aku yang masa tu berumur 13 tahun dipukul sampai berdarah di depan rumah. Masa tu ayah aku ada tapi dia macam tak heran.
Mak aku kat dalam rumah cuma mampu menangis. Beberapa orang pemuda kampung yang acah-acah taiko ni dalam umur 17 ke 20-an pukul abang aku macam kucing kurap.
Alasan diorang buat macam tu sebab ada budak-budak kampung petik nama abang sebagai asbab diorang merokok. Sedangkan masa tu abang aku kalau merokok pun senyap-senyap kat bilik dia.
Masa abang aku kena pukul tu, hidung dia berdarah, mulut dia terkoyak. Dia still gagahkan mulut cakap dia dianiaya. Dia tak buat. Dia tak ajar pun budak-budak muda kampung untuk merokok. Tapi tu lahhh…
Orang kalau kaki pukul, sekali dia pukul memang dia dah tak fikir waras tak waras. Lepas diorang pukul abang aku, diorang tinggalkan abang aku yang penuh luka-luka dan tanah atas kepala. Ayah aku? Hmm… Macam aku cakap. Dia tak heran.
Dan jujur aku cakap, sepanjang aku membesar, aku selalu tengok abang aku dipukul oleh taiko kampung yang dibawah pengaruh dadah tu atas asbab abang aku ada buat benda yang geng diorang tak puas hati. Ramai tau masa tu.
Abang aku ni ibarat ikan yang dikerumuni kucing gitu. Tak ada sorang pun yang bernama kawan dok tolong dia. Depan rumah pulak tu.
Aku sebagai adik tak sanggup abang aku diperlakukan macam tu. Ada yang merekod masa tu. Aku lari-lari cuba dapatkan abang aku tapi ayah pulak menarik aku masuk ke rumah since aku perempuan.
Cerita pergaduhan tu bermula sebab ada orang guna nama abang sebagai orang yang membagi arahan untuk memeras ugut orang2 tua kat kampung untuk membayar duit kos pemasangan lampu pelita buluh di depan rumah masing-masing.
Padahal sebenarnya ya pelita buluh tu abang aku pasang supaya memeriahkan lagi keadaan kampung, tapi dia pasang ikhlas. Dia tak ada charge pun orang kampung.
Datang pulak budak-budak taiko geng taik kucing kampung tu, maka dikutip lah kos2 pemasangan bagai sampai orang kampung tak bayar akan diugut untuk pukul.
Sadis tau cerita abang aku ni. Dibantai sampai nyawa-nyawa ikan, dilayan lebih hina dari kucing kurap, dicop pembawa siap… Hurm tapi hakikatnya orang kampung menafikan keadaan mereka yang tenat.
Hampir 80% pemuda kampung tu yang ambik ganja, tapi semua mulut senyap bab tu. Atas alasan apa? Jaga aib kampung? Sebab ada penagih dadah tu anak orang-orang kuat kampung? Yaaa… sudah tentu.
Diorang bebas sebab mak bapak dok jamin diorang. Masuk keluar masuk keluar jer. Insafnya tah bila.
Abang aku ni kan… Dia punya sifat setiakawan tu memang tak boleh dinafikan. Dulu masa lepas PMR, dia bertekad nak sambung sijil kemahiran. Lepas tu dia berhenti atas alasan nak kerja. Sebenarnya bukan sebab nak kerja sahaja.
Jujur aku cakap, abang aku dari dulu sampai lah sekarang, dia asyik lepak dengan kawan-kawan yang selalu aniaya dan khianat dia. Tapi dia still percaya kawan tu.
So masa dia ambik sijil kemahiran, dia ada lah bagi tahu kawan-kawan dia lepak yang dia nak beli motor kesukaan dia, tapi ramai perkucilkan since kami datang dari keluarga miskin, mana lah abang nak dapat duit beli motor macam tu.
Then abang aku berhenti belajar, dia kerja. Sepanjang dia kerja kan… Aku selalu tengok dia kena tipu dengan boss bab gaji, dia bagi kawan-kawan dia kerja but endup kawan dia buat masalah kat tempat kerja,
Dia bagi kawan dia pinjam motor tapi kawan dia rosakkan and tak nak bertanggungjawab, dia bagi kawan dia pinjam duit tapi kawan dia tak pulang-pulang, dan macam-macam lah.
Yang paling aku tak lupa masa ada sorang kawan ni yang mungkin hari tu hari baik dia, dia datang rumah untuk bagi tahu abang supaya jangan lepak.
Alasan kena dia cakap tu adalah sebab ada kawan-kawan lain nak masukkan peket ganja dalam beg abang and report polis. So masa tu mesti abang kena. Lepas dari tu memang abang tak lepak ngan budak-budak tu tapi kena cop sombong pulak.
Haishh… kesian abang aku. Masa abang dah tak lepak ngan budak-budak kampung tu, abang fokus pada kerja dia.
Masa tu rezeki dia macam air tau, banyak sangat. Ada dato’ datang rumah semata nak ambik abang sebagai pekerja dia. Abang pulak masa tu memang tak duduk diam, dia siap ada business sampingan.
Tapi tu berjalan tak lama. Masa tu business makan dia buat. Kawan-kawan dia order tapi tak bayar sampaikan abang tak ada duit modal.
Lepas tu business abang drop. Time tu nak dekat raya. Abangkan anak sulung, maka banyak komitmen yang dia kena settle. Masa tu dia runsing yang amat.
Dan masa tu datanglah kawan yang boleh digelar syaitan bertopengkan manusia, dok suruh abang layan ganja untuk lupakan masalah itu ini.
Ada kawan yang bagi tahu lepas abang dipenjara yang ada kawan lain bubuh benda haram tu dalam minuman yang dia bagi abang masa abang lepak.
Dari situ pelan-pelan abang ketagih. Dan akhirnya dia melakukan rompakkan bersama 2-3 orang lagi kawan dia. Tapi abang sahaja yang dihumban ke tirai besi since keluarga kami miskin tak boleh nak ambik peguam and bayar duit jaminan.
Kesunyian yang ada pada abang menyebabkan dia meletakkan kepercayaan yang patut ada pada sesebuah keluarga kepada sifat setiakawan.
Abang tetap abang aku. Sepanjang aku jadi adik dia, banyak benda dia berkorban. Setiap kali raya, baju raya dia mesti tak ada.
Dia tu sanggup tau habis duit bagi pastikan adik beradik yang lain dapat baju raya bagai walaupun dia terpaksa sarung baju raya yang dah bertahun lama sampai ada koyak-koyak.
Abang mungkin dipandang serong sebab kulit dia yang gelap dan dia nampak tak terurus, tapi aku respect dia sebab dari dulu kalau ayah tak ada duit untuk bagi kami 5 beradik tambang belanja sekolah, abanglah yang akan hulur duit simpanan dia.
Abang selalu belikan macam-macam untuk kami sekeluarga. Dia tak ada tak pe. Asalkan family merasa duit dia.
Ya… nanti kalau dia keluar dari penjara dia akan ada rekod sebagai banduan. Tapi bagi aku dia tetap abang aku. Abang yang aku sayang.
Dia mungkin hina dibumi yang fana dan dinata rata-rata manusia yang toxic, tapi dia tetap abang yang penyayang dan baik hati.
Sepanjang abang duduk dalam tirai besi, satu-satu impian abang aku tunaikan. Aku buat macam ni sebab aku nak bagi abang selesa dengan suasana baru untuk mulakan hidup.
Aku tak nak abang duduk dekat kampung yang sememangnya orang kat sana berniat nak sumbatkan abang balik ke penjara bila dia dah bebas nanti atas alasan abang akan jadi mata-mata polis since dia banyak tahu sisi gelap kampung tu.
Biarlah abang bahagia lepas seribu satu duka dan luka dia alami. Dia anak yang baik tapi dia disalah anggap. Dia anak yang bijak, tapi diperbodohkan oleh orang yang bodoh.
– Arian Fasyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit