Tentang Abah

Assalamualaikum semua. Aku anak sulung dalam keluarga. Aku dah berkahwin, belum dikurniakan cahaya mata. Sudah berkahwin masuk di tahun yang kedua.

Dalam adik beradikku hanya aku sahaja yang baru berkahwin. Adik beradikku semua perempuan.

Raya tahun ni aku dan suami beraya di rumah ummi abah aku. Aku balik 3 hari awal sebelum raya.

Suatu malam aku berborak dengan abah. Abah bagitahu aku, abah nak beraya ke rumah saudara mara abah yang abah jarang jumpa.

Aku dan suami okay sahaja. Bukan selalu pun bawak ummi abah beraya. Setahun sekali.

Tiba2 abah cakap begini dengan ku, “kalau ada saudara mara tanya dengan kamu pasal anak, biar abah yang jawabkan. Kamu diam ja tau.” Bergenang air mata aku. Sesak dada aku.

Raya pun bermula. Aku dan suami membawa abah ummi dan adik beradikku ke rumah saudara mara abah dan ummi.

Setiap kali persoalan mengenai anak yang dilemparkan pada aku dan suami, abah akan terus jawab kan bagi pihak aku dan suami.

Abah kata, “belum ada rezeki untuk aku menjadi atuk, biarkan dulu dorang enjoy masa berdua.” Setiap jawapan yang abah beri, mengundang rasa sebak di dada aku.

Sebelum ni, aku dengan abah bagaikan minyak dengan air tak boleh bercampur. Aku selalu ego dengan abah.

Aku dan abah banyak bergaduh tapi lancarkan perang dalam mode senyap. Banyak sangat benda yang aku marah pada abah.

Selepas berkahwin, aku cuba untuk memahami abah. Suami aku yang meminta untuk berlembut dengan abah.

Suami aku tegur aku, “abah tu dah tua sampai bila nak ego. Awak takkan tahu takat mana Allah pinjamkan abah. Saya dh rasa kehilangan, hargai yang masih ada ni.” Aku tersentak.

Tapi biasalah, aku kan perempuan, lambat la otak ni nak hadam, nak terima. Punya la degil aku ni. Ibaratnya, kalau hentak kepala aku ke dinding, kepala aku ok, tapi dinding tu yang retak. Hahaha.

Sejak dari teguran suami, aku cuba memahami abah. Sedikit demi sedikit, aku mula berlapang dada dengan benda yang aku marah pada abah.

Aku tersedar rupanya sangat mudah untuk memahami abah. Cuma aku sahaja yang ego ikut sangat darah muda yang panas. Abah pun mula berbaik dengan aku.

Abah ni ada satu titik yang mana, kalau anak2 berlembut dengan abah, abah pun akan slow2 berlembut dengan anak2. Abah akan kalah dengan anak. Itu yang ummi aku bagitahu.

Cuma abah keras bila bab mendidik anak. Style orang2 dahulu. Tapi aku hormati cara abah. Anak2 abah semua perempuan. Pernah dengar kan, menjaga lembu sekandang, lagi mudah dari menjaga seorang anak perempuan.

Sejak aku mula berbaik dengan abah, setiap hari tanpa gagal, abah akan menghantar video tiktok berkenaan doa2 pada aku (abah aku dah moden),

Dalam group family, hari2 abah akan tanya khabar aku dan suami dan adik2 aku yang lain. Makin lembut hati aku pada abah.

Maafkan aku, abah. Semoga Allah letakkan abah dan ummi aku di syurga Allah yang paling tinggi. Semoga panjang lagi masa untuk sama2 dengan ummi dan abah menempuh usia senja mereka.

– Melissa (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hai Melissa.. terharu baca kisah awak.. sy pun nak share my story..

    sy merupakan satu2nya anak perempuan antara semua adik beradik.. ayah sy x pernah anggap sy perempuan.. semua dilayan sama rata.. ayah sy ni jenis narcistic, tinggi ego.. semua kena mengalah dgn dia.. dia je la yg betul, dia je la pandai.. memang menyampah haha.. dia ni kalau dgn sedara mara, layanan tip top la.. x pernah say no, semua boleh.. pening kepala sy.. sedara yg toksik pun dia boleh borak mcm BFF.. hangin badan.. kebelakangan ni sy kerap bantah cakap ayah sbb sy dah betul2 x tahan..

    Bila ramai yg share hargailah parents kita selagi ada, sy tak tahu nak hargai camne.. kami tak gaduh, cuma takde komunikasi.. bila jumpa senyap je (style org tua2) bukan tak sayang, cuma x reti nak tunjukkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *