Tentang Hutang

Assalamualaikum.

Tak tahulah, mungkin saya je yang fikir lebih2. Sebab waktu saya kecik2 dulu mak memang larang saya berhutang, sehinggakan nak pinjam dari kawan seringgit nak beli aiskrim (sebab lupa bawak dompet) pun saya tak berani huhu… Dah besar ni berani la. Tapi saya memang takkan rasa selesa selagi ada hutang yang belum dibayar, biarpun nilai hutang tu RM10 je. Sebab kita tak tahu ajal kita bila, dan saya sangat takut kalau saya mati dalam keadaan berhutang nauzubillah..

Mungkin sebab tu lah saya tak faham macam mana orang lain boleh ambik sambil lewa je bab2 hutang ni. Tak, ni bukan kisah orang hutang saya tak bayar2, mungkin tu saya boleh terima lagi. Tapi bila orang ambik kesempatan kat mak saya, tu saya rasa sedih. Mungkin sebab famili kami pernah susah, mak senang rasa kesian bila orang mintak pinjam duit. Sebab beberapa tahun pertama ayah saya start bisnes dia dulu, memang kami bergantung penuh pada gaji mak yang takdela tinggi sangat. Tapi alhamdulillah, sekarang kami dah senang (nak kata berada tu tak kot… tapi bolehlah hidup selesa).

Tapi dulu mak kerja, sekarang mak dah pencen. Kami adik-beradik pun masih belajar, takde yang mampu lagi nak bagi duit setiap bulan kat mak. Saya rasa tak boleh terima je setiap kali ada ‘kawan’ dia yang tiba2 muncul nak pinjam duit sedangkan kawan-kawan tu mostly masih bekerja. Memang la tak banyak setiap sorang tu mintak… tapi bila dah dua ratus sini, lima ratus sana… banyak kan jadinya? Dan macam biasalah, semua cakap je nak ‘pinjam’ duit… pinjam yang tak pulang2.

Tapi yang lagi saya sedih, dah beberapa tahun dah mak cakap dia teringin sangat nak buat umrah dalam bulan Ramadhan. Tapi bila dia tengok harga pakej umrah bulan puasa dalam sepuluh ribu jugak, dia terus kata tak jadilah, pergi bulan lain lah. Sedangkan adik dia (pakcik saya) dah dua kali pinjam duit (yang saya tahu lah dua kali, tak tahu lah kalau lebih). Dua-dua kali tu mak bagi sepuluh ribu yang setakat ni nampak gayanya takkan dapat balik je…

Saya tahu, tu bukan duit saya pun kan nak marah, berkira lebih2. Jadi selalunya saya senyap je kalau mak cerita pasal ni. & saya janji kat diri sendiri dah kerja nanti saya nak kumpul duit nak bawak jugak mak puasa kat Mekah, insyaAllah (saya siap tekad kalau ada orang masuk meminang sekalipun saya tak nak kahwin dulu sebab nak dahulukan bawak mak pegi Mekah hahah). Tapi bila tadi mak cakap mak nak pergi umrah tahun ni jugak sebab takut umur dia tak panjang, ya Allah rasa sebaknya.

Entahlah, saya mampu doa je Allah panjangkan umur mak, & bagi peluang saya berbakti pada mak. Saya tak berniat nak tulis panjang2, tapi bila dah start tulis tu ter’emo’ pulak. Senang sangat kan orang2 berhutang? Macam dia sorang je yang perlukan duit. Orang lain pun ada komitmen masing2, & tak semestinya orang yang nampak macam senang atau bergaji besar tu tak perlukan duit. Mungkin dia ada masalah lain, tanggungan lain yang dia tak cerita kat orang. Hutang wajib dibayar tau walaupun tak dituntut. Kalau rezeki kita dari yang tak halal, rasa boleh ke hidup tenteram?