Tentang Ibu

Luahan ini tentang ibu aku. Sebelum aku mula, aku nak buat disclaimer yang aku sayangkan ibu aku walau apapun yang aku tulis tentang beliau. Lillahhitaala.

Aku cuma nak minta pandangan dan nasihat dari pembaca budiman.

Alkisahnya, aku cuma dua beradik, Kak Long dan aku. Ayah dah lama meninggal. Semenjak ayah tiada, ibu tinggal dengan Kak Long.

Kak Long ni tak bekerja. Jadi memang Kak Long ajak ibu tinggal dengan beliau sekeluarga. Ibu aku ni tak boleh tinggal seorang. Beliau sangat penakut dan seorang yang sangat paranoid.

Selama lebih 10 tahun ibu tinggal dengan Kak Long dengan bermacam-macam ragam beliau yang Kak Long kena hadapi.

Aku faham apa yang Kak Long hadapi. Sebab ada masanya Kak Long akan tinggalkan ibu dengan aku. Kak Long selalu juga ikut suaminya pergi outstation ataupun holiday ke luar negara.

Memang ada masanya sangat stress menjaga ibu sebab ibu aku ni ada ciri2 narsistik.

Tapi tak apalah. Kami berdua redho dan terima aje bahagian kami. Mana tau asbab ini Allah mudahkan urusan kami dunia akhirat. Aamiin ya Allah.

Aku pula baru aje berhenti kerja setelah hampir 20 tahun bekerja di syarikat swasta. Penat dah. Mental dan fizikal.

Dan suami aku pun izinkan. Dengan income beliau seorang pun dia boleh support katanya. Alhamdulillah.

Memandangkan sekarang aku dah full time ada di rumah, aku pun ajak ibu duduk bersama aku. Gilir2 dengan Kak Long. Sebulan di rumah Kak Long, sebulan di rumah aku.

Yelah, kami 2 beradik aje, tak kan nak harap kat Kak Long seorang aje yang jaga ibu. Walaupun anak2 Kak Long dah besar2, beliau masih ada suami yang perlu diberikan perhatian.

Aku pun tak mahulah dikatakan anak yang tidak mengenang jasa ibu pula. Jadi duduklah ibu bersama aku yang dah jadi full time housewife ni.

Masalahnya, ibu aku ni suka gaslight. Aku lemas. Sangat lemas. Tak tau nak lari mana. Tak tau nak buat apa. Aku diam aje. Kadang rasa nak menjawab jugak. Tapi pikirkan yang beliau ibuku, selalunya aku diam aje la.

Ada juga ketikanya aku cuba untuk mempertahankan diri dari kena bedilan ibuku. Memang masakla aku dihentam balik oleh ibu.

Ibu memang seorang pemarah. Sejak dari kami kecil lagi. Biasanya marah yang tidak bertempat dan tanpa mengira masa.

Kak Long dan aku dah lali. Walau dalam usia yang meningkat hampir setengah abad ini, kami masih dimarahi oleh ibu disebabkan ketidakpuasan hatinya.

Ibu sering membandingkan aku dan Kak Long. Serba serbi hendak dibandingkan walaupun hakikatnya aku dan kak long bahagia dengan cara masing2 dan tidak pernah terlintas untuk kami dengki mendengki.

Dari tempat tinggal kami hingga ke kucing kami pun hendak dilaga-lagakan ibu.

Aku tahu ibu tidak suka aku duduk di tempat tinggal sekarang yang baginya sangat ulu kerana bukan di bandar besar seperti Kak Long.

Serba tak kena bila ibu tinggal bersama aku. Segala-galanya hendak dicari kesalahan. Susah nak makan di luar, jiran tak baik, duduk kawasan kampung dan sebagainya walaupun pada hakikatnya semua itu tidak benar.

Aku buntu. Aku ingin membahagiakan ibu tapi aku tahu ibu tidak selesa duduk bersamaku. Aku tidak mampu untuk mengawal fikirannya yang negatif itu.

Itu belum lagi tentang anak2 aku dan Kak Long, tentang suami2 kami, dan tentang sikap aku dan kak long sendiri. Jika bersama aku, yang sudah tentu yang dipujinya kak long. Segala-galanya kak long.

Adakah aku cemburu? Tidak sama sekali. Sebab bila bersama Kak Long, yang dipujinya tinggi melangit sudah tentunya aku.

Aku dan Kak Long sendiri tidak faham motif ibu. Mujur kami dah dewasa dan matang untuk menilai sendiri sikap ibu terhadap kami.

Kami tahu ibu sayang kami dengan caranya yang sendiri… yang baginya kami harus ‘perfect’. Dilaga-lagakan kami supaya kami ‘berubah’ untuk menjadi ‘perfect’ mengikut acuannya.

Aku dan Kak Long sedar ini semua adalah ujian buat kami. Memang kepadaNya kami berserah dan memohon agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi karenah ibu di dalam usia kami sendiri yang meningkat senja.

Terlalu banyak karenah ibu untuk dicatitkan kesemuanya di sini. Yang berkaitan tentang kami, kami redho.

Tapi apa yang membuat aku dan Kak long sedih adalah ibu sangat materialistik, tidak boleh bertolak ansur dan mementingkan duniawi.

Mohon doakan aku, kak long dan ibu ya.

– Deqma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya bukan nak komen tentang kisah diatas, cuma boleh tak pihak IIUMC kembalikan button next dan previous macam sebelum ni. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *