tentang kau yg baca tu – 12:47 PM

tentang kau yg baca tu – https://iiumc.com/forumv2/

Asalamualaikum

Kau tahu, manusia ada banyak tabiat buruk. Yang paling nyata iri hati dgn kesenangan org lain dn kedua mudah saja nmpak keslipan org.Tapi kau gagal memahami. Kau buta sebab kau hanya nampak salah org dn suka iri hati dengan org.

Aku tertarik dgn confessor semalam. Pasal CRUSH. aku memang suka baca confessions org dn komen org. Kerana disitu aku blh belajar dn dpt ilmu. Bila si confessor tnya CRUSH dosa atau x? Aku pn excited nk tau jgk jwapan org lain. Tapi disbab si confessor salah ejaanya, ramai yg hnya fokus pd ejaan, tdk pula menjawb persoalan utama. Semua lebih seronok cari salah si confessor.

Yang tegur kesalahan tu bagus. Ramai juga yang mengejek ejaan yang salah, kau seronok nak menyalahkan orang tapi persoalanya dia kau lansung tak jawab.

Dah terbukti sifat manusia tu hanya suka nampak salah orang, tapi tak pula kau nak bantu dia menjawab persoalan, tidak pula kau bantu dia dalam kesesatan.
Kau hanya suka salahkan orang dan gemar jatuhkan orang.

Itu baru salah ejaan. Jika salah yang lain?
Aku ingat lagi, adik aku pernah masuk ke. Pusat pemulihan akhlak. Bila dia keluar, manusia masih lagi menghukum, masih lagi mengejek, masih lagi menghina. Tapi tak pula mereka bantu adik aku mencari jalan yang Allah Redha. Oh manusia, seolah olah kamu memang penghuni syurga.

Seolah olah kunci syurga letak di tangan kau. Seolah kau lah hakim di dunia ni. Kau ada hak untuk ketawa, sebab di sana kau akan merana.

Dalam dakwah juga, banyak yang suka salahkan orang. Kau tegur, tapi niat kau nak menyalahkan dia. Bukankah dakwah itu mengajak, sebarkan cinta dan buat org jatuh cinta. Tapi cara kau dakwah, kau salah kan dia, kau marah dia. Kau fikir dia akan berubah? Oh tak.. dia akan terus putus asa.

Kau semua tahu..adik aku hampir saja bunuh diri. Dia tertekan. Masyarakat dan.kau semua yg hanya suka cari salah orang. Seronok sangat nak jatuhkan orang, seronok sangat buat semua tu. Mungkin kau semua orang baik, bagus dan suci. Sebab tu tak pernah buat salah.

Alhamdulillah, adik aku dah banyak berubah. Dari tak ada ilmu agama. Kini dia dah pandai baca al Quran, dah hafal 10 juzuk. Dia dh jadi wanita cekal dan tabah. Lbih baik dari yang suka menghina dan mengejek dia dulu.

Disini aku nak ajak kau semua. Jom belajar tidak salahkan orang. Jadilah mata lebah yang hanya nampak bunga kerana ingin cari madu, bukan mata lalat yang nampak sampah kerana cari najis.

– Bro wan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *