Hi, saya Nell (umur awal 20an) dan sudah berkahwin. Husband di pertengahan umur 30an, and yes perbezaan umur kami 12 tahun haha.
Btw dia bekerja di gov as a an educator. So no worries lah tentang kestabilan.
Cerita kami bermula with less flaws, semua normal. Maaf jika cerita ni panjang sedikit.
Pada fasa awal perkenalan, I ada beritahu diri to not rushing things, sebab masih muda and ada banyak perkara lagi untuk diexplore.
One thing yang positive about him, dia supportive. My husband tidak kongkong or limitkan perkara yang saya ingin buat, as long as we know the boundaries.
So last year Dec 2023, we decided to get married. Salah satu sebab kawin adalah saya akan melanjutkan pelajaran (3 tahun) as a nurse.
Ini juga dari bantuan husband saya yang banyak bagi advice and all the preparation untuk tolong saya lulus dalam exam dan interview separa perubatan SPA9.
Selepas 3 tahun lebih try apply SPA, akhirnya lulus jugalah, hehe.
Semuanya perfect, dari personaliti dia hingga keluarga dia. Until this one special thing to him datang semula.
Ada satu lagi perkara tentang dia yang pada mulanya saya dan my family sudah diberitahu dan terima, iaitu dia seorang duda with 2 kids, masih di bawah 10 tahun.
This thing pada awalnya buat saya rasa ragu2, what if one day his ex wife datang semula? and banyak lagi. But, dia yakinkan saya yang all this things will never happened, tapi 1 perkara yang saya perlu terima ialah dia sudah mempunyai dua anak.
Pendekkan cerita, sebelum ini proses cerai mereka memang sangat mencabar. So, we both did not expect yang tiba2 muncul satu kes di mana anak2 perlu berada di bawah jagaan husband saya sekarang.
Kami juga pada masa ini pjj disebabkan saya harus berada di kediaman kolej. Untung juga dapat tempat study di negeri yang sama, jadi boleh lah ulang alik dalam 2 kali sebulan.
So now, apa yang saya takutkan muncul. Mungkin juga dengan kehadiran anak dia. Tapi perubahan tu terasa ada.
Dia mula contact semula dengan his ex wife and her family, tetapi inipun atas perkara yang perlu diselesaikan antara mereka. And ini semua mungkin mengambil masa yang lama.
Dia juga sekarang ada banyak masa dengan anak2, which buat husband saya jadi sangat sibuk.
Luckily mereka stay dgn mentua saya, jadi beban tidak terlalu banyak.
Cumanya, ini semua masih terlalu baru which buatkan saya rasa seperti orang asing di keluarga mereka. Rasa seperti tidak layak untuk libatkan diri di dalam proses ini.
Saya tau saya ada hak and perkara ni pun sudah kami bincangkan. Tetapi, makin kerap berbincang makin terasa jauh pula. Hmm..
Sekarang saya pula jadi buntu. Bagaimana cara untuk saya dapat libatkan diri? Husband saya settlekan problem sendiri, ada apa2 urusan hanya luah dan tanya dengan bekas kaka iparnya.
Ini pun saya dapat tahu semasa cek hp husband and beranikan diri untuk tanya itu ini.
Anak2 jadi keutamaan, cuma untuk ini saya sangat faham dan terima sebab tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, tetapi ini pun buat dia jadi semakin sibuk.
Cumanya seperti, ada timbul sedikit rasa penyesalan hmm. Apa jadi jika saya tunggu sedikit masa lagi untuk berkahwin?
Sekarang, masa kami hanya pada ucapan ‘good morning’ dan ‘good night’.
Ada juga cerita sedikit, itupun melalui chat d WhatsApp dalam 30-45 min begitu. Video call ikut masa terluang kami berdua. Jadinya, rasa renggang tu semakin ada dan semakin jadi isu hmm.
Sekarang masih boleh menerima, cuma masih lagi cuba selesakan dan belajar tentang situasi baru.
Cuma ada sedikit rasa sedih dan sedikit rasa rindu dengan kehidupan dulu.
Sekian, ini cuma luahan hati seorang isteri yang masih muda, sebab tiada tempat untuk mengadu.
Terima kasih..
– Nell (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam sis,
Tindakan yang agak berani mengahwini duda anak dua, yang jarak nya lebih sedekad. Tentu lah begitu banyak perbezaan, lain pengalaman, lain ilmu pengetahuan, lain pendapat, lain cara pergaulan, lain cara kerja, lain pemikiran, lain juga cara melihat dunia. Berbeza timeline.
Soal anak anak suami sis, apa yang saya nampak itu bukan urusan atau masalah sis, jadi lebih baik sis tak masuk campur sesuatu urusan yang sis sendiri tak ada pengalaman, elok lah suami sis minta bantuan dari akaknya yang lebih tahu tentang anak.
Ingat yer sis, sebagai isteri suami yang baru, kisah lama suami bukanlah urusan sis, buku kisah hidup lama dia dah hancur lebur, dah tamat, tak perlu sis susun balik abu abu buku untuk mencari clue. Dia dah buka buku baru yang fresh bersama sis, sebagai bapa yang bertanggungjawab dia perlu urus kan anak anak dia dengan kasih sayang dan kemahiran yang dia ada.
Dalam buku baru dia cuma ada sis dan anak anak dia, anak anak dia adalah amanah Allah SWT sampai dia mati. Lelaki yang faham agama dia akan patuh, walaupun sis agak insekio dengan perasaan dan kedudukan sis sebagai isteri dia, suami sis pun pasti tahu tentang hal nih, lebih lebih lagi sis masih muda, tak banyak pengalaman dalam perkahwinan. Insecurity pasti hadir menjengah.
Saya tak memaksa sis untuk terlalu matang, cukup sis lebih santai dalam menjalani rumahtangga, rumahtangga suami yang lepas dah hancur lebur, dia bina baru mesti berharap untuk perkahwinan nih sampai akhir hayat dia,
Suka untuk saya ingatkan sis, your marriage is your world, everybody is just a guest, so set your boundries right. Rumahtangga sis adalah dunia sis, anak anak suami hanya tetamu, bekas isteri dia pun hanya tetamu. Harinih datang, esok wajib pergi. Not your business, ain’t matter for you. Your laser focus is only on your husband.
Tugas utama sis cuma taat dengan suami, study elok elok, banggakan suami, ada apa apa persoalan berbincang lah dengan suami secara dewasa. Dia tak kahwin dengan sis untuk gagal kali ke dua. Support lah dia macam mana dia support sis. Banyak luka yang dia hadap pada perkahwinan pertama, semoga sis menjadi penawar pada setiap luka yang dia ada.
Tutup salam.
Xde masalah pn
Tt je overthingking
Good advice 👍