Terasa kehilangan – https://iiumc.com/forumv2/
Aku ada seorang kawan baik. Kami kenal masa sama-sama belajar kat sebuah ipt. Semuanya kami buat sama-sama sampai orang kata kami ni kembar. Mana ada dia situ ada aku. Aku sayang dia sangat. Aku belanja dia, belikan barang, jaga dia sakit dan semua aku buat demi dia.
Tapi semuanya berubah bila dia ada teman lelaki sama tempat belajar dengan kami. Aku tak kisah jika dia nak ada teman lelaki sebabnya aku sendiri pon mempunyai tunang.
Tapi aku sedih melihat sikap dia berubah setelah mempunyai teman lelaki. Aku diabaikan. Dulu kalau keluar rumah wajib bagi tahu aku. Tapi sekarang tak lagi, dia keluar je tanpa bagi tahu. Aku tak kisah dia nak pergi mana at least bagi tahu lah kalau ada apa-apa yang berlaku aku boleh tahu. Kawan mana yang tak risau kawan baik dia keluar sampai maghrib baru balik rumah.
Bila keluar makan dengan dia, aku macam keluar makan dengan batu. Dia asyik msg dengan teman lelaki dia. Tiada lagi conversation untuk kami. Apa guna aku ajak dia makan kalau dia hanya sibuk melayani teman lelaki dia. Sumpah aku rasa betul-betul kehilangan dia.
Dulu bila lepas masak, kami akan terus makan bersama. Sekarang tidak lagi, masing-masing makan asing. Macam orang asing dah kami. Bilik sunyi sepi dah sekarang. Kalau tiada benda penting nak cakap kami akan diam. Dan dia macam biasalah onthephone dengan teman lelaki dia.
Bila study week, bukan aku lagi teman belajarnya. Keluar pagi balik malam. Itu pon aku tak tahu dia pergi belajar kat mana. Persahabatan yang kami bina renggang kerana seorang lelaki.
Sehingga ke hari ni hubungan kami tidak serapat dulu. Aku dah jadi tawar hati untuk terus bersahabat baik dengan dia. Apa sahaja dia buat, tidak lagi menjadi urusan aku. Aku hanya tunggu untuk habis belajar. Dan lepas tu selamat tinggal kawan. Awak bukanlah kawan baik yang baik untuk saya. Trust me sayang, awak tak akan jumpa kawan yang macam saya, yang jaga awak sama macam dia jaga nyawa dia sendiri :')
– Sizuka