Terima dan fahami

Assalamualaikum, Hai..

First, nak cakap terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan aku punya ni. haha. Aku perkenalkan diri aku Mia dan aku bukan lah student iiumc. hahaha. Aku student dari ipta lain lerh. Disebabkan ni page confession, so aku pun nak buat confession juga. hew hew. Mungkin agak lah panjang confession aku ni, kalau rasa sudi baca, berbaloi, dan baik hati, bacalah sampai habis. hahaha. Okay, actually aku nak kongsi masalah dalam diri aku. Masalah kawan-kawan, aku tak ramai kawan so peratus masalah sangat rendah. Masalah boyfriend lagi tak ada, sebab aku tak ada boyfriend. hahahaha

Okay, aku ada 3 beradik, aku anak no 2 dan aku sorang perempuan. Jarak umur kteorang 3 beradik selang 6 tahun. Aku tidaklah dilayan 100% macam puteri raja (even maksud nama aku puteri). Tapi parents aku selalu cakap aku ni perangai mengalahkan puteri diraja. Ayah aku seorang yang garang, baran, tapi dia ada baiknya. Aku dan abang aku dari kecik diajar dan di didik dengan kasar, maki, rotan semua nya lah. (semua pernah kena sebat aku tahu. hahaha) Betul, semua tu ajar kami adik beradik jadi manusia. Tapi, mak ayah aku tak pernah sedar, selama aku membesar, mental aku dah koyak, sakit, tapi tidaklah gila sampai memerlukan ubat lagi. Kenapa aku jer? Sebab aku sorang perempuan jadi mesti dilayan ibarat “puteri raja”. Parents aku layan aku lain daripada abang dengan adik laki aku. Tapi dorang tak sedar pun.

Make it short, aku dari kecik ni dah biasa di sajikan dengan maki, herdik semua nya segala lah, sebab memang gitu cara aku dididik. Kenapa aku cakap mental aku koyak? Selama aku hidup ni, aku paling “special” sebab kalau kena makin dengan bapak aku, bernanah telinga. Memang dari kecik selalu kena, tapi kalau kau dah dewasa tapi masih dilayan budak-budak, tak jiwa kau memberontak? Abang aku paling disayang. Abang aku anak baik (tak nafikan pun) belajar mrsm, engineer, banyak bantu family bab duit, pandai. Aku jealous sebab aku tak sama langsung macam abang aku. Jujurnya aku macam abang aku, tapi kalau selama 20 lebih kau hidup “bodoh” “bangsat” “pukimak” yang sering keluar dari mulut parents kau, bila nak pandai? Doa seorang ibu itu makbul, apa kita cakap ni 1 doa, kalau dah hari2 cakap “bodoh” maka bodohlah aku. Senang cakap, aku exam tak pernah cemerlang. Dalam family besar (family aku semua pandai2) kau lah paling teruk. Memang dasar memalukan mak bapak! Yang buat mental aku sakit, umur dah tua, (artis-artis Malaysia sebaya aku ramai kahwin ada anak dah) tapi hari-hari kena marah sebab perangai tak rupa manusia (bapak aku cakap, dia kata aku bukan manusia. habis alien?) sebab aku lupa nak cuci cawan seketul kat sinki bapak aku panggil aku “ANAK DERHAKA, ANAK TAK KENANG BUDI, BANGSAT”. weih. Aku manusia weih. Hari-hari aku fikir cara macam nak pandai, nak berbakti kat dorang.

Aku tak tahu celah mana aku derhaka? Sebab cakap aku kasar ke? Bukan dorang didik aku dengar kasar? Maki hamun? Herdik, jerit semua tu bukan korang ajar aku? Aku tak pernah cakap ‘ahh’ semua tu. Sebab aku paling takut jadi anak derhaka. Bila bapak aku tuduh macam tu, jiwa aku hancur. Masa kecik, aku ada tabiat suka cakap sorang2, “kakak” halusinasi, nangis sorang. Benda ni jadi sampai aku sekolah menengah. Aku pernah banyak kali nak bunuh diri, tapi tak mati. (sebab Allah sayang aku lagi) Tapi sejujurnya tak ada 1 pun family aku tahu, even parents aku. Benda ni jadi bila aku sorang2 jer. Aku tak ramai kawan, dan aku boleh jadi anti-sosial. Aku kadang-kadang tak tahu identiti diri aku sebab aku boleh jadi introvert dan sebaliknya. Aku dari kecik dah dimomokkan (dari parents lah) yg aku tak pandai dan segala negatif. kadang-kadang aku sedih sebab parents aku sendiri lupa birthday aku. Tapi dorang cakap jer ingat sebab mak aku pkai no sim yang daftar atas nama aku, so bila nak birthday mesti ada sms hantar yg dapat free call tu. Kalau tak dia sebutlah birthday aku bulan 9 lah bulan 6. Birthday abang dengan adik tak lupa pulak. hurmm

Mak ayah aku selalu marah (kecewa) sebab aku tak pernah dewasa. Aku terfikir macam mana nk dewasa kalau layan aku macam aku budak sekolah? Macam mana nk dewasa umur aku 21 kena maki depan orang ramai? Umur 20 lebih tapi hari-hari kena maki. Mak aku cakap sebab aku tak pandai amik hati dorang. Macam aku nak reti kalau aku tak pernah diajar macam tu? Macam mana aku tak kasar kalau hari-hari segala carutan bagi kat aku? Kau nak expect aku jadi lemah lembut gemalai gitu? Bapak aku cakap aku tak pernah hormat dorang. Nak expect apa kalau dalam hidup aku diajar untuk TAKUT bukan HORMAT. TAKUT kena marah. Kenapa aku jer kena? Kenapa abang dan adik aku tak? Sebab abang aku form 1 dah masuk mrsm. Habis spm terus masuk universiti. Lepas habis degree, terus dapat kerja. 10 tahun jauh dari family dan itu juga aku dengan abang aku tak rapat. Tapi dia baik dengan aku, even banyak kali aku kecik hati dengan dia, tapi aku fikir dia byk bantu aku dari segi duit so aku let go. Mak ayah aku sayang dia sebab dia anak yg pandai, baik paling banyak berjasa. Kalau ayah aku marah abang aku, mak aku back up, abang paling banyak berjasa. (tak nafikan)

Adik aku? Dia dari kecik sering dididik “adik kecik lagi” bongsukan. Nak pergi kedai beli barang pun tak reti. Dah sekolah darjah 6 weyh. Apa lagi tak reti? Bila aku ada kat rumah, 100% lepas tangan semua benda alasan “dia lelaki” “kau tak ada, semua dia buat kerja rumah” “kau tak buat kerja apa2”. Adilnya. Baguslah, sampai ke besar perangai macam tu. Kalau dia gaduh dengan aku, confirm parents aku ungkit kisah aku dengan abang aku yg waktu tu aku umur baru lepas belajar jalan. Ya Allah, nangis aku. Dibandingkan waktu aku yg kecik lagi tak tahu apa2, dengan adik aku dah sekolah. Bila aku tak buat kerja atau kerja aku yg akhirnya tak lawa, mak aku selalu ungkit “abang dulu pandai angkat baju, cuci baju, kemas rumah, buat air soya bla bla bla bla” ayat tambahan “lelaki lagi tu, kau perempuan”. Tapi bila adik aku tak membantu hal2 ni, mak aku cakap “adik lelaki, kau perempuan” habis kenapa beria2 banggakan abang aku lelaki boleh buat kerja adik aku tak boleh nak tolong?

Aku sedih sebab family aku sendiri tak kenal aku sebetul-betulnya. Family aku sendiri tak pernah faham aku. Sejak aku sambung belajar, aku mula join persatuan silat. Pergaulan aku makin luas sebab jumpa ramai orang. Bila aku selalu lepak dengan dorang, dorang banyak ubah aku secara tak langsung dari segi pakaian dan lain. Tak adalah aku berubah mendadak dan bukan lah dari segi tak baik. Aku mula start pkai tudung labuh even tak macam ustazah tp cukup nak pakai elok2 bukan tudung takat atas dada lagi. Aku nak pakai baju labuh bawah punggung tak mampu beli baju baru, sebab student kan so faham2 lah. Solat aku mula jaga tak macam sebelum ni. Aku mula tak mengamuk, rebel, marah2. Dan ada lagi tapi takkan ank tulis semua. hahaha. Kawan2 aku yg betul2 rapat mula perasan aku makin okay and senang dengan cara aku. Tapi, family aku tak nampak pun. Parents aku masih fikir aku mcam dulu, mak aku selalu marah2 aku (lebih tuduh lah). Sampai ada 1 tahap aku tak tahan, aku cakap kt mak aku “ibu suka tuduh2 akak benda tak betul, ibu tahu tak tu dah fitnah? anak sendiri pun nak fitnah ke?” mak aku diam. Since dari tu dia mula kurang tuduh2 tapi dia marah2 tu masih ada. Aku tak tahu nak buat macam mana bagi parents aku faham, selain aku rebel. Tapi dorang tak nampak.

Aku jadi anti-sosial, aku tak boleh tak ada fon, laptop dengan internet. Sebab tu jer cara aku nak jaga hati sendiri. Even aku lepak, aku akan pegang fon scroll twitter juga even kejap. Kadang2 bila aku join budak2 silat, aku sekadar nak buang rasa bosan jer, tapi hakikat aku tak tahu nk borak apa dengan dorang even dah nak setahun kenal. Memang aku banyak cakap, sebab kat rumah dengan family, mana ada orang nak dengar apa aku cakap. Kalau bagi idea pun aku cakap aku bebudak. Kalau aku bg tahu ada pasar baru jual barang mura, 1 rumah kata tak caya, senang cite kau tak diterima! Apa buat aku suka dengan budak2 silat ni sebab apa yg aku tak pernah buat aku dapat buat. Contoh aku tak ada akak, jd dengan akak2 silat lah aku nak banyak cakap (thanks sbb layan) aku nak bercerita tapi tak reti sbb aku tak pernah diajar untuk bercerita dengan orang even masalah aku. Jujurnya, aku rasa janggal dengan dorang sebab aku tak ramai kawan, aku tak ada akak, aku tak pernah bercerita kt orang (dengan family sekali pun) apa aku rasa, communicate skill aku teruk, self confident rendah, dan aku cakap separa marah (even tak marah pun). Semua ni sebab hasil “didik” mak ayah aku masa aku kecik2. Tak adalah sampai aku tak pernah terasa dengan budak2 silat, cuma aku tak pernah cerita dan malas nak fikir. Aku ada masalah 1 ni yg aku kena hadap.

Actually aku nak pesan kat parents atau bakal parents luar sana, korang tak boleh didik anak2 korang dengan amarah. Benda tu lah rosakkan anak kau. Ada perbezaan pemarah/baran dengan tegas. Tak perlu nak marah sampai menjatuhkan aib anak kau, aku dah rasa sepanjang aku hidup even sekrang dah besar pun kena lagi. Kalau kau marah2 dia dengan sepak terajang, tak mustahil budak tu pun dah besar jadi macam tu, sebab aku alami. Kau “sajikan” hidup dia dengan mencarut, tak mustahil dia akan mencarut. Ibu bapa ni adalah refelction kepada anak2, ibu bapa lah pelukis yang akan melakar dan warna anak2 yang merupakan kain putih. Kalau betul nak anak pandai, bukan hari “doakan” dia “bodoh”, tengok aku sendiri jadi bodh, lembap bab belajar, tapi nak belajar sebab nak jd pandai macam abang aku, bagi bangga mak aayah aku. Kalau kita nak anak2 hormat kita, kita kena hormat mereka dulu dari kecil. Kalau dah besar macam aku tuduh aku bukan2, tak guna. aku yang sakit. Aku tahu parents aku tak pernah sedar benda tu, cuma aku bersyukur aku jmpa bdk2 silat mana ada yg antara dorang dah tak ada ayah, tapi ayah aku masih sihat (alhamdulillah). Ada yang masalah lagi teruk dari aku. Aku gembira dorang terima aku even kami tak lah rapat gila, tapi tu buat aku cukup gembira dengan dorang. Cukup. Aku tak nak apa2 pun, cukuplah family aku terima dan faham aku. Aku nak juga rapat dengan abang dengan akak ipar aku macam kawan2 aku rapat dengan abang dan akak ipar dorang. Aku kadang2 dengan akak ipar aku terasa awkward, stranger. Bukan tak suka. Cukup terima dan faham aku, aku gembira sangat. Doa kan aku harap kuat, kumpul duit banyak2 dapat berjasa kat mak ayah aku. Tak ada nak cakap aku tak ada silap, tapi kalau aku cuba perbaiki diri tapi masih dikata bukan2 dan tak ada support, tak guna. Tak nak sampai kena bipolar disorder dah lah. Cukup aku cakap sorang2, nangis orang, ada “akak” halusinasi masa aku sekolah dulu (sampai sekolah menegah).

Thanks sudi baca.
Assalamualaikum
First, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan confession aku ni. Aku perkenalkan diri dengan nama Mia da
.

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit