Terima Kasih COVID-19

Assalamualaikum semua. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab approve post aku ni.

Aku harap post ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak berlaku salah faham atas maksud yang aku ingin sampaikan.

Covid – 19 kini tidak asing lagi bagi kita semua. Aku percaya masyarakat hari ini mula sedar dan redha menerima takdir kehadiran wabak ini. Dan aku juga percaya setiap orang mempunyai sisi pandangan berbeza2 berkenaan wabak ni.

Ada yang merasakan ia bala atau ujian, juga ada yang merasakan ia sebagai satu rahmat untuk sekalian alam khususnya Malaysia.

Di sini, aku lebih berpihak kepada merasakan wabak ini sebenarnya rahmat kepada kita semua. Kenapa aku cakap macam ni?

Sebab, jika kita amati secara mendalam, wabak ini menghadirkan banyak hikmah untuk kita semua. Aku listkan beberapa hikmah yang aku dapat lihat disebalik covid – 19 :

1. Pembaziran bazar ramadan dapat dielakkan. Selalunya tahun – tahun sebelum ni, pembaziran makanan paling banyak berlaku pada musim bazar ramadan.

Setidaknya, bulan ramadan tahun ni, kita lebih bersyukur dan menghargai makanan yang ada.

2. Pembaziran majlis perkahwinan juga dapat dielakkan. Selama ni aku tengok kebanyakan kita dah merasakan adat menjadi satu kewajipan. Mesti ikut, tak boleh tinggal.

Malah, ada segelintir yang melebih2 dalam melaksanakan adat perkahwinan. Itu belum cerita yang nak buat majlis grand2 kerana takut kepada “nanti apa orang kata”.

Alhamdulillah, semenjak pkp ni, boleh pun buat majlis perkahwinan simple2, tak perlu membazir banyak benda. Buat yang penting penting dan wajib je.

3. Yang ketiga aku paling nak highlight kat sini ialah khusus kepada semua umat Islam. Perasan tak selama ni kita susah nak avoid bersalaman dengan bukan mahram? Terutama bila menjelang hari raya.

Alhamdulillah, tahun ni dah dapat bendung dosa2 macam ni. Sebab sebelum ni, kalau tak salam nanti makcik pakcik sepupu akak sepupu abang sepupu kecil hati, tapi sekarang masing2 dah faham dan boleh terima tak bersalaman.

Dalam masa yang sama, tak perlu hadap mulut makcik – makcik bawang yang duk tanya “bila nak kahwin”, “berapa orang anak” dan sebagainya.

4. Pembaziran persiapan hari raya pun dapat dikurangkan. Kalau tidak sebelum – sebelum ni, tiap2 tahun nak kena beli baju raya baru, karpet baru, langsir baru dan macam2 lagi.

Alhamdulillah, tahun ni kita bakal menyambut aidilfitri secara sederhana sahaja. Itu belum cerita terdapat juga segelintir yang nak suka show off kereta baru dan perabot2 baru di rumah.

5. Perhatian kepada anak – anak dapat diberikan sepenuhnya. Sama ada yang masih kecil mahupun sedang menginjak dewasa. Selama ni, ibu bapa terlalu sibuk mencari wang sehingga perhatian dan didikan terhadap anak – anak terabai.

Maka, hari ini anak – anak mula dapat semula hak kasih sayang dan pendidikan yang sepatutnya mereka terima dari ibubapa, bukan dari tempat/rumah asuhan mahupun sekolah.

6. Manusia yang kaya raya mula tahu menghormati dan menghargai runner – runner. Selama ni, runner – runner grab, foodpanda, bungkusit, termasuk juga runner – runner persendirian dipandang rendah atas pekerjaan kami.

Tidak lupa juga kepada runner – runner courier (poslaju, jnt, ctlink etc) dan abang – abang pemandu lori. Mungkin bila aku cakap macam ni, ramai orang tak percaya pekerjaan seperti kami ini dipandang rendah, tapi aku tahu yang merasa sahaja faham apa yang aku katakan ni.

7. Last but not least, semestinya dengan kehadiran wabak ini, kita semua mempunyai lebih banyak masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Jika tidak, sebelum ini kita terlalu sibuk dengan dunia dan mencari kesenangan hidup. Sehingga kita mengabaikan kesihatan diri, dan hak2 Allah Taala yang sepatutnya kita penuhi dan tunaikan sebagai seorang hamba Allah.

Okay, sampai di sini sahaja perkongsian aku. Harapnya tiada yang menyalah anggap terhadap posting ni. Aku bukan lah suka wabak ini 100%, aku hanya cuba melihat dari sisi positif hikmah disebalik covid 19.

Alhamdulillah, segala norma hidup yang lama yang menyalahi syariat serta adat – adat melampau dapat diubah dan diperbaiki.

Akhir kata, aku harap kita semua yang kesuntukan wang atau kehilangan mata pencarian dilimpahi dengan rahmat dan pertolongan Allah untuk meneruskan hidup.

Sama samalah kita menggembleng tenaga dan sebulat hati mendoakan kebahagiaan dan kemurahan rezeki untuk kita semua.

Dan semoga satu hari kelak, kita dapat kembali hidup aman, damai, tenang dan bahagia setelah penemuan vaksin covid-19 in shaa Allah.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *