Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.. sebagai anak sulung dari 3 beradik cukup membuatkan rumah seperti 10 berdik.. kerjaya abah sebagai kakitangan swasta cukup memberi kami segala kemewahan… abah berkahwin dengan ibu pada usia 30 tahun dan ibu berusia 19 tahun. Segala kematangan abah meresap dalam diri aku.. didikan abah dengan segala kelembutan. Tiada sekali pukulan. Jentikan. Tanparan yang pernah hinggap di badan kami adik beradik.. berbeza dengan ibu.. aku sebagai anak yang nakal sering jadi sasaran kemarahan ibu atas kesalahan aku. Tali pinggang. Hanger baju. Getah paip. Rotan. Semua pernah aku rasa. Berbeza dengan adik2 aku. Mereka bijak. Jarang sekali pernah rasa seperti aku rasa.. cuma bebelan sahaja yang mereka pernah terima..
Along… pergi cakar sampah dekat laman rumah.. pergi kemas dapur.. pergi masak nasi.. along suapkan adik makan.. kenapa semua aku??? Angah kan perempuan die leh buat… semua ni.. kenapa aku yang lelaki ni pulak yang buat.??.
Tiba masa adik2 aku duduk di asrama.. hanya aku sekolah harian biasa.. di sini aku lihat kemanjaan ibu terhadap aku… walaupun aku tidak sebijak adik2 aku. Tapi ibu abah tidak pernah membeza2kn kami. Pernah aku di berikan pujian diatas mendapat tempat ke 14 pada ujian akhir tahun berbeza dengan adik2 aku yg mendapat tempat ke 3 di dalam kelas
Mereka dimarahi oleh ibu.. aku pelik… tapi aku biarkan sahaja… masa terus berlalu.. segala kerja2 rumah semua aku yang uruskan. Dari diri di paksa. Hingga jadi rela…
Ujian terbesar pada diri aku ialah aku tidak mahu meneruskan pengajian aku di sebuah kolej. Aku berhenti tanpa pengetahuan mereka. Aku rasa jika aku memberi tahu tentu aku akan dimarahi di sebabkan usia abah semakin meningkat. Aku menjadi harapan adik2. Aku beranikan diri memberi tahu mereka. Alhamdulillah ibu abah tidak memarahi aku tetapi aku tahu ada perasaan kecewa dalam diri mereka… (maafkan along). Mereka menerima apa saja keputusan aku. Dengan kata2' ibu abah dah bagi segala2 dekat along.. apa yang jadi pada masa depan along jangan salahkan ibu abah.
Semua yang terjadi ada hikmah… abah di masukkan ke hospital seminggu selepas aku buat pengakuan berhenti belajar. Allahu… sebulan juga abah terlantar dalam wad.. selama sebulan jgak aku menguruskan rumah. Adik2 yg duduk di asrama… semua ada hikmah.. 2 minggu selepas abah keluar hospital aku ditawarkan bekerja di syarikat swasta di bandar..
Akibat risaukan ibu abah tinggal berdua dirumah. Aku berhenti kerja di bandar. Sedangkan mereka tiada masalah pon.. tapi aku menjadi resah. Fikiran aku tah ke mana. Aku berhenti kerja.. dan aku pulang ke kampung. Aku pun membuat perniagaan kecil kecilan. Setahun selepas itu abah pon bersara.. adik2 masih lagi belajar.. jikalau mengikut perkiraan mereka. Abah bersara sama dengan tamatnya pengajian aku. Mungkin aku akan dapat membantu adik2. Tapi yang berlaku sebaliknya..
Aku pernah meluahkan hasrat untuk berumahtangga. Tetapi hasrat itu diketepikan. Mengenang adik2 yang belum menamatkan pengajian. Aku menjadi tulang belakang mereka. Setelah abah bersara. Untuk adik2 along.. along sanggup buat ape skali pon untuk adik2 berjaya.
Abah: terima kasih sebab bagi along peluang buat keputusan sendiri dalam hidup.
Ibu: terima kasih sebab ajar along buat kerja rumah. Memasak. Mengemas. Sekarang along masak lagi sedap dari ibu.. :) terima kasih juga sebab rotan along kecik2 dulu..
Hari ni raya ke 3. Ibu abah meluahkan hasrat untuk bermenantu dan bercucu. Ibu abah…. masalahnya along dah tak fikir sejak 5 tahun yang lepas da.. ade ke sesiapa nak orang yang bergaji rendah ni.. masih ada lagi ke orang yang sanggup hidup susah senang bersama.
Untuk adik2: along dah letak semua kehendak along dekat tepi demi untuk adik2 along.. kalau adik2 nak lupakan sahaja.. along tak kisah.. sebab tu tanggungjawab along.
Ibu abah… along nak bg tau yang along skang sambung belajar… along nak bagi suprise dkt ibu abah.. gambar angah dengan adik dah ada di dinding… tunggu gambar along pulak ye…..
– -Along Bard-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
<3
gud boi…. gud luck…
abang thorbaikkk
Power bro
masuk meminang sy plz….
Steady Bro!