Terima Kasih Perempuan Baik

Assalamualaikum semua.

Aku Khair dan aku nak share pasal kisah aku.

Aku terpanggil nak share lepas baca pasal kisah bro Ashraf & Bunga tu. (https://iiumc.com/hati-mati-ii/)

Aku doakan kau bro.

Straight to the point. Aku dah 2 tahun berkahwin untuk kali kedua.

Aku sama macam Ashraf tu, sama semuanya part nafkah dan lain-lain. And isteri yang tinggalkan aku sebab alasan dia aku terlalu baik.

Tak tahulah, yang tu aku malas nak ulas. Sebab kalau tak suka, apa-apa pun boleh jadi alasan.

Ex aku dulu, Jiran sebelah rumah sewa aku.

Aku tertarik kat dia sebab dia jenis, kelakar, sentiasa happy & bising, pandai sosial, senang bawa masuk majlis, lepastu dengan semua orang dia boleh masuk dan bergaul mesra.

Kalau pergi mana-mana memang jadi tumpuan jugak sebab dia pandai bergaya lah.

Masa tu aku fikir, Sesuai dengan aku yang pendiam sikit ni.

Tapi part bergaul mesra tu.. Lepas dah berkahwin baru aku terfikir sesuatu. Nanti aku share. Harap korang fahamlah yang aku nak cerita sebab aku tak pandai sangat tulis karangan.

Tertonggeng juga aku 6 bulan lepas berpisah. Tapi family aku banyak motivate lah. Sampailah aku buka hati terima isteri sekarang. Dua tahun dah kahwin.

Barulah aku faham, Isteri yang sebenarnya macamana.

Entahlah aku pun tak tau nak explain apa maksud isteri sebenar tu. Tapi dia buat aku rasa, yang aku ni suami dia.

Isteri aku sekarang ni,

Even aku bawa balik goreng pisang 5 ringgit dari ofis, dia punya appreciate ni, macam aku bawa balik gelang emas.

Dia ucap terima kasih & peluk aku tu, terasa ikhlasnya.

Berbanding ex dulu, tak pernah cakap terima kasih pun. Lagi dia persoal kenapa beli something yang tak boleh masuk IG? Konon macam content lah.

Isteri aku sekarang ni,

Aku tak perlu risau langsung nak tanya2 pasal solat dia. Semua on time. Kalau aku balik surau pun, nampak dia tengah solat kat sejadah.

Berbanding ex dulu, bila aku balik surau lepas maghrib, dia masih depan TT dia buat tutorial makeup & shawl dia. Kalau aku ajak solat kat rumah pun, dia asyik cakap nanti.

Even kalau pi bercuti, aku tak tenteram betul lepas solat subuh tu sebab kita tau isteri kita tak bangun solat pun dan akan kena marah kalau kejut. Dayusnya aku.

Isteri aku sekarang ni,

Dia kalau pergi mana-mana, Takde orang pun tumpu perhatian kat dia.

Dia pakai macam orang biasa. Takde makeup tebal-tebal, baju pun biasa je.

Bawa diri senyap2 dan bersahaja, senang cerita tak mencapub la. Eh korang tau ke mencapub tu apa? Budak asrama je biasa pakai perkataan ni.

Aku masa awal kahwin ada bagi duit beli baju sebab baju dia tak penuh pun satu almari.

Iyelah aku dah terbiasa ex dulu banyak baju sebulan asyik beli itu ini. Tapi lepastu dia explain aku dan aku syukur lah isteri aku sederhana macam ni.

Isteri aku sekarang,

Dia tak pandang pun lelaki lain.

Aku pun tak tau nak cakap camana.

Macam kalau pergi majlis mana-mana, even dengan orang yang dia kenal pun, dia takkan melebih-lebih communicate dengan lelaki lain. Dia bersahaja dan jawab yang perlu saja.

Ex aku dulu,

Sentiasa dia yang pergi approach mana2 lelaki, gelak2 kuat2, tepuk tampar, duduk semeja, dia yang decide nak follow geng2 lelaki pergi mancing, senang cerita memang dia suka jadi tumpuan.

Mesra dia dengan semua orang tu lain macam bhaii. Macam aku tak wujud pun ada.

Pernah sekali tu aku terserempak dia makan2 lunch kat area office aku, dengan lelaki2 office dia tapi dia sorang je perempuan, dengan suara terjerit2 dia. Aku tak tau apa perasaan aku masa tu.

Bila wife aku sekarang camni,

Barulah aku faham ketenangan perkahwinan tu macamana.

Aku tak perlu risau benda2 asas dalam perkahwinan macam,

Isteri dah solat ke,

Isteri aku ada lelaki lain ke,

Isteri aku jaga adab dan maruah ke,

So semua tenaga aku boleh tumpu untuk improve dan membahagiakan dia je. Cari duit lebih, upgrade skill aku kat ofis dan senang cerita nampak cerahlah masa depan keluarga tu.

Untuk isteri aku sekarang,

Terima kasih terima aku jadi suami.

Setiap kali isteri aku appreciate semua benda kecil yang aku buat, jadikan aku lebih bersemangat nak berikan dia benda2 yang besar pulak.

Aku takkan sia2kan perkahwinan kedua aku ni. Buat bro Ashraf, ada ramai perempuan baik kat luar sana. Tak salah kau hati-hati, tapi jangan sampai kau tutup terus hati kau.

Buat semua isteri/perempuan yang baik dan menjaga maruah, Terima kasih kerana wujud.

Aku doakan korang dapat suami baik & ramai anak supaya meramaikan lagi anak-anak yang baik dan berkualiti macam korang jugak.

Aku doa betul-betul ni tau.

– Khair (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. hargailah isteri anda…dapat yg elok ah tu, tak hargai…entah kata ape la..bertuah conffesor as suami :)

    • Alhamdulillah dah berjumpa dgn ‘isteri’ yg sebenar.. tp ingat2 jela, perjalanan masih pnjang lg.. saya dlu pon pernah puji ‘melambung’ kpd seseorang, tp apa yg terjadi lma slepas itu, x tersangka langsung.. itu mngkin pengalaman msg2, tp mcmne kita syg kat seseorang pon, tiada yg kekal abadi, krn yg kekal abadi hanya lah Allah yg maha Esa.. wallahu a’lam

  2. Kisah kita ni terbalik pulak. Saya ni jenis yg mcm isteri awak sekarang ni…end up suami cari perempuan lain yg mcm ex isteri awak. Hahaha. World is so funny nowadays.

    • sebenarnya dia ats jiwa individu tu. kalau dia dari azali bnda tu yg dia trtumpu mksudnya dia belum brubah spnuhnya. kbanyakkan nya dia akn mnyesal bila lepaskan yg prtama. kita sbgai ppuan tak prlu nak tangisi org mcm dia walau susah( tak tahu la ssh ke tak). tu maksudnya sis ppuan mahal.. smoga sis mndapat kbahagian yg lebih baik.

    • Tq nini…for your kind words. Saya pun rasa mcm tu jugak. Sbb semua scandal ex suami sblm sblm sblm ni spesis betina sama je. Alhamdulillah…now dah berpisah dgn dia. Now dia dah jumpa isteri spesis sama dgn dia. Dan semoga sy pun jumpa jodoh baru yg sama mcm saya 😊😊

  3. alhamdulillah
    dah dapat isteri yang baik dan solehah
    cuma akak nak pesan
    jangan ambik kesempatan pulak
    awak yang buat hal belakang bini
    sekarang ni tak boleh buat hal off line boleh buat hal online diam2
    ingat ya

    kalau bersyukur
    jada dia baik2
    jangan buat tak baik belakanag dia

    akak doakan adik berbahagia hingga ke syurga
    aaminn yba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *