Bismillah. Tujuan saya confess ini tidak lain tidak bukan utk membuka mata masyarakat muslimin dan muslimat di luar sana dan juga membaiki diriku.
Sewaktu sy sedang berumur 22 tahun. Sy melihat rakan rakan perempuan sekolah dan ipt yang sudah berkahwin. Satu soalan terlintas dlm fikiran sy. Kenapa mereka berniat berkahwin awal? Tidakkah ilmu masih cetek? Mungkin mereka dah target kawen umur sebegitu dan banyak berdoa. Tidak lain tidak bukan ada yg mai melamar dan mereka terima. Mereka akhirnya menjawab jodoh sudah sampai. Jadilah sy individu yg sering berusaha berdoa. Ya Allah temukanlah aku jodoh yg baik.
Tidak lama kemudian ya memang ada tiba tiba jodoh tu mai datang melamar sy. Dan hati sy ketika itu berasa berbunga bunga dan ingin membalas perasaan suka. Kehebatannya berkongsi ilmu agama menjadikan sy sangat suka dan merasakan kalau kawen nanti hidup dipenuhi agama. Namun, Allah membuka mata sy ketika itu. Sy merasakan malu disebabkan ceteknya agama. Sy rasa sy tidak layak dgn individu sebegitu. Saat itu sy membuat keputusan kami harus mengikut haluan masing masing.
Sy mulakan hidup baru dgn menelaah agama di masjid surau pondok. Sy sudah memiliki tenaga pengajar agama yang banyak memberikan bimbingan pd sy. Nasihat seorang ustazah membuka mata sy kali kedua. Jika kita jaga agama kita, kita menanamkan rasa cinta pada pencipta. Kita akan rasa seronok dan merasakan hidup ini indah melakukan perkara kebaikan. Walaupun awak usia begini 21 tahun belajar dan upgrade alquran dan lain2 dgn sy, awk silap takpa. Allah suka.
Sy menjawab soalan awk macam mana nak dpt jodoh. Dan bila awak letak cinta pertama Allah dan memastikan segala hubungan awk antara lelaki berada pada landasannya. Allah memerhati kelakukan itu menjaga adab awk sebagai wanita. Apa contoh-contoh awk menjaga ikhtilat(pergaulan)? Perkara ni awak boleh rujuk dr contoh ustaz (azhar idrus) dan ustazah (fatimah syarha)
1. Berurusan dengan lelaki atas urusan yang perlu sahaja.
2. Menjauhkan diri bercakap dan bermesej sendirian (pm berdua)
3. Menjauhkan diri jawab telefon (tanya apa khabar)
4. Sentiasa mengucap astagfirullah.
5. Bertemu makan berdua. Meskipan bertiga juga bahaya.
Ustazah itu berpesan lagi. Awak jaga hubungan allah dan manusia. dan akhirnya awak berusaha dgn perlakuan . Maksudnya berusaha mencari jodoh melalui sy ustaz ustazah, persatuan baitulmuslim, laman website online muslim , ibu bapa dan lain2 yang meletakkan org tengah sebagai penanya dan pembantu. Tapi hati awak yang meletakkan tekad hendak berkahwin tahun hadapan. Awak perlu menyenaraikan sebanyak mungkin..
1. Tujuan awk berkahwin.
2. Apa memang serius hendak mencari skrg.
3. Tahap keseriusan awk meletakkan org tgh sebagai penolong.
4. Usaha awk mencari jodoh melalui perlakuan.
Dan terakhir. Bila awk sudah berusaha. Perkara itu Allah menjadikan ianya tidak menjadi. Awak perlu tanam sifat ya Allah aku percaya ini ujian. Aku tidak akan berputus asa.
Menitis air mata sy. Sy lupa Allah dulu. Solat lewat. Dan sy tidak menjaga ikhtilat dgn baik dgn si dia yg dulu. Sy alpa. Sy hanya berangan nak kawen sahaja. Sy langsung tidak meletakkan Allah sebagai yg pertama sy harus percayai segala ketentuannya.
Sy berubah saat itu. Sy menjawab dengan ikhlas.
Apabila sy menuntut ilmu agama ini ustazah. Saya dapati ilmu sy sangat cetek. Soal solat pun sy mula mula merasakan was was. Sy mula sedar ilmu lain termasuk perkahwinan sy gagal. Dari hari ke hari berlaku keajaiban pada sy. Allah sentiasa menyelamatkan sy dikala sy ketakutan berjalan pulang di waktu malam dari kelas agama. Allah juga kuatkan hati sy berani belajar agama ini. Allah juga memberikan sy nikmat badan sihat dr penyakit. Dan kini sy berani berusaha mencari jodoh dengan apa ustazah sarankan. Sy tidak mahu meletakkan sifat biarlah siapa yg dtg itu aku terima. Sy mahu mencarinya dgn bantuan ustaz ustazah.
Sy akan serahkan biodata diri sy pada ustazah. Apabila ustazah tanya pada sy apa tujuan sy berkahwin. Ikhlas hati sy menjawab sy mahu melahirkan mereka yg memperjuangkan agama islam. Sy juga mahu menjaga diri sy dari fitnah. Calon tersebut ustazah biarlah yang ustazah kenal tujuannya berkahwin. Sy tidak mencari yg terbaik tetapi yg menjadikan sy lagi mahu memperbaiki diri sy dari hari-hari. Dan sy juga membantunya memperbaiki diri hari ke hari. Sepertimana sy mengaji dgn ustazah. Sy salah ustazah tegur. Dan ustazah beri pd sy peluang menegur salah silap ustazah. Sy bersyukur Allah menjadikan hati sy menangis kerana ini. Terima kasih ustazah.
Ustazah memberikan semangat. Sungguh, apabila kita menggunakan jalan yang baik. Allah tidak akan sia siakan usahamu syg.
Kisah ini adalah kisah betul dari diriku. Pengajaran bagiku agama. Aku mendekati agama, aku menjauhi ikhtilat , aku dpt merasakan cinta pdnya indah menjadikan mataku tidak pernah putus menangis terima kasih Ya Allah dan Allah membantuku yakin utk berusaha mencari si dia yg mulia. Sambungan kedua inshaaAllah aku kongsikan jika ada yg sudi membaca
– Bunga cinta lestari
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit